Monday, November 16, 2009

Kuatkanlah Kesabaranmu

.Cerita Semalam.

Alhamdulillah saya telah pun selesai menduduki semua peperiksaan akhir bagi sem ini, Sem 1 09/10. Ya Allah, luluskanlah semua paper saya dengan cemerlang, Ameen. Keluar dari dewan exam, memang terasa sedikit kelegaan dek kerana usai sudah peperiksaan bagi semua subjek di UIA yang telah saya ambil. Namun tidak dinafikan masih terselit rasa kerisauan dan kebimbangan yang teramat mengenangkan natijah yang bakal diperoleh nanti. Semoga Allah membantu..

Malamnya, saya mengajak 3, 4 orang sahabat saya makan malam di Awana, dekat Tanjung Lumpur. Tiada sebab apa pun sebenarnya, lebih kepada mahu meraikan sahabat yang akan meninggalkan bumi Kuantan sem hadapan, Dayah. Sesekali berjumpa, macam2 cerita yang kami borakkan..terima kasih sahabat2 kerana sudi menjadi teman tawa dan sedih saya.



Ingin sekali saya dedikasikan entri kali ini kepada seorang sahabat baik saya yang sangat saya kagumi kekuatan dan kesabaran beliau. Sahabat ini dekat dengan saya, dekat sekali. Sejak matrik lagi saya mengenali beliau. Itqan dan bersungguh2 sekali dalam pelajarannya. Selalu tersenyum dan ceria plus peramah =) Pendek kata, bila berjumpa, ada sahaja cerita yang ingin dikongsi.

Tetapi Allah itu Maha Tahu dan Maha Penyayang. Sahabat saya ini diuji dalam akademik beliau. Dahulu, saya sering bersama beliau, beriringan ke kelas dan ke perpustakaan. Tetapi semester ini, jarang sekali. Sungguh, adakah kerana kesibukan saya yang membuatkan saya jarang bertanya khabar beliau? Maafkan saya teman. Di kala nti dalam kesedihan dan perlukan support, saya tak dapat menemani..

Lalu saya cuba luangkan masa bersama beliau semalam. Saya peluk dia erat. Rasa diri ini sangat berdosa sebab tak dapat membantu beliau. Maafkan saya sahabat. Allah pilih nti sebab Dia tahu nti kuat, kuatkanlah kesabaranmu sahabat kerana Allah bersama orang2 yang sabar. Hanya itu yang mampu saya katakan kepada sahabat saya yang seorang ini.

Sahabat, ketahuilah bahawa setiap kegagalan dalam hidup ini bukannya bermakna tiada kejayaan pada hari esok. Saya sangat2 yakin bahawa orang2 yang berjaya pada hari ini adalah mereka yang pernah menghadapi kegagalan dalam hidup mereka. Kegagalan itulah yang menjadikan mereka kuat dan terus bangkit untuk memburu kejayaan demi kejayaan sehingga hari ini!

Dan saya nak nti juga begitu. BANGKIT dan SEMANGAT ye sahabat! Nti boleh!

"Ya Allah, kuatkanlah kesabaran kami dan masukkanlah kami dalam golongan orang2 yang bertaqwa dan sabar dalam menghadapi ujian-Mu. Kami amat2 membutuhkan-Mu."


Friday, November 13, 2009

Kuasa Usrah

Bismillahi walhamdulillah...

Salam imtihan buat semua sahabat yang sedang menduduki final imtihan, semoga NAJAH menjadi milik kita, insya-Allah..

Alhamdulillah, aturan perjalanan hari ini dipenuhi dengan kenangan indah bersama anak-anak usrah HEBAT saya! Usrah terakhir untuk semester ini, insya-Allah akan bersambung lagi semester hadapan.

Awwalan, asifah jiddan buat anak-anak usrah saya jika ada kekhilafan dan kekurangan sepanjang mengendalikan usrah bersama antunna, banyak betul kenangan saya dengan adik-adik semua =) dan yang PENTINGnya banyak sangat yang saya belajar daripada antunna, alfun syukran!

Sambil menunggu makanan iftar siap, Nad memulakan bicara (bagus Nad!). Terus kepada point muhasabah usrah sepanjang semester ini. Terdiam seisi usrah, nak susun kalimah dulu sebelum memulakan bicara =)..lalu dimulai oleh Umme, YB-to-be kita, hehe..

"Bagaimanakah dikatakan usrah yang ideal?"

"Ideal?"

"Ya, ideal", Umme mengiyakan.

Bagi Umme, jika setiap ahli usrah itu saling KOMITED dalam menjayakan usrah, usrah itu dikatakan ideal. Tambah Umme, bukan senang sebenarnya nak menjayakan sesebuah usrah andai tiada kerjasama daripada semua ahli. Yup! You right Umme! Manakan sesebuah keluarga itu berjaya jika ahlinya tiada kesungguhan untuk menghidupkan ruh keluarganya. Usrati Jannati kan?

Khai pula berkongsi ceritanya. Cerita usrah dia. Usrah dia bukanlah usrah yang semata-mata terbeban atas bahu naqibah tetapi rasa TANGGUNGJAWABAN itu terletak pada setiap ahli usrah itu. Terbaik! Hatta jika naqibah tak dapat hadir dalam usrah, usrah tetap berjalan! Well done! Usrah terhebat ni =)

Beralih pula kepada Cik Afzan kita. Afzan berpendapat usrah ideal adalah apabila semua ahli usrah itu BERSATU HATI dalam menjayakan usrah mereka. Perkara yang sukar akan menjadi mudah jika ada kesatuan hati..em, bagus Afzan. Saya suka dengan pendapat Afzan. SATU HATI!

Habis je Afzan bercakap, order kami pun sampai. Kami berbuka puasa dulu ye..=)

Tak sempat dengar pendapat daripada anak-anak usrah saya yang lain; Mahani, Nad dan Aida. Shida dan Yati pula tak dapat datang, ada masyaqqah. Takpe, kita jumpa lagi next semester!

Inilah keluarga saya. Kami dipertemukan dalam sebuah usrah yang indah ini. Alhamdulillah, seronok mengenali anak-anak usrah saya ni dan hakikatnya saya punya IMPIAN BESAR terhadap mereka. Setakat sekarang saya simpan dahulu IMPIAN saya, akan saya lahirkan impian saya pada masanya nanti, insya-Allah..

Kuasa Usrah.

Apakah usrah? Senang je nak bagitau maksudnya, KELUARGA kan?

Bagaimana nak realisasikan? Senang juga nak bagi teori; istiqomah, komited, dengar cakap naqib, buat homework, dll..Praktikalnya? Oh, inilah yang agak susah dan SUSAH sebenarnya
TETAPI ia menjadi mudah jika semua ahli usrah MERASAI dan MENJIWAI bahawa usrah itu adalah sebahagian daripada hidup mereka. Rasa macam tak kena je kalau takde usrah. Am I right?

Teringat detik saya kenal apa itu usrah. Masa tu di SMKAK, medan yang mentarbiyah saya bersama sahabat-sahabat. Usrah yang dilaksanakan ini anjuran BADAR atau nama lamanya BPI. Kadang2 saya tersenyum sendiri, banyak sangat suka duka saya bersama BADAR satu ketika dahulu. Usrah masih dibenarkan dibuat waktu itu tetapi apabila kami dah tamat form 5, dengarnya usrah sudah dilarang, Astaghfirullah..sedih hati kami.

Pernah juga saya turun sekolah, masa awal2 berada di alam kampus dulu. Berjumpa dengan adik2 BADAR, memberi semangat kepada mereka agar meneruskan usrah di sekolah. Pada saya, saya dapat melihat kemajuan BADAR dari tahun ke tahun. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan abang-abang dan kakak-kakak terdahulu dalam membumikan tarbiyah di bumi SMKAK, maka BADAR sentiasa dipimpin oleh adik-adik yang berkepimpinan dan baik akhlaknya. Doa saya, agar BADAR sentiasa maju dalam menggerakkan dan menyuburkan bumi SMKAK dengan tarbiyah.

Itu di SMKAK. Satu fasa beralih lagi. Menjenguk dunia luar Kedah, di PJ pula saya dicampakkan. Dunia matrikulasi UIA PJ. Wah, lagi hebat cabarannya di sini! Manusia yang pelbagai ragam dan gaya. Awal pendaftaran, berdoa saya agar mendapat roomate yang baik akhlaknya dan ternyata Alhamdulillah, Allah kabulkan doa saya. Along, Ucu dan Achik adalah roomate terbaik saya, dulu, kini dan selamanya. Terima kasih kalian!

Saya mengikuti usrah anjuran Persatuan Anak-anak Kedah. Instead usrah dalam bentuk kumpulan kecil, kadang2 saya berpeluang mengikuti mass usrah bersama seluruh anak-anak Kedah. Alhamdulillah, inilah suasana baru yang saya rasai. Saya belajar untuk memberikan pendapat dan mendengar pendapat sahabat-sahabat usrah saya. Kuasa usrah- saya belajar mematangkan diri dengan menganalisa sikap dan sifat sahabat-sahabat saya, pandangan/idea/kritikan mereka dan saya turut menjadikan mereka sebagai qudwah saya kerana bagi saya, sahabat-sahabat saya adalah GURU saya dan tiada salah untuk saya mencontohi mereka =)

Habis sudah cerita di matrik. Bagaimana usrah saya di Main Camp? Seperti yang saya kisahkan di atas. Saya masih dalam usaha memperbaiki kualiti usrah saya. Kadang-kadang saya melihat dan cuba untuk mencontohi usrah-usrah lain yang mempunyai added value tersendiri dalam menjayakan dan menghidupkan usrah mereka. Insya-Allah, mohon Allah memberikan kekuatan kepada saya dan anak-anak usrah saya dalam merealisasikan the power of usrah because this is our battle that we are either 'ish 'azizan aw mut syahidan!

Adakah usrah saya akan tamat selepas saya grad nanti? Jawapannya sudah tentu TIDAK! Jika saya memiliki 10 orang anak usrah, maka setiap orang anak usrah saya akan memiliki usrah mereka masing-masing. Jika saya sudah bekerja, saya berazam untuk terus menghidupkan usrah di dalam komuniti saya, insya-Allah.

Usrah bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya boleh bermula dengan USRAH. Inilah kuasa usrah!

Nurhafizah Yaakob
1.18 AM


Saturday, November 7, 2009

Muhasabah Cinta


Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dariMu

Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu


Reff.

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.