Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan di bumi Permatang Pasir

4 Ramadhan 1430H

Ramadhan Kareem!

Bulan Ramadhan yang di awalnya adalah RAHMAT
di tengahnya adalah KEAMPUNAN
dan di akhirnya adalah PELEPASAN DARI SEKSAAN API NERAKA

Jumaat lalu, aku menerima panggilan jihad untuk turun ke Dun Permatang Pasir, Bukit Mertajam. Selesai membaca mesej tersebut, hati kecilku terus terdetik untuk turun. Tambahan, hujung minggu baru-baru ini aku tiada kelas dan komitmen lain yang menuntutku untuk stay di kampus. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk turun dan 'merasai' pengalaman di PRK ke-5 ini setelah tidak merasai pengalaman dalam 4 PRK yang lain.


Bersama sahabat seperjuangan, Izzatie dan dua orang sahabat dari Nisa' Wilayah, kami bermusafir ke negeri Pulau Mutiara. Tunggangan kami, Viva 1.0 cc yang dipandu oleh Kak Ann memudahkan perjalanan kami ke sana, Alhamdulillah biiznillah..

Ramadhan tahun ini, adalah Ramadhan yang berbeza bagiku. Ramadhan tahun ini aku lalui sebagai seorang musafir dengan sahurku pada pagi 1 Ramadhan di R&R Bukit Gantang. Subhanallah! Aku sendiri tidak dapat menggambarkan perasaanku tika ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah..

Syukran Allah. Kami selesai bersahur, solat sunat dan Subuh berjemaah sebelum meneruskan musafir kami. Akhirnya kami tiba di medan jihad, N.011 Permatang Pasir pada jam 7.30 pagi. Aktiviti pada hari itu adalah Karnival Keluarga di Kg Tanah Liat sebagai usaha kami untuk dekat dengan masyarakat dan memberikan kesedaran kepada mereka untuk memilih pengundi yang hak.

Seawal jam 8 pagi, kami sudah berkumpul di tapak Karnival Keluarga. Hanya 2, 3 orang sahaja yang baru sampai. Tetapi ia tidak menjadikan kami berputus asa. Kami berdiri di tepi-tepi jalan, memanggil sesiapa sahaja yang melalui kawasan tapak karnival untuk menyertai karnival ini. Alhamdulillah usaha kami tidak sia2, akhirnya ramai ahli keluarga yang datang dan bersama-sama memeriahkan karnival keluarga ini. Banyak aktiviti menarik yang disediakan bukan sahaja kepada anak2 kecil malah kepada kaum ibu dan bapa juga. Melalui pengamatanku, ku kira sambutan yang diberikan oleh penduduk Tanah Liat amat baik dan memuaskan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka.

Lebih kurang pukul 1 petang, semua aktiviti selesai dan masing2 bersurai setelah penat mengendalikan program. Begitu juga aku dan sahabat2 yang lain. Kami melepaskan penat sekejap sementara menanti waktu Zohor. Walaupun penat tetapi aku amat berpuas hati kerana detik inilah yang aku nanti2kan-> merasai sendiri pengalaman bekerja dalam PRK. Syukran Allah, rupa2nya Allah memberikan keizinan kepadaku berada bersama2 mujahid mujahidah di N.011 ini!

Walaupun tempoh aku di N.011 ini hanyalah 2 hari, waktu yang amat singkat, tetapi pengalaman yang diperoleh, masya-Allah cukup bernilai! Memang benar, medan pilihan raya inilah kita akan mengaplikasikan semua aspek tarbiyah yang telah kita pelajari secara teori sebelum ini. Medan pilihan raya ini juga mengajar kita erti berukhwah dengan sahabat2 yang baru sahaja kita kenali. Subhanallah! "Ya Allah, menangkanlah Islam di Dun Permatang Pasir..Ya Allah! Lembutkanlah hati2 pengundi Dun Permatang Pasir untuk mereka memilih pemimpin Islam.."-doa inilah yang selalu dituturkan oleh Puan Salbiah, Ketua Penerangan Muslimat Pusat setiap kali selepas solat. Aku sangat tersentuh dan terkesan dengan kalimah2 doa yang dilafazkan oleh beliau. Usia beliau yang hampir setengah abad itu tidak menampakkan beliau seorang yang lemah malahan semangat beliau yang tinggi itu sangat dicontohi oleh kami. Terima kasih Kak Sal!

Dan hari ini,

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

sumber: malaysiakini.com

Tiada lafaz yang dapat ku ungkap melainkan puja puji hanyalah bagi Allah yang memberikan hadiah kemenangan ini kepada rakyat Permatang Pasir. Takbir!

p/s: Alfun syukran buat sahabat2 permusafiran- Kak Ann, Aziyati, Izzatie dan Zahidah. Semoga Allah Ta'ala menetapkan hati-hati kita di atas jalan-Nya!



Wednesday, August 19, 2009

Dakwah Nafas Panjang

Bismillahi walhamdulillah..

Agak lama saya tidak mengupdate blog ni. Pelbagai peristiwa yang berlaku akhir2 ini samada isu global mahu pun nasional. H1N1 masih belum sepenuhnya reda, jika kita masih tidak mengambil iktibar atas 'bala' Allah ini, tanya dan diagnose balik iman kita.

Terbaru adalah mengenai biadapnya akhbar dan media rasmi kerajaan yang menuduh Mursyidul Am kita menghukum ahli UMNO dengan memberi kenyataan 'Ahli UMNO tidak masuk syurga'. Tuan Guru menafikan sekerasnya fitnah ini di laman web rasmi harakahdaily. Boleh lihat di sini.

Siapakah sebenarnya yang menghukum? Kita atau mereka?

Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana saya yakin lebih ramai cerdik pandai yang lebih arif untuk berbicara tentang ini. Cuma sebagai seorang Muslim, saya berasa amat kesal atas peristiwa yang berlaku ini. Apabila ulama' tidak dihormati..apabila ulama' diperlekehkan..apabila ulama' tidak diambil sebagai contoh ikutan..

" Al Ulama' Warasatul Anbiya' "
(Ulama' adalah pewaris Nabi)
Tidak cukupkan 'teguran keras' Allah kepada kita? Bukan H1N1 ini yang baru Allah tegur, malah sudah banyak teguran yang Allah beri kepada kita, umat manusia. SARS, Tsunami, dan pelbagai wabak dan peristiwa yang berlaku akhir2 ini adalah jelas untuk memberi peringatan kepada kita, hamba-Nya. Justeru jika ulama' yang faqih dengan ilmunya serta mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah (insya-Allah) tidak kita hormati dan kasihi, siapakah lagi yang dapat kita jadikan contoh ikutan dalam zaman millenium yang mencabar ini?
Manusia oh manusia..
Kenapakah engkau sungguh angkuh?
Kenapakah engkau sungguh keras hati?
Kenapakah engkau sungguh degil?
Tidakkah engkau tahu bahawa kita ini tiada apa2 di dunia ini melainkan atas rahmat dan ihsan Allah, kita hidup di dunia ini? Kerana kita adalah HAMBA dan dengan status hamba ini, kita sebenarnya TIADA PILIHAN!
Firman Allah yang bermaksud:
"Adakah kamu mengaku kamu telah beriman sedangkan kamu tidak diuji?"
Justeru, apakah KEWAJIPAN kita? Apakah TANGGUNGJAWAB kita sebagai HAMBA?
Iaitulah membawa I S L A M ke seluruh alam
kerana
kewajipan DAKWAH itu adalah bukannya hanya hari ini, atau hanya setakat esok, lusa atau sebulan tetapi
hakikat dakwah ini adalah..
DAKWAH NAFAS PANJANG..
hingga sampai masanya kita menghadap Tuan kita, inilah dagangan yang akan kita persembahkan kepada-Nya..
p/s: Tribute utk Akh Nurudin kerana memberi cetusan idea kepada saya, dakwah nafas panjang saya =)

Friday, August 14, 2009

Apabila bumi itu kegersangan tarbiyah..

Peluang aku berada di rumah baru2 ini ku gunakan semaksima mungkin untuk aku bertanyakan khabar adik2ku yang baru mengenali dunia kampus. Dedek, adikku yang keempat kini belajar di sebuah IPTA di Perlis manakala To’ki di IPTS di Selangor.


To'kie & Dedek =)

“Ada tak senior ajak ang masuk usrah?” aku memulakan perbualan, bertanyakan kedua-duanya.

“Tak dak g, tapi aku ada kenal sorang kakak ni, baguihla Ayong dia. Hari tu dia mai jual Al-Quran kat bilik aku. Aku da amik phone number dia.” Dedek bercerita.

“Ha, baguihla! Ang tanyala kakak tu, ada usrah tak kat sini? Tanya dia nak join, boleh?” aku menyuntik semangat kepada adikku untuk mencari usrah di sana.

“Insya-Allah, aku memang nak tanya pun.” Dedek menjawab.

Alhamdulillah, walaupun adikku yang sorang ni tak bersekolah agama, tetapi ku lihat semangatnya untuk berdakwah dan mengislah diri dan rakan2nya sangat tinggi. Mungkin boleh aku katakan, aku kalah kepada Dedek. Mad’unya adalah mereka yang berpakaian jeans dan t-shirt yang ketat. Mad’unya yang kadangkala solat, kadang tidak. Mad’unya juga adalah mereka yang tidak bertudung!

Dedek ada mengadu kepadaku, “Ayong, ang tau, aku kadang2 rasa macam mati kutu kat sana. Dahlah, library dan fakulti semua kat Kangar, aku tak leh nak p mana2 after class. Satu lagi yang paling aku sedih, surau sangat tak hidup! Bila aku nak p smayang ja, takdak jemaah pun. Sedihla..”

Masya-Allah! Begitu rupanya kesedihan yang melanda adikku. Dia sangat mengimpikan adanya sahabat yang sama2 mahu membawa Islam dan berdakwah kepada rakan-rakan mereka. Aku tahu perasaannya. Malah, mahu sahaja aku tukarkan dia belajar di tempatku, di bumi yang masih subur tarbiyahnya, Alhamdulillah!

Aku cuba menyuntik semangatnya, “Takpa Dedek, mesti ada hikmah yang sangat besar kenapa Allah letakkan ang kat situ. Aku tau, ang mesti nak belajaq kat tempat yang environmentnya ada suasana Islam, kan? Tapi cuba ang tengok balik, kalau kat tempat ang takdak lagi orang yang hidupkan Islam, ang yang kena mulakan. You have to create that environment! Besar pahalanya untuk ang sebab ang menjadi perintis, ang yang memulakan kerja2 Islam kat sana.”

Aku lihat dia mengangguk. Aku tahu amat besar tanggungjawab yang dipikulnya. Dia baru sahaja memulakan langkahnya di alam kampus berbanding denganku yang sudah pun berada di tahun akhir ini.

Alhamdulillah, dalam masa yang sama, aku sangat2 bersyukur kepada Allah kerana Allah menempatkanku di bumi UIA ini. Bumi ini masih subur dengan tarbiyah, bumi ini masih subur dengan bi’ah solehah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..Dan tanggungjawabku untuk memastikan tarbiyah Islamiyyah terus hidup subur di bumi ini!

Tetapi bagaimana dengan bumi2 yang lain? Harus menunggu siapa untuk menyuburkan bumi itu? Siapa yang nak membantu adikku di sana? Aku yakin dan sangat yakin kepada Allah, walau bagaimana besarnya kerosakan dan maksiat yang melanda sesebuah tempat, akan adanya segolongan manusia yang akan menghapuskan kerosakan itu dan mengembalikan Islam di tempat itu. Dan aku berdoa semoga Dedek adalah sebahagian daripada golongan itu. Amin..

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.”

[3: 110]


Wednesday, August 12, 2009

Ramadhan, kami merinduimu..


Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk mengikuti halaqah ilmu sempena persediaan ihya' Ramadhan 1430H di Dewan Sekolah Islam Al-Irsyad, anjuran Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS), sebuah badan NGO. Antara penceramah hebat yang dijemput ialah:

1) Al-Fadhil Ustaz Ahamd Tirmizi B. Taha
Pensyarah UDM

BA (Hons) Tafaqquh Fid-Din, KUSZA

BA (Hons) Syariah. Universiti Al-Azhar, Mesir

MA (Hons) Syariah, Universiti Terbuka Amerika, Mesir


2) Al-Fadhil Ustaz Zuridan B. Mohd Daud
Pensyarah UMP

BA Dirasat Islamiah Universiti Hassan 2, Morocco

MA Syariah, Universiti Al-Albayt, Jordan

Sedikit perkongsian daripada Ust Zuridan untuk kita amalkan dalam bulan Ramadhan yang akan tiba tidak beberapa hari lagi.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!
JADUAL RINGKAS INDIVIDU DI BULAN RAMADHAN
Subuh:
  • Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud)
  • Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air
  • Solat Subuh di masjid atau surau
  • Membaca Al-Quran atau mendengar tazkirah subuh
Pagi:
  • Ke pejabat/kelas bagi pelajar dengan menghayati bacaan Al-Quran di dalam kenderaan
  • Solat Sunat Dhuha
  • Bekerja/belajar seperti biasa
Tengahari:
  • Solat Zuhur berjemaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat
  • Tadarus Al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau membaca Al-Quran
  • Rehat atau tidur lebih kurang 10 minit
  • Bekerja seperti biasa
Petang:
  • Solat Asar di masjid atau surau
  • Membaca Al-Quran
  • Pulang ke rumah/asrama dengan menghayati bacaan Al-Quran di dalam kenderaan
  • Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri
  • Bertadarus Al-Quran dengan keluarga
  • Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat Maghrib berjemaah di masjid (bagi lelaki)
  • Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga
Malam:
  • Solat sunat sebelum Isyak
  • Solat Isyak
  • Solat sunat selepas Isyak
  • Solat Sunat Tarawih
  • Bertadarus Al-Quran di masjid atau surau
  • Tidur awal untuk bangun awal
Insya-Allah, marilah kita amalkan amalan-amalan di atas dengan niat yang ikhlas untuk 'upgrade' iman dan amal semata-mata kerana Allah dan ditambah dengan kita berada di dalam bulan yang mulia ya'ni bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, subhanallah!

Tuesday, August 11, 2009

Bercuti

Khamis, 06/08/09;

"Fizah, KOS dah tutup hari ni, memang confirm sebab Dr Samsun sendiri yang bagitau," coursemateku Alia begitu ceria menyampaikan perkhabaran 'cuti' kerana H1N1 kepadaku.
"Ye ke? Em, Alia nak balik?" aku bertanya. Pelbagai perasaan bermain dalam hatiku, takde pulak rasa gembira sangat, atau rasa sedih sebab KOS dah closed.
"Mestila nak," Alia dengan semangatnya nak pulang ke kampung. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Semuanya excited sebab dapat cuti seminggu!

Ramai yang bertanyakan aku, tak balik ke? Aku menjawab akan balik insya-Allah tetapi bukanlah hari ini, hari Sabtu mungkin. Maka ramailah yang meminta bantuanku untuk menghantar mereka ke terminal. Alhamdulillah, Allah memberikan sedikit kekuatan bersama temanku Umar untuk membantu rakan-rakanku ini. Tak rugi jika niat kita ikhlas untuk membantu sahabat, insya-Allah moga-moga Allah meredhai..Amin..

Aku acap kali berfikir, nak balik ke taknak..Kerja memang banyak, sampai kapan pun tak habis selagi belum Kiamat, Allahu Rabbi..fikir punya fikir, aku ambil keputusan untuk balik, tambahan nak jumpa adikku Bangah yang akan fly semula ke France 30 Aug ni, insya-Allah..jika tak balik sekarang, tak dapat jumpa Bangah dah,huhu..

Sabtu, 08/08/09;

Alhamdulillah, selamat naik bas UTAMA Ekspress 2 tingkat. Jam 8.45 malam jadual perjalananku bermula. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada rakanku Timah & Rock yang sudi menghantarku ke terminal dengan menaiki Umar. Sedih tinggalkan Umar, aku minta tolong Timah tengok-tengokkan Umar =)

Ahad, 09/08/09;


Jam 6.15 pagi, aku selamat tiba di Terminal Bas Shahab Perdana. Alhamdulillah, perjalananku selamat sehingga tiba di negeri Jelapang Padi ini. Usai Subuh, aku tunggu Abah menjemputku. Dah besar2 macam ni pun, Abah still jemput lagi sebab bas tak lalu depan rumah..hehe, terima kasih Abah=)
Then, bila dah sampai kat rumah, Mak mengajakku pergi ke Langkawi! Masya-Allah, berjalan lagi! Sebenarnya Mak & Abah nak temankan kawan depa yang datang dari Johor, Pak Cik Ibrahim sekeluarga. Dek tak mahu menghampakan Mak & Abah, aku pun ikutlah ke Langkawi, lagipun dah lama tak pi Langkawi. Last pergi, time Darjah 2, memang lama sungguh la..
Alhamdulillah, dapatla makan angin sat satu hari di Langkawi. Malamnya pulak, kami makan ikan bakar kat Kuala Perlis, Alhamdulillah sedap sangat! Anda kena pi Kuala Perlis kalau nak tahu kesedapan ikan bakarnya!

Bercuti. Bukan niat aku untuk 'lari' dari kesibukan kerja di kampus. Tetapi niat di hati untuk balik jumpa Mak, Abah dan adik2 buat mengutip kembali semangat dan reenergize motivasiku.. Alhamdulillah, rasanya dah dapat energy baru, hopefully aku lebih bersemangat untuk kembali bekerja di kampus.

Cutiku bukan bermakna amal Islamiku juga bercuti. Cutiku ini ku ambil untuk aku 'turn back' dan lihat kembali sejauh mana prestasiku dalam tempoh sebulan yang lalu. Begitu pantas sekali masa berlalu dan begitu kian aku menghampiri 'usia senja'ku di bumi bertuah ini, bumi UIA yang dicintai..



Thursday, August 6, 2009

ISA; Antara Hidup & Mati


















Alhamdulillah, hari ini 15 Sya'ban, juga dipanggil nisfu Sya'ban. Sya'ban bererti berserak-serak yang juga menterjemahkan dituntutnya kita untuk berserak-serak melakukan banyak amal kebaikan di dalamnya. Fastabiqul Khairat!

Entri kali ini adalah merupakan kisah pengalamanku di dalam lautan ribuan rakyat Malaysia yang turun berdemo pada 1 Ogos lalu. Sebelum itu, tribute untuk buraq kami, Umar yang membawa kami ke tanah Kuala Lumpur.

Aku menganggap demonstrasi kali ini adalah yang paling ganas dan kejam antara demonstrasi yang aku telah sertai. Seawal 8, 9 pagi, pak-cik2 berbaju biru telah dan giatnya mengadakan sekatan dan membawa trak2 untuk mengangkut demonstran-demonstran. Tidak terkecuali aku melihat mahasiswa, pemimpin-pemimpin PAS, isteri dan ahli keluarga tahanan ISA dan pak-cik2 yang ditangkap oleh mereka.

Membaca pengalaman-pengalaman sedih dan tragis sahabat2ku daripada blog dan emel, aku menyimpulkan masing-masing pasti akan menyimpan rapi pengalaman mereka ini di dalam diari kehidupan masing-masing. Ada yang sesak nafas terkena semburan water canon, ada yang disoal siasat oleh pak cik baju biru, dan tribute untuk mereka yang merasai pengalaman ditangkap dan hampir sehari ditahan tanpa diberikan makanan. Tahniah dan takziah buat mereka kerana hanya orang-orang terpilih sahaja yang merasai pengalaman terindah ini. Semoga Allah memasukkan mereka dalam kalangan orang yang bersabar.

Aku pula..terasa juga penangan water canon sampai perit tekakku ini, namun apalah sangat sedikit water canon yang aku rasai berbanding derita para tahanan di Kem Kamunting yang bertahun-tahun terseksa di dalamnya. Allah bersama kalian, tingkatkan doa dan tawakkal, kerana Allah memakbulkan doa orang-orang yang dizalimi.

Ada yang mengatakan kami melakukan kerja gila, tidak bermoral kerana mengadakan rusuhan di tengah2 bandar. Ada yang mengatakan kami ini tiada kerja kerana bersorak-sorak di tempat awam. Ada yang mengatakan..macam-macam..

Dengarlah wahai mereka yang berkata-kata sedemikian,

Anda tidak merasai derita tahanan ISA,
Anda tidak menjadi isteri/anak-anak/ahli keluarga tahanan ISA,
Anda tidak terdedah dengan kebobrokan dan kekejaman Akta ISA!

Sedarlah, sedarlah..Marilah kita membuka mata kita dan minda kita agar kita tidak terus tertipu dengan media yang digembar-gemburkan kepada kita. Jika anda ingin mengatahui apa itu perjuangan, maka anda harus berada dalam PERJUANGAN ini!

Buat ayahanda dan bonda, Kak Yong memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa merahsiakan pemergian ke demo. Demi Allah dan Islam, I do it! Demi Allah dan Islam, moga-moga ada ganjaran dan pahala buat Mak dan Abah. Terima kasih.