Wednesday, February 24, 2010

Ujian Buat Umar

Pertama kali aku mendengar perkataan "Compressor" iaitu salah satu komponen dalam badan Umar. Dah lama Umar sakit sebenarnya, sejak ke jaulah Azi tempoh hari. Pening juga kepala dibuatnya, apa yang tak kena pada Umar lagi? Asyik meragam dan menjerit-jerit, huhu kadang-kadang malu juga aku dibuatnya. Iyalah, mesti orang terkejut dengan bunyi teriakan Umar yang bingit dan tidak menyenangkan. Kasihan Umarku..

Hari Jumaat lepas aku bawa Umar ke Pusat Servis favouriteku, di Bukit Setongkol. Kata abang servis tu, bateri Umar longgar. Lalu puaslah dia mengetuk dan membedah apa yang patut kat Umar. Alhamdulillah tanpa sebarang bayaran, aku membawa Umar pulang selepas diperiksa. Esoknya aku agak terkejut, Umar kembali meragam. Masya-Allah, apa lagi yang tak kena ni Umar? Aku berbisik sendirian.

Tak boleh jadi ni, Umar perlu dibawa ke hospital secepat mungkin. Lalu aku berkira-kira untuk ke tempat servis yang dimiliki oleh bangsa Cina. Akhirnya terpaksa juga me'laku'kan bisnes mereka, setelah aku kurang berpuas hati dengan Pusat Servis di Bukit Setongkol tempoh hari. Dengan ditemani Husna dan Izleen, aku memandu ke Auto Alex Acsesories, tak jauh dari Terminal Makmur.

Aku bagitau masalah Umar yang asyik berbunyi-bunyi. Si tauke tu, Patrick namanya testlah Umar. Dia kata Umar ada masalah air-cond. Habislah muka Umar dibedah, kasihan Umar..Akhirnya dia mengeluarkan satu komponen dalam badan Umar yang diberi nama 'compressor', yang tak pernah aku tahu sebelum ni. Rupa-rupanya compressor Umar dah leaking dan akan affect enjin jika tak ditukar. Compressor Umar juga rupanya adalah local, jadi tak tahan lama.

Patrick memberitahu, local compressor harganya RM600 dan original compressor pulak RM980. Masya-Allah, macam nak melayang aku dengar harganya. Apa lagi, cepat-cepat aku call Abah. Minta Abah berunding dengan Patrick. Lama Abah berunding dengan Patrick. Mulanya Abah macam berat nak tukar compressor baru, tetapi memandangkan pertengahan April nanti, Umar akan dibawa balik ke Kedah, jadi Abah izinkan untuk tukar. Aku meyakinkan Abah, dahulukan saja duit aku, aku tak kesah. Abah pun bersetuju, Abah kata "macam-macam ujian guna Umar ni". Aku diam.

Alhamdulillah setelah hampir 3 jam Umar dibedah, akhirnya selamatlah diganti compressor Umar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sekelasku, Izleen yang sanggup menemani aku dari awal hingga akhir. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan beliau.

Aku cuba bermuhasabah. Jika dihitung, banyak sekali ujian sepanjang aku menggunakan Umar. Mungkin ujian ini adalah sebagai kaffarah dosa-dosaku. Walau bagaimana pun, aku tetap puas dan gembira dengan adanya Umar. Aku gembira jika aku dapat memudahkan urusan sahabat-sahabatku melalui Umar. Tiada apa yang dapat aku berikan melainkan dengan sedikit rezeki (nikmat kenderaan) yang Allah pinjamkan buatku untuk aku membantu sahabat-sahabatku. Apalah sangat bantuanku jika dibandingkan dengan pengorbanan yang lebih besar yang telah dilakukan oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda. "Ya Allah, terimalah segala kerja buat yang ku lakukan untuk membantu sahabat-sahabat dan membantu agama-Mu."

Pemilik Umar
PFP 3757


Tuesday, February 16, 2010

Selamat Pengantin Baru Azi & Azri

Bergambar kenangan bersama mempelai =)

Alhamdulillah kami berkesempatan menghadiri walimah Azimah di Shah Alam pada 14 Februari lalu. Gandingan warna tema maroon-putih menambahkan seri majlis sahabat kami ini.

