Friday, July 31, 2009

Lautan 1 Ogos

Anda boleh mengatakan "Mansuh ISA!"
Anda boleh buktikan bahawa anda menyokong untuk mansuhkan ISA?
Maka buktikanlah pada 1 Ogos ini!

Jom turun ramai2!!


Kita mansuhkan ISA!

Monday, July 27, 2009

Leading Change

Bismillah walhamdulillah..

Puja dan puji selamanya dipanjatkan kepada Yang Maha Hidup dan Maha Kekal, Allah Ya Hayyu Ya Qayyum. Mengecap nikmat usia 23 tahun ini memberikan pelajaran dan pengalaman yang cukup banyak dalam mengemudi kehidupan ini.

Selamat Ulang Tahun ke-23 buat rakan sekelas, Khalilah =), semoga nikmat umur yang dipinjamkan Allah Ta'ala ini dapat diisi sebaiknya dengan Iman dan Taqwa kepada-Nya.

Melayari blog sahabat-sahabat dan memeriksa emel sebentar tadi membuka mataku akan realiti kehidupan manusia yang sentiasa diuji oleh-Nya. Cerita ISA yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dan cerita seniorku yang sangat dihormati amat meruntun jiwaku kala ini.

Cerita 1: ISA

Mungkin kita tidak merasai kepedihan dan kesengsaraan keluarga yang menjadi mangsa akta rimba ISA ini tetapi apabila aku membaca emel sebentar tadi, perasaan sebak dan sedih menyelubungi hatiku. Hak mangsa ISA dinafi, disekat dan ditindas. Peluang untuk bertemu keluarga yang dirindui hanyalah 2 jam, itu pun melalui talian interkom! Tak dapat nak menyentuh anak-anak dan isteri..dan banyak lagi cerita di sebalik jeriji Kem Kemunting yang kita tidak tahu.

Aku berpeluang mendengar kuliah daripada seorang ustaz yang pernah menjadi mangsa ISA. Beliau mengatakan bahawa kehidupan dalam tahanan dirasakan sekejap dan singkat atas rahmat Allah. Kerana apa? Kerana mereka menjaga 'ruhiyyah' mereka dengan Allah sehinggakan masa yang lama dirasakan cukup singkat. Subhanallah! Pengajaran yang cukup besar dapat diambil daripada bingkisan kisah ustaz ini. Allah memelihara mereka kerana mereka benar-benar yakin kepada Allah yang menjaga mereka.


Cerita 2:

Senior UIA yang sangat ku hormati, Kak Asiyah dan Akh Azreen.
Alhamdulillah, mereka telah selamat diijab kabulkan pada Jun lalu. Jodoh terbaik daripada Allah buat insan-insan terbaik. Aku mengkagumi keduanya atas sifat kepimpinan dan karismatik dalam memimpin perubahan di kampusku. Aku lewati blog Kak AC (nama panggilan beliau), beliau menceritakan tentang tawaran kerja yang diperoleh oleh beliau dan suami yang kini memiliki Deg dalam Pharmacy. Kedua-duanya amat mengharapkan ditempatkan di tanah tumpah darah mereka, Kelantan Darul Naim tetapi kuasa Allah mengatasai segalanya apabila Kak AC ditempatkan di KB manakala suaminya pula di Pahang.

Aku memahami perasaan sedih sepasang suami isteri yang berpisah. Suami mana yang tidak sedih, isteri mana yang tidak berendam air mata jika terpaksa berhadapan dengan perpisahan ini. Akan tetapi, setiap perkara yang telah diatur dan direncana oleh Allah Ta'ala pasti menyimpan hikmah yang besar. Sejarah Siti Hajar yang terpaksa ditinggalkan Nabi Ibrahim di Mekah yang pada waktu itu hanyalah tanah gersang perlulah kita hayati dan jadikan sebagai contoh dalam hidup kita. Apatah lagi jika perpisahan itu adalah kerana memenuhi tuntutan jihad! Aku mengharapkan Kak AC dan Akh Azreen tabah dan banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian ini. Insya-Allah Allah pasti akan menghadiahkan sinar kebahagiaan kepada antuma jika antuma benar-benar beriman kepada-Nya, yakinlah!




Cerita 3:

Leading Change..

2 kisah yang cukup membuatkan aku insaf dan sedar dalam dunia kesenanganku kala ini. Aku belum lagi mempunyai kehidupanku bersama teman sehidup sematiku lagi. Dan aku tidak lagi merasai perpisahan dengan dia dan jika kelak perpisahan itu akan terjadi ke atasku, aku memohon agar Allah memberikanku kekuatan untuk menghadapi perpisahan itu. Aku harus memimpin perubahan, leading change seperti kata John P. Kotter. Leading Change aku adalah untuk memimpin perubahan dalam masyarakat sekitarku. Leading Change aku adalah memimpin perubahan dalam mentaliti wanita Malaysia.

"Hidupkanlah Islam di dalam hatimu nescaya Islam akan hidup di atas bumimu."

-Hassan Al-Hudhaibi

Saturday, July 25, 2009

Aku & Umar

Sengaja aku coretkan entri ini dengan tajuk 'Aku & Umar'. Umar menjadi temanku pada tahun akhirku di IIUM K ini. Siapa Umar ya? Buah hati ka? Well, this is my Kelisa's car as it had driven by my Abah on last 10 July. Alhamdulillah, setelah seharian Abah drive, akhirnya kami selamat tiba di kampus UIA Kuantan ini pada jam 2.00 pagi!

Kesian kat Abah, demi anak sulungnya ni, sanggup dia menghantar Umar ke sini..Thank You Abah! Allah will give 'AJR' to you, Amin..

Menjaga Umar taklah susah sangat, kalau dia lapar& haus bagi je air cap petrol yang didapati dari Petronas =). Em, makin meningkat umur ni, makin bertambah responsibilityku dan inilah hakikat kehidupan ini. Rasa lain sangat bila dah ada Umar ni..Macam juga kita pelihara pets like cats, rabbits atau apa2 aje..Kita akan rasa TANGGUNGJAWABAN itu. Kalau tak percaya, cubalah bela kucing seekor =)

Melalut pula rasanya entri kali ini. Sesi luahan perasaan sebelum aku cuba untuk menulis dengan lebih serius pada entri akan datang, insya-Allah. Terkadang terfikir juga tujuan utama aku berblog. Bukanlah untuk menceritakan segala-galanya details hidupku di sini, tetapi lebih kepada perkongsian dengan sesiapa sahaja yang membaca tulisanku ini. Semoga ada manfaatnya, Amin..

Dengan adanya Umar bersamaku, maka semakin 'ligat'lah untuk aku beraktivisme. Jadi sudah tiada alasan untukku tidak berjuang malahan aku perlu lebih kuat lagi. Jika ada sahabat-sahabat yang ingin 'menunggang' Umar untuk ke program-program, aku dengan rela hati akan memberikannya. Aku berharap moga-moga ia menjadi saham untukku dan Abah di Akhirat kelak walau Abah tak pernah tahu pun tentang hal ini.

"Setiap hari yang kita lalui, terbitkanlah rasa SYUKUR di hati kita kerana Allah sentiasa bersama orang yang bersyukur dan bertawakkal kepada-Nya. Kuasa SYUKUR akan menjadikan kita seorang insan yang tahu erti memberi dan qana'ah dengan setiap pemberian-Nya."

My Second Blog

Bismillah wal hamdulillah..
Setelah 2 minggu aku mendaftarkan diri sebagai pelajar Tahun Akhir di IIUM Kuantan ini, barulah aku dapat 'bernafas' sedikit untuk menulis. 2 minggu pertama ni aku dan coursemates semuanya sibuk 'berperang' untuk menyiapkan report praktikal dan mini projek. Alhamdulillah, dapat juga kami siapkan dan present mini projek kami semampu yang kami boleh.
Beralih kepada khabar blogku..apa cerita ni Hafizah? Kenapa entri ni tajuknya My Second Blog?
Alkisahnya, aku dah bingung dengan layout Dagang Hamba,huhu..asyik tak keluar ja semua gadgetsku..tragis dan sedih sungguh! But it's ok, akan ku suruh Umarku mengedit semula wajah Dagang Hamba..tunggu ye Syeikh Umar =)
Leading To Change- was my blog's new name..Sebenarnya aku ambil tajuk buku yang aku beli tahun lepas kat Kinokuniya. Tak habis khatam lagi, but overall it says about organization dan sebenarnya boleh diaplikasikan dalam entire our life jugak. Hopefully, this new name dapat memberikan aku satu burning desire untuk aku meneruskan hidup ini. Umur semakin meningkat dan ajal pun makin mendekat..Astaghfirullah..
Banyak sangat isu yang aku nak coretkan di sini..
Insya-Allah, will come to the next post!
'Ish 'Azizan Aw Mut Syahidan!