Wednesday, October 28, 2009

Berbaik Sangkalah dengan Allah


Firman Allah Ta'ala di dalam sebuah hadith Qudsi:

"Aku mengikuti persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku menurut apa yang disukainya."

Sekali lagi Allah menguji. Aku sangat tahu bahawa ujian aku ini tidaklah sehebat ujian insan-insan lain yang lebih kuat tekanan dan kesusahan yang mereka hadapi. Tetapi Allah jua telah menyatakan bahawa tidak beriman seseorang mukmin itu selagi dia tidak diuji. Aku redha akan ujian ini dan pada hakikatnya aku sendiri yang tidak benar2 itqan dalam pelajaranku..

Allahu Akbar! Rasa berat dan sesak sungguh dadaku apabila melihat prestasi akademik yang semakin membimbangkan walhal peperiksaan akhir semester akan tiba tak berapa hari sahaja lagi. Kepada Allah tempat aku memohon. Allah ingin mentarbiyah diriku, betapa ilmu-Nya sangat mahal, betapa perlunya TAQWA dan teliti dalam menuntut ilmu-Nya. Allahu Rabbi, ampunkan aku Ya Tuhan..rupa-rupanya aku masih tidak itqan, tidak teliti dan tidak menjiwai subjek2 ku ini.

Adakah mendung gelap ini akan berpanjangan? Berbaik sangkalah dengan Allah. Gagal ujian bukan bererti hidupmu akan berakhir pada esok hari. Bangkitlah! Hakikatnya orang-orang yang berjaya pada hari ini, mereka jua telah melalui siri-siri kegagalan yang akhirnya meletakkan mereka jauh lebih baik daripada mereka yang sering menggondol kejayaan.

Ingin ku kongsi sedikit kata-kata penyejuk hatiku yang ku peroleh daripada sebuah buku yang famous, La Tahzan:

"Contoh kecintaan Allah kerana sikap hamba-Nya yang selalu menaruh harap kepada-Nya dan menanti pertolongan dan naungan dan tempat kembalinya, adalah bahawa jalan keluar dari kesulitan itu hanya akan datang setelah hamba itu mengalami kebuntuan, setelah tidak tahu lagi harus ke mana ia mengarahkan cita2 dan keinginannya, setelah pintu harapannya tertutup, setelah kehabisan aqal, dan setelah tidak tahu lagi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujian terhadap dirinya. Untuk apa semua itu? Agar menjadi pendorong bagi dirinya untuk mengarahkan harapannya kepada Allah dan agar menjadi peringatan supaya terus memperbaiki prasangka baiknya kepada-Nya."

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010; bajet sulung Najib

Tidak mahu mengulas panjang, saya encrpyt daripada petikan Utusan Online yang bertarikh 31/07/09. Anda dan saya boleh menilai, rakyat juga boleh menilai!

Bajet 2010 kurangi beban rakyat

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet 2010.

"Ia juga selaras dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran laman web baru Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah. Awang Adek berkata, kerajaan berharap peruntukan yang akan disediakan dalam Bajet 2010 juga mampu memulihkan ekonomi negara yang terjejas berikutan kelembapan ekonomi global pada masa ini.

"Pada masa sama, kita berasa lega kerana pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan sebelum ini mampu menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara selain dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi pelbagai pihak," katanya.

Tambah beliau, kerajaan amat pragmatik daripada segi pengurusan kewangan dan mempunyai disiplin kewangan dalam usaha menyediakan bajet yang benar-benar kos efektif.

"Kami memang menerima banyak permohonan peruntukan dalam Bajet 2010. Namun, kami tidak mampu melayan kesemua permohonan tersebut dan perlu membuat pilihan supaya perbelanjaan itu berhemat serta boleh memberi impak kepada rakyat," katanya.

Menurut Awang Adek, pihaknya juga sedang mengkaji cara-cara untuk memacu industri halal negara ke peringkat global menerusi Bajet 2010 selepas ia masih tidak menunjukkan pencapaian memberangsangkan.

"Malaysia agak ke depan dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam berbanding negaranegara Islam lain di dunia. Bagaimanapun, kita tidak begitu berjaya dalam aspek perkhidmatan dan perdagangan barangan halal," jelasnya.

Sementara itu, Hasmah berkata, laman web baru LHDN memberi tumpuan kepada reka bentuk yang lebih profesional dan mesra pengguna selain melibatkan penyusunan semula kandungannya.

"Antara ciri baru laman web ini adalah paparan resolusi yang lebih jelas iaitu 1024 X 768 berbanding 800 X 600 sebelum ini dan penyusunan semula kandungan mengikut kumpulan pengguna melibatkan individu, syarikat serta majikan," katanya.