Buat Azi & suami; semoga usrah yang dibina dilimpahi dengan sakinah, mawaddah wa rahmah, insya-Allah..semoga bahagia hingga ke syurga-Nya =)

Buat teman-teman sejaulah; K.Mar, Humm, K.Iqa, Mimi, Matni, Ayu, Azurin, Sab, Husna >> Thank you 4 everything! Nanti kita berjaulah lagi ye (^_^)

Thursday, February 11, 2010

Merungkai 'Illuminati' & 'Neo-Muktazilah' di KIPSAS- Siri 1

Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti Simposium Pemikiran Islam di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Kuantan, Pahang pada 10 Feb yang lepas. Menjadi wakil tunggal UIA, saya ke sana dengan Umar saya =)

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan-Nya, syukran Allah!
Dua buah kertas kerja telah dibentangkan kelmarin. Kertas Kerja 1 dibentangkan oleh En Ainuddin Kamaruddin dan Kertas Kerja 2 pula dibentangkan oleh Puan Siti Nora' Aeshah Zakaria. Insya-Allah saya akan cuba ringkaskan pengisian daripada kedua-dua kertas kerja ini.

Kertas Kerja 1: Cabaran Pemikiran Islam Era Globalisasi (Illuminati: Satu Tinjauan Awal)
Oleh: Ainuddin bin Kamaruddin
Pensyarah Jabatan Dakwah & Pengurusan KIPSAS

Pengenalan


Pemikiran Islam berdepan dengan pelbagai gelombang cabaran yang amat getir dari pelbagai sudut. Islam diserang dalam keadaan nyata dan tersembunyi, zahir dan batin, kasar dan halus serta fizikal dan mental secara bertubi-tubi. Pemikiran umat Islam dipaksa menerima budaya dan nilai yang dibawa oleh Yahudi dan Nasrani khususnya dari Barat.


Proses ini dikenali dengan nama
'De-Islamisasi' yang bermaksud proses untuk mengubah pemikiran masyarakat muslim supaya lebih mengangung-agungkan nilai serta budaya Barat yang dianggap sebagai satu dimensi untuk mempertingkat ketamadunan dan kemodenan Barat. (Abdul Ghafar dan Zaleha 2008: 5)

Di era ini, kita mungkin biasa mendengar istilah2 seperti
al-ghazwu al-fikr, liberalisasi Islam atau Islam Liberal, Islam Jumud, Fundamentalis Islam dan macam-macam lagi yang semuanya mempunyai sangkut-paut yang signifikan dengan perancangan musuh.

Global dan Globalisasi


Menurut Oxford Advance Learner's Dictionary (1995) 'global' merupakan kata sifat yang didefinisikan sebagai covering or affecting the whole world. Wikipedia (2010) mendefinisikan 'Globalization' sebagai: "an ongoing process by which regional economies, societies, and cultural have become integrated through a globe-spanning network of communication and
trade."

Kamus Dewan (2002:408) mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Illuminati

Italic Apa itu Illuminati dan siapa itu Illuminati? Illuminati merupakan satu gerakan atau pertubuhan rahsia Yahudi sama seperti Freemasonry dan kelab-kelab di bawahnya seperti Kelab Rotary dan Kelab Lions. Mereka dianggotai oleh orang-orang Yahudi yang super-cerdik, super-bijak atau super-genius dalam pelbagai bidang. Mereka turut dikenali sebagai The Elites. Globalisasi dan Illuminati mempunyai kolerasi yang rapat.

Kewujudan Illuminati dinyatakan oleh seorang komposer muzik Amerika bernama Wes Penre. Menurut Penre (2009) terdapat satu gerakan sulit orang2 Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat2 rakaman dan industri perniagaan di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government. Illuminati bergerak secara halus dan rahsia, tidak mendedahkan identiti mereka dan tidak menonjol di mata orang ramai sebaliknya tetap terus-menerus menjalankan kerja untuk merealisasikan cita-cita mereka. Dalam usaha mencapai cita-cita menguasai dan memerintah dunia, mereka menggunakan pelbagai metod untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam, orang-orang Kristian dan seluruh penduduk dunia.

Hubungan Freemasonry - Illuminati
Italic Freemasonry terdiri dari perkataan free yang bermana merdeka dan mason yang bermakna tukang bangunan. Freemason dan Freemasonry ertinya tukang bangunan yang merdeka. Berkenaan hal ini Muhammad Fahim (1998:1-2) menukilkan:

"Freemasonry adalah organisasi Yahudi Antatarabangsa yang tidak ada hubungannya dengan tukang2 bangunan yang terdapat pada abad-abad pertengahan. Freemasonry juga tidak ada hubungannya dengan kegiatan pembangunan kapal atau gereja besar seperti yang banyak diduga oleh sebahagian orang. Tetapi organisasