Saturday, September 26, 2009

Adakah kita telah menjadi umat kesayangan Nabi?

7 Syawal 1430 H

Bismillahi walhamdulillah..

Sudah seminggu berlalunya Syawal. Bagi yang sedang menjalankan ibadah puasa sunat 6 di bulan Syawal, selamat berpuasa. Insya-Allah saya berniat untuk memulakan puasa pada minggu hadapan.

Sedang memeriksa emel saya pagi tadi, terbaca satu artikel menarik yang ingin dikongsi bersama pembaca budiman sekalian. Terima kasih kepada pengirim, Siti Hafriza, minta izin untuk publish artikel Siti di sini ya..Menginsafi diriku, adakah selama ini kita telah menjadi umat kebanggaan dan kesayangan Nabi yang kita cintai, Muhammad s.a.w.? Sedangkan kita adalah umat yang paling lemah dan umat yang dikurniakan umur yang paling singkat berbanding umat2 terdahulu.

Buat diriku yang lemah dan pembaca budiman sekalian, hayatilah artikel ini dan marilah kita menjadi umat kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. kerana...

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.


Thursday, September 24, 2009

Snap! Snap!

Harimau betul ke ni?

kat Muar, Johor

kat rumah Opah, Ipoh

kenangan di rumah abang Nenek Som @ Mentakab..ada kepala rusa..

comel tak Abah? huhu..

Aidilfitri Yang Bermakna

5 Syawal 1430H

24 September 2009

Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Allahu Akbar wa Lillahil hamd..

Catatan Perjalanan Yaakob's family ke Simpang Pulai-Sg Koyan-Mentakab-Kg Embun Temerloh-Bukit Istana Kuantan-Muar-Lubok China-Rantau-Jitra


Ayong menulis;

Alhamdulillah, Hari Raya tahun ni amat bermakna sekali buat kami sekeluarga. Walaupun Bangah dan Nienah tak dapat beraya sekali dengan kami, tetapi kami dapat merasai kegembiraan berhari raya di kampung sebelah mak dan abah. (Bangah + Nienah jgn jeles ye, hehe..)

Sebenarnya posting kali ni aku tujukan khusus untuk adinda berduaku yang berada di perantauan; Bangah @ France dan Nienah @ Cairo. Moga-moga terubat sedikit kerinduan kalian kat kami, hehe..kalau rindu la..

Journey keluarga Hj Yaakob+Pn Khairani bermula pada 29 Ramadhan bersamaan Hari Sabtu lepas. Kami bertolak ke Simpang Pulai, rumah Mak Tok + Tok Wan lebih kurang pukul 10 pagi. Alhamdulillah, bertunggangkan kenderaan baru Abah, KIA Pregio [KCN 8895], kami selamat sampai di Simpang Pulai tengah hari jugaklah..Sampai di sana, keluarga Pak Uda dan Mak Cik Tie dah pun ada..mereka dah bermalam 2 hari di sana. Dah besar sepupu2 kami, anak-anak Pak Uda dan Cik Tie..Nienah dan Bangah nak tau tak, anak Cik Tie yang bongsu (Rizal) comel sangat, nanti aku upload gambaq na..

Pagi 1 Syawal; Alhamdulillah kami berpeluang bersembahyang sunat Aidilfitri di Masjid dekat Simpang Pulai. Sembahyang sunat kat sana start pukul 9 pagi, lewat sikit dari solat sunat Aidilfitri di Jitra. Selepas mendengar khutbah Aidilfitri, kami pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk ke rumah Opah. Ampa 2 orang nak tau, kami nak p tengok Tok Nek! Semua anak Opah balik raya except Mak Ngah Bibi. Anak2 Mak Long Ilah 3 orang, anak2 mak Lang Bobo ada 2 orang, comel2 semuanya and Mak Su Manja tak kawen lagi..Tok Nek tak berapa sihat, dah mula tak nampak and tak berapa ingat sangat..Mak Tok yang habaq sorang2 ni sapa bila salam ngan Tok Nek..gambaq Tok Nek pun ada, nnt aku tunjuk na..macam besa bila p umah Opah, makanan dia semua sedap2, huhu..Atuk kan pandai masak? ^_^

Next destination kami ke Sg Koyan, ye! Kita kan dah lama tak balik kampung? Kat Koyan ada Tuk Manap, Nenek Som, Pak Ngah Amir dan Mak Uda Syam. Pak Njang Amat tak balik Koyan tahun ni, raya kat Singapore. Kami sampai lebih kurang kul 8.30 mlm. Sampai2 sana teruih balun makan malam! Sempat gak tengok ikan keli Atuk, ada 5 kilo dalam kolam dia, huhu..esoknya pagi2 kami bertolak p Mentakab, beraya kat umah abang dan adik Nenek Som. Tau tak To'kie dan aku diberi peluang drive kete Mak Uda, Proton Saga, hehe..maut jugakla cara To'kie drive, 3 mistakes dapat dikesan, huhu..tapi laju gak la dia bawak..aku pon laju, hehe cucu Tuk Manap, kan? kata Abah =)

After beraya kat Mentakab, kami menuju ke Temerloh pulak, umah Pak Usu! Besaq umah dia, umah tu dibina atas tanah arwah mak Mak Usu, kat Kg Embun. Kami sampai sana lebih kurang kul 3.30 ptg. Rupa2nya rumah Pak Usu tak jauh dengan rumah kawan aku, Kak Athiqah, hang kenai kan, Nienah? Aku sempat jugak p umah Kak Iqa, dengan Mak Uda, Aina, Akmalina, Amah, Dedek and Aisyah. Sembang punya sembang, rupa2nya ayah Kak Iqa dua pupu dengan Mak Usu! Subhanallah, keciknya dunia kan? Huhu..kami pun makan2la kat situ, kueh Kak Long Kak Iqa sodap! Hehe, jangan jeles!

Lepas raya kat umah Kak Iqa, kami baliklah..=) Mak Uda dan Nenek Som pun nak bertolak balik Koyan before malam menjelang. Teka Atuk Manap ikut balik tak? Haha, tak! Dia nak ikut kita balik Jitra! Malam tu kami bermalam kat umah Pak Usu. Umar bestla jumpa geng (Ust Khair), hehe depa study sama2, kan nak PMR tahun ni? Alhamdulillah, syukran jazilan kepada Pak Usu sekeluarga yang melayan kami dengan baik sekali, semoga Allah merahmati!

Esoknya kami decide ke rumah Mak Cik Aisyah-Razman kat Bukit Istana Kuantan. Actually aku telah 'tinggal'kan Umar Kelisa kat situ, mintak Mak Cik Aisyah tolong tengokkan, hehe..Hampa 2 orang nak tau, sebenarnya kami nak tengok Ramesh, hehe atau nama Islamnya Umar Rauf, menantu Mak Cik Aisyah! Alhamdulillah Rauf+Fathimah telah selamat diijab kabulkan pada 1 Syawal lepas. Barakallahufikuma! Doakan mereka,k..Rumah depa besaq! Alhamdulillah best gak kami p umah depa=), nnt balik Malaysia, bolehlah p umah Mak Cik Aisyah.

Journey kami diteruskan ke Muar, Johor. Kami nak ke rumah abang Pak Cik Bakar! Coz esoknya nak konvoi ke Lubok China bersama Mak Cik Dik's family. Em, abang Pak Cik Bakar ni kelakar orangnya, suka buat lawak. Isteri dia kami panggil Mak Cik Pon =), baik sangat orangnya, tanya Dedek dan Amah, hehe..kat sebelah umah abang Pak Cik Bakar, terletak rumah adik dia pulak. Malam tu meriah sangat sebab ada marhaban yang dialunkan dari rumah ke rumah. Tak pernah lagi rasa suasana macam ni kat Kedah kan? To'kie dan Umar join marhaban semalam, Umar kata sampai full dah perut dia sebab bila pergi kat sesebuah rumah tu, diorang akan dijamu makanan oleh tuan rumah. Si Aqil pulak hangat2 tahi ayam ja, kata nak ikut sekali marhaban, alih2 cakap tak larat, Aqil2..yang best kat rumah Mak Cik Pon ni (sebut nama isteri abang Pak Cik Bakar sebab tak tau nama dia, huhu) ada 2 ekor kucing yang cute sangat, namanya Omas dan JJ. Bila dengaq nama Omas, kami gelak besar sebab teringat sorang aktres Indon yang namanya Omas. Dedek kata bibir Omas seksi, haha..whatever la Dedek..in short, aku boleh katakan adik-beradik Pak Cik Bakar very close semuanya, best!

Alhamdulillah after dapat tidur semalam kat Muar, pagi esoknya kami dah nak berangkat ke tempat tujuan utama-> Lubuk China, Melaka! Sedihnya Mak Cik Dik's family tak dapat ikut sekali coz depa nak p umah adik Pak Cik Bakar kat Batu Pahat dulu, then barulah nak ke Lubuk China. Takpe la, kami pun bergerak dulu. Masuknya Melaka, Atuk kata Melaka dah banyak berubah, tak macam dulu. Em, mestilah kan, sebab dah banyak perubahan berbanding 50 tahun dulu. First destination, kami ke rumah Tok Utih, adik Atuk. Kat sana kami jumpa Pak Usu's dan Mak Lang's family. Dah besar2 anak Mak Lang. A'is dah kerja, jadi programmer. Angah pun keja, tapi tak ingat pulak kerja apa. Yang no 3, Khairul, pastu Pam and Izah. Depa dah nak balik KL rupanya, lepas bersalaman, depa pun bertolak balik.

Kami pulak, lepas menjamah sikit kuih-muih Tok Uteh, kami bertolak ke rumah family Atuk, nak jumpa Mak Busu abah atau lebih senang dipanggil Nana. Nana ni dok kat LA, balik beraya kat Lubuk China. Hampa tau, memang terimbau nostalgia lama bila dengar cerita Nana. Nana tua dari Abah 6 tahun ja. Kat umah tu ada gambar family Atuk masa muda2 dulu, hehe..muka Abah masa kecik comel, sebijik macam muka To'kie masa kecik, hehe..cute2 semuanya! Kami gelak tak henti2 sebab dapat tengok gambar Abah kecik2. Nana sangat close ngan family Atuk sebab Atuk jaga Nana masa kecik. Nana pernah panggil ayah kat Atuk. Nana sangat friendly dan dia ajak ke rumah dia kat LA =)

Lepas bercerita dan berborak2 ngan Nana, Tok Chik Milah, kami pun beransur ke rumah Tok Long pulak. Rumah Tok Long tak jauh dari situ. Tok Long ni kakak sulung Atuk, umur dia dah 87 tahun tapi aku tengok ingatan dia kuat lagi cuma dia dah tak larat nak jalan. Rumah dia best jugak, besar dan ada beranda. Depa semua ni peghak jugakla, macam tak pernah tangok anjung, huhu..nanti hampa tanya la Dedek ka, Umar ka,huhu..

Dah lewat petang. Kami pun minta diri sebab nak balik Jitra malam ni jugak. Sebelum tu, singgah ke destinasi terakhir, di Rantau kat rumah Mak Ngah Abah, Mak Ngah ni kakak ipar arwah mak Abah. Cucu dia, Aisyah Murni tu study kat Bandung, wat Medic. Kami jumpa jugak Mak Cik Tuti, anak Nana. Anak2 dia semuanya comel sangat! Dia nak anak2 dia jadi hafizah, insya-Allah..

Masya-Allah, dah letih kami tour 4 negeri. Memang Hari Raya yang bermakna sungguh tahun ni. Sekali berjalan, habis tour 4 negeri! Salutelah kat Abah, hehe..walaupun letih tetapi dapat jugakla kami (anak2 Abah+Mak ni) berkenal-kenalan dan berjumpa dengan sanak saudara Mak dan Abah. After all, nothing to say, syukran Allah atas keselamatan yang diberi sepanjang tour Raya Yaakob's family tahun ni..

Buat Bangah dan Nienah, ni ja yang dapat aku titipkan. Tentu tak sama kegembiraan kami di sini tanpa kalian berdua. Insya-Allah doa kami semoga kalian berdua sihat dan gembira menyambut Aidilfitri di perantauan. Panjang umur, insya-Allah kita berhari raya bersama2 tahun depan ya, em, mungkin ada event penting tahun depan, hehe..who knows? ~^_^~

Sekian catatan daripada Ayong;
Salam Eidulfitr, maaf Zahir Batin.
Kullu'am wa antuma bikhair!

Friday, September 18, 2009

Rindu Ramadhan

28 Ramadhan 1430 H

Hujan renyai-renyai di luar. Sekali sekala terdengar bunyi guruh. Usai solat tarawikh, tarawikh terakhir untuk Ramadhan tahun ini, hati aku dipagut rasa sayu dan sedih sekali. Ya Allah, Ramadhan dah nak pergi..cepat sungguh masa berlalu, Ya Allah, rintihku.

Sungguh, aku rindu Ramadhan. Aku pasti akan merindui saat bertadarus bersama-sama sahabat, saat bertarawikh di rumah-rumah Allah bersama sahabat-sahabat dan adik-adikku. Aku rindu semuanya..

Tetapi Ramadhan tetap akan pergi seiring dengan berlalunya masa. Maka beruntunglah buat mereka yang benar-benar menghargai dan mengisi Ramadhan dengan sebanyak-banyak amal dan kebajikan. Tetapi malanglah buat mereka yang mensia-siakan Ramadhan begitu sahaja. Dan amat malang bagi jika tidak ada satu pun amalan yang bertambah di dalam Ramadhan Al-Mubarak ini, na'uzubillah..

Bulan rahmat ini tidak akan menunggu kita lagi. Kita hanya bersemangat menyambut kedatangannya tetapi apabila sudah berada di dalam bulan Ramadhan, seakan tiada perasaan untuk berlumba-lumba menambah amal dan kebajikan. Ramadhan baru seminggu berlalu, kita sudah sibuk ingin membuat persiapan menyambut Syawal..

Di manakah keutamaan Ramadhan? Di manakah semangat berkobar-kobar kita tatkala kita menyambut kedatangan Ramadhan? Sedangkan para sahabat begitu gembira dan menanti-nantikan kehadiran Ramadhan dan menangis apabila berakhirnya Ramadhan..adakah hati kita begitu keras sehingga tiada rasa sedih sedikit pun Ramadhan akan meninggalkan kita?

Ramadhan, kami pasti akan menunggu kedatanganmu lagi pada tahun hadapan. Ya Allah, panjangkanlah umur kami untuk kami bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Ya Allah, terimalah amalan kami sepanjang kami berada di dalam bulan Ramadhan dan ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Buat semua sahabat dan muslimin muslimat yang mengenali diri ini, saya memohon ampun & maaf atas segala khilaf dan keterlanjuran kata atau perlakuan. Mohon dimaafkan ya.. Semoga Eidulfitr yang bakal menjelang akan mengembalikan kita kepada fitrah, suci daripada noda dan dosa ibarat bayi yang baru lahir..

Kullu 'am wa antum bikhair!

Nurhafizah Yaakob & Famili
95, Juliana, Jitra.

Sunday, September 13, 2009

Apresiasi Buatmu Sahabat

Bismillahi walhamdulillah..

23 Ramadhan 1430H

Alhamdulillah Allah masih membekalkan keimanan untuk aku dan seluruh umat Islam yang lain dalam meneruskan ibadah Ramadhan pada fasa ke-3 ini. Masya-Allah, sudah fasa ke-3? Sungguh, Ramadhan tahun ini ku rasakan amat sekejap sekali..dek kerana sibuk di tahun akhirkah aku merasakan sekejapnya Ramadhan tahun ini? Astaghfirullah, moga2 Ramadhan tahun ini tidak dilalui dengan sia2, na'uzubillah..

Malam ini seakan kantukku hilang, em ni gara-gara pekena 'nescafe Kak Ana' mungkin..mungkin ada hikmahnya juga, bolehlah aku ngaji lebih sikit malam ni, insya-Allah..

Actually aku baru sahaja melayari blog2 rakanku..baru ku tahu rupanya Mawaddah (kawannya Ham-nursing) dah selamat deliver baby boy 31 Aug baru ni, Alhamdulillah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepada Mawaddah sekeluarga. Tengok ramai sahabat yang dah berumah tangga kadang2 mengundang cemburu jugak, huhu..(ni kes nak kawen ke?) Insya-Allah siapa yang taknak kahwin, mesti nak kan? Cuma belum tiba lagi masanya untuk aku, insya-Allah bila tiba masanya, aku juga akan mengikut jejak sahabat2ku..Amin..

Dah lari point ni, cerita bab kahwin pulak..sebenarnya malam ni aku rasa nak mencoret sedikit apresiasi atau penghargaan kepada sahabat2ku, sahabat2 dunia akhiratku =)..memandangkan esok aku akan pulang ke Kedah (my sweethome) dan kemungkinan aku jadi 'liat' nak berblog, maka aku nak rakamkan siap2 kat sini..


Semakin meningkat umurku, semakin aku memahami dan merasai erti sebuah ukhuwwah. Sungguh pun aku tahu ukhuwwahku tidaklah sehebat ukhuwwah Nabi dan para sahabat baginda radhiallahu'anhum tetapi aku cukup2 menghargai dan mensyukuri nikmat ukhuwwah yang dirasai ini. Nikmat ini adalah daripada Allah jua, Dialah yang mencampakkan rasa ukhuwwah ini kepadaku dan sahabat2ku..syukran Allah!

Sahabatku adalah guruku,
Sahabatku adalah kakak, abang dan adikku,

Sahabatku adalah penasihat dan pakar rujukku,

Sahabatku adalah teman setia pendengar masalahku,

Sahabatku adalah pengkritikku,

Sahabatku adalah segala-galanya buatku..

dan yang utama sahabatku membuatkanku ingat Allah..


dan dengan ini aku ingin mengucapkan

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA BUATMU INSAN YANG BERNAMA SAHABAT...


Sungguh, di kala salah seorang sahabatku ingin mendirikan rumah tangga, rasa sedih tidak dapat dinafikan. Rasa seolah2 aku akan kehilangan sahabatku yang sorang ni..tetapi itulah percaturan Allah. Tidak selamanya kita akan bersama dengan sahabat kita kerana masing2 pasti akan ada kehidupan sendiri dan begitu juga denganku.. Tidak mengapa kerana sebagai orang yang beriman, kita ada DOA sebagai senjata kita, kan? Kalau rindu sangat kat sahabat, aku akan membaca DOA RABITHAH. Aku selalu minta kat Allah nak jadi jiran dengan sahabat2ku di syurga-Nya nanti, insya-Allah..sebab apa? Sebab KASIH SAYANG yang Allah limpahkan buatku dan sahabat2 tidak dapat diungkap dengan kata2. Hebatkan Allah? Sebab aku akan rasa sedih sangat2 kalau nak berpisah dengan sahabat2 tetapi Allah knows best..Dia juga berhak untuk menguji ukhuwwahku dengan sahabat2ku..

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang pandai nak tunjukkan kasih sayang kat sahabat2 tetapi sejak berkenalan dengan insan2 istimewa ni, aku pun dah jadi tak segan..hehe..Teringat ada hadis Nabi yang menyebut jika kita kasihkan saudara(sahabat) kita, maka ucapkanlah kepada dia. Betul, kalau kita dijemput Tuhan, tak sempat pulak nak bagitau kat sahabat kita yang kita sayang kat dia kan? So, practice it! Bagitau yang anda sayang kat sahabat anda, k!

Kalau nak ikutkan hati memang tak terlarat untuk aku coretkan hebatnya sahabat2ku ni.."they meant the world to me"..ayat Ham. Aku suka sangat kata2 Ham ni..(Ham, kte quote ayat Ham nie) and u are right, my dear friend! Sahabat2ku begitu bermakna dalam kamus hidupku tika aku menginjak usia dewasa ini. Sahabat2 dan aku bersama2 belajar dalam menelusuri kamus kehidupan kami dan pastinya aku tidak akan melupakan saat2 indah ini dalam hidupku, insya-Allah..

Mengenali setiap orang dari sahabat2ku membuatkanku lebih mengenali diriku sendiri. Jika boleh, aku tak mahu melukakan walau sedikit pun hati sahabat2ku..tetapi aku tetap seorang manusia biasa, yang tak akan sunyi dari melakukan kesalahan. Ada juga hak sahabat2 yang tak tertunai, maka maafkanlah aku sahabat.. Izinkan aku merakamkan apresiasiku buatmu sahabat di sini..aku tidak punya apa-apa untuk diberikan kepadamu sahabat melainkan bingkisan doa agar setiap langkahmu diredhai dan dipermudahkan Allah SWT..Amin!

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwa. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa, semakin ramai sahabat aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia kepadanya." [Imam Syafi'e]

Aku suka sangat kata-kata Imam Syafi'e ni. Dan aku juga menghargai sahabat2ku dengan sepenuh jiwa dan ragaku kerana aku begitu mengasihi dan mencintai sahabat2ku kerana Allah!

Ikhlas,
Nurhafizah Yaakob,
Sahabatmu dunia akhirat.

Friday, September 11, 2009

Ijtima' Aidilfitri Mahasiswa Kedah

Jom pakat mai ramai-ramai!

"Kedah Sejahtera di bawah pimpinan Ust Azizan"

Monday, September 7, 2009

Siri-siri Ramadhan di Kuantan

Bismillahi walhamdulillah..

17 Ramadhan 1430H

Ramadhan sudah 16 hari berlalu..

10 malam terakhir akan tiba dalam 4 hari lagi..

Masih terasa atau tidak ruhnya?

Alhamdulillah, semalam aku iftar bersama adik merangkap sahabat terbaik, Jeneral Hamasyie =) di Restoran Suzana dan kami bertarawikh di Masjid Ampuan Afzan. Rindu sangat nak solat tarawikh 20 rakaat dan Alhamdulillah Allah izinkan. Petang tadi, usai menjawab midterm IB yang tak berapa cukup preparation pun, Astaghfirullah.. jadi malam ni rasa nak jumpa Allah lama-lama sikit..huhu rindu..sebab rasa macam jauh je dengan Allah..syukran dik menjadi teman iftar & tarawikh semalam!

3 hari sebelum ni, aku berkesempatan iftar & bertarawikh di Masjid Negeri, Alhamdulillah..

Siri 1: Bersama adik-adik CTS (Ta'rif) yang bakal menyambung perjuanganku, insya-Allah..


Nad+Me+Rami


Zut+Ieja+Anis+Mas

Sue+Kila+Adibah

Siri 2: Bersama mujahidah-mujahidah abad 20, hehe..they are my precious gift from Allah..
*nanti Kak Fizah letak gambar ye, kena amik kat Aida dulu..


Siri 3: Bersama sahabat2 dan teman2 sehidup sematiku, ABku..they mean the world to me =)





Setiap kali bertemu Ramadhan, pasti ada ilmu baru yang membuatkan aku lebih mengenali dan mencintai Ramadhan. Patutlah pahala untuk orang yang berpuasa di bulan Ramadhan ni, Allah sendiri yang akan beri. Kerana apa? Kerana Allah hadiahkan bulan yang mulia ni khas untuk kita. Ramadhan adalah bulan rahmat yang mengajak kita kembali kepada fitrah. Berpuasa kita bukan sahaja daripada makan dan minum tetapi kita juga berpuasa daripada mengikut nafsu syahwat kita yang selalu menginginkan perbuatan2 mungkar, na'uzubillah..

Ramadhan; Allah khususkan bulan ini untuk kita beribadat sepenuhnya dengan ganjaran amalan yang berlipat ganda. Asal kita adalah dari alam ruh. Ramadhan adalah untuk kita, untuk penyucian ruh kita. Subhanallah! Indahnya Ramadhan bagi mereka yang benar2 tahu dan inginkan keredhaan Tuhannya..

Ayuh! Kita terus tingkatkan amal ibadat kita sementara Ramadhan masih bersama kita..

Saturday, September 5, 2009

Kembali Tempur; rasai ruh Badar!

Bismillahi walhamdulillah..

15 Ramadhan 1430H

Alhamdulillah, rasa gembira hari ini. Dapat bersama-sama sahabat2 dan adik2 berqiyamullail, Subuh berjemaah dan mendapat santapan rohani selepas Subuh tadi. Syukran kepada muzakkir hebat saya, Mastura. Sesiapa yang tak hadir tadi memang rugi..walau bagaimana pun, aku husnuszhan dengan sahabat2 yang mempunyai masyaqqah masing2. Takpe, lain kali boleh qiyam ramai2 lagi =)

Fatrah exam kembali lagi!
Sibuk dengan preparation untuk menghadapi midterm dan di celah2 nak study, kena siapkan assignment yang menuntut usaha yang kuat. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan dengan bantuan rakan2 yang sangat2 membantu. Alfun syukran diucapkan!

Dan aku..

Juga akan menghadapi exam esok hari. Paper yang akan diduduki; International Business, subjek minorku. Kena pasang azam dan tekad, nak dapatkan A dalam subjek ni, insya-Allah. Mujahadah Hafizah! Anda boleh! (huhu, ni ayat nak naikkan semangat sebenarnya..)

Exam di dalam bulan Ramadhan..
Seharusnya kita perlu jana kekuatan dalaman diri kita untuk terus bersemangat study dan fokus dalam pelajaran kita. Tidak dinafikan KEKUATAN yang sebenarnya adalah daripada Allah, tetapi kita sebagai manusia perlu ada USAHA untuk menguatkan diri dalam menghadapi setiap ujian dan cubaan dari-Nya. Tambahan di dalam bulan yang barakah ini, sepatutnya usaha kita lebih berlipat ganda bukannya tidur kita yang berlipat ganda! Astaghfirullah..

Justeru, marilah kita mengambil iktibar dan ruh Badar yang bukannya fantasi & rekaan tetapi inilah hasil keimanan dan ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh 313 orang tentera Badar! Contoh sudah ada, tinggal sahaja mahu diaplikasi dan diamalkan atau tidak. Berperang dengan kekurangan senjata TETAPI mereka kaya dengan IMAN & TAQWA. Teringat tazkirah Mastura pagi tadi, seperti di dalam firman Allah [2:183], dalil perintah berpuasa, pada akhir ayat ini Allah berfirman.

لعلكم تتقون

yang bermaksud, mudah-mudahan kamu bertaqwa. Allah mengatakan 'mudah-mudahan', Allah tidak mengatakan pasti kamu akan beroleh taqwa. Inilah istimewanya Ramadhan! Kerana tidak semua dari kita akan beroleh taqwa jika amalan kita hanya biasa-biasa dan lebih kurang saja. Tetapi lihatlah makna mudah-mudahan ini yang Allah janjikan kepada golongan orang yang beriman yang sentiasa berlumba2 dalam mengerjakan kebajikan (fastabiqul khairat) kerana imbalannya adalah kemanisan ibadah dan darjat yang tinggi di sisi Tuhan. Wa akhiran, jom menjadi golongan seperti yang disebut Allah; mudah-mudahan kamu bertaqwa!


Bersama-sama sahabat2 seperjuangan. Semoga kita semua mampu meraih nilai TAQWA seperti yang dijanjikan-Nya..