Beliau memberitahu, LHDN mencapai kutipan kasar cukai pendapatan lebih RM50 bilion setakat ini dengan peningkatan sebanyak 1.12 peratus berbanding tahun lalu.

"Kami juga telah membuat pembayaran balik lebihan cukai sebanyak RM3 bilion kepada pembayar cukai setakat ini," kata beliau


Wednesday, October 21, 2009

My FYP!

Bismillahi walhamdulillah..

Alhamdulillah, syukran Allah kerana mengizinkan aku untuk terus menghirup udara pada hari ini dengan dibekali iman kepada-Nya..

Sudah 2 Zulqaedah rupanya. Syawal yang diraikan telah pun berlalu. Semoga bulan-bulan yang mendatang akan menjadikan kita hamba yang lebih tinggi iman dan taqwanya, insya-Allah.

Sengaja aku ingin mencoretkan posting kali ini mengenai akademikku sebagai pelajar tahun akhir di UIAM Kuantan ini. Semester ini aku akan menghabiskan kesemua subjekku insya-Allah, sebanyak 5 subjek lagi yang tinggal. Moga-moga semuanya lulus dengan cemerlang, insya-Allah.

Semester ini juga aku dalam fatrah menyiapkan Final Year Project (FYP) ku yang bertajuk FINANCIAL PERFORMANCE OF ISLAMIC BANKING AND CONVENTIONAL BANKING IN MALAYSIA. Alhamdulillah baru sebentar tadi aku selesai membentangkan proposalku di hadapan pensyarah2 dan supervisorku. Ada juga 1 soalan yang tak dapat ku jawab, inilah gara-gara preparation yang agak last minute, Astaghfirullah..

Semakin beralih ke satu tahap yang lebih tinggi dalam akademikku, semakin aku merasai kepayahan dan kesukaran subjek-subjekku ini. Aku harus perform dengan baik walau susah macam mana pun subjek-subjekku ini. Pernah aku rasa sedih sangat sebab sangat jarang aku perform dengan excellent dalam pelajaranku. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain. Sesekali terbit juga rasa putus asa, Astaghfirullah..

Dalam sudut yang lain, aku cuba melihat dengan mata hatiku. Betapa Allah itu mengetahui tahap kemampuanku. Allah sentiasa membantuku. Rasa sangat diri ini tidak mampu untuk hadapi tahun akhir ini dengan bebanan subjeknya yang jauh lebih sukar, tetapi Allah Maha Penyayang. Allah tidak membiarkan aku terkapai-kapai sendirian dalam menuntut ilmu-Nya. Dia menganugerahkan rakan-rakan dan pensyarah2 yang banyak membantuku dalam akademikku. Tinggal lagi itqan dan usaha yang bersungguh2 dari diriku sendiri. Insya-Allah, Hafizah boleh!

Teringat aku pernah berborak dengan lecturerku, Mdm Azsida. Beliau sering menceritakan pengalaman beliau semasa bergelar mahasiswa dahulu. "Ilmu itu mahal", katanya. Beliau juga pernah merasai jatuh bangun dalam akademik tetapi beliau sangat yakin dengan nusrah Allah jika kita sendiri itqan dalam menuntut ilmu, insya-Allah Allah akan mempermudahkan jalan kita.

1 semester-to-go! Aku selalu berpesan kepada diriku. Hafizah, you can be an excellent student! Tiada apa yang mustahil jika kita betul2 niat untuk berjaya kerana Allah! Nak apa2 sekali pun, minta pada Allah. Tetapi perlulah diiringi dengan USAHA dan DOA.


"Rabbi zidni 'ilma war zuqni fahma"

dan aku menyedari bahawa ilmu Allah itu mahal..

Friday, October 16, 2009

Wacana Ilmiah di UIAM Kuantan


Isu hangat yang masih menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia. Saksikan pertemuan hebat antara Ust Hj Nasarudin Tantawi, Mr Mohd Najid Husin ( Peguam Syar'ie Pahang) dan Dato' Hamidah Merican (Executive Director SIS).

All are invited!

When the truth is revealed, when the falseness is ended..

Wednesday, October 14, 2009

Hiduplah Wahai Hati

Bismillahi walhamdulillah..

Jam komputer ribaku menunjukkan angka 9.50 malam. Kerja dan assignmentku yang bertimbun-timbun ni masih tak terusik lagi. Allahu Rabbi..terasa kosong dan sepi malam ini. Bukannya environmentku yang sepi tetapi HATI ini..

Bermuhasabah seketika. Terasa jauh sungguh hubunganku dengan Sang Pencipta akhir-akhir ini. Kerana assignment yang banyakkah hingga aku boleh terleka? Astaghfirullah, alasan yang tidak konkrit sama sekali untuk diguna pakai! Cuba diagnose dan analysis lagi..nah, jawapannya ada pada HATI!

Acap kali kita sering bercakap soal HATI. Hati yang bahagia, hati yang tenang, hati yang sedih, dan macam-macam lagi kata sifat lain yang digabungkan dengan HATI ini. Malam ini terasa sangat kosong hati ini..Astaghfirullah, aku memohon ampunan dari-Mu Ya Allah..


Allahu Rabbi, bantulah hamba-Mu yang sangat lemah dan dhaif ini..
Perjalananku masih panjang dan aku tidak tahu apakah kesudahan penghidupanku..
Aku sangat2 bermohon kepada-Mu wahai Tuhan, hidupkanlah kembali HATIku ini agar tiada lain yang aku ingati melainkan ingatan dan kecintaan hanya kepada-Mu..
Syukran Allah..

Saturday, October 10, 2009

AGM SCIENCESS 09/10 & PRK

Bismillahi walhamdulillah..

Berbaki 1 hari lagi akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil di Dun Bagan Pinang, N9. Solat hajat dan doa tak henti-henti dipohon agar kemenangan berpihak kepada calon PR, amin..

Kisah di Kampus UIA Kuantan

Alhamdulillah, Science Students' Society (SCIENCESS) baru sahaja mengumumkan line up barunya bagi sesi 2009/2010. Annual General Meeting (AGM) yang berlangsung pada 8 Oct lepas menyaksikan President baru SCIENCESS 09/10 diterajui oleh Saudara Don Luqmanul Hakim. Pastinya kepimpinan tenure 08/09 meninggalkan pentas SCIENCESS dengan pelbagai rasa dan kenangan sepanjang menerajui persatuan terbesar di UIAM Kampus Kuantan ini. Aku mengharapkan dan berdoa agar kepimpinan baru SCIENCESS 09/10 bakal mencorakkan SCIENCESS yang lebih idealis dan dinamik dengan tidak mengabaikan bi'ah solehah yang masih terjaga di bumi bertuah ini. Sekalung tahniah diucapkan!



Barisan line up baru SCIENCESS 09/10

Pilihan Raya Kampus

Semboyan PRK telah pun ditiupkan! PRK juga telah pun berlangsung di UniMAP dengan semua kerusi MPPnya menang tanpa bertanding! Bagaimana corak PRK di kampus-kampus lain? Adakah mood PRK ini telah dirasai oleh semua mahasiswa? Diharapkan kita lah yang akan menyuntik dan memberi rasa PRK ini kepada rakan-rakan kita di kampus.

Panggilan JIHAD ini adalah suatu perkara yang dinanti-nantikan buat mereka yang menyedari wajibnya Islam ditegakkan walau di mana sahaja mereka berada. Dan bersiap siagalah dari sekarang kerana musuh pasti akan menyerang tika kita dilihat alpa dan leka..

"Tegakkanlah Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di atas bumimu."
[Imam Hasan al-Hudhaibi]

Monday, October 5, 2009

Perjuangan Yang Tidak Henti

Saat ini aku yakin jentera pilihan raya di N 31 Bagan Pinang Negeri Sembilan memerah keringat mereka seoptimum dan semaksimum mungkin demi untuk memastikan pemimpin Islam bakal menerajui dun tersebut. Pemimpin dan jentera pilihan raya PR dari seluruh pelosok negeri turun beramai-ramai demi sebuah perjuangan yang tidak henti ini.

BN mempertaruhkan calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad manakala PR meletakkan calon yang hebat latar belakang pendidikan dan penglibatan dalam parti iaitu Zulkefly Mohamad Nor. Menurut sumber yang aku baca, calon BN pernah memiliki rekod rasuah dan perkara ini menjadi 'backfire' kepada mereka dengan meletakkan kembali Tan Sri Mohd Isa untuk bertanding lagi kali ini. Mungkin mereka merasakan tiada calon lain yang lebih layak untuk bertanding di Dun Bagan Pinang ini, wallahua'lam..

Namun, di pihak kita yang tidak berpeluang untuk turun membantu di Dun Bagan Pinang, jangan berhenti untuk berdoa dan memohon dengan sepenuh hati dan kesungguhan jiwa agar Allah memenangkan calon PR di sana. Walaupun calon PR masih mengekalkan kemenangan di semua pilihan raya kecil yang berlangsung dalam tempoh terdekat sebelum ini, tetapi janganlah kita terlalu yakin bahawa kemenangan akan menjadi milik kita pada kali ini. Ketahuilah jika hubungan dan pergantungan kita kepada Allah masih tidak total, tidak mustahil Allah akan memberikan kemenangan kepada pihak lawan.

Akhirul kalam, perhebat doa dan perteguhkan kesatuan kita kerana PERJUANGAN yang suci ini tidak akan berhenti selagi Islam masih tidak ditegakkan..TAKBIR!!

Nurhafizah Yaakob,
IMC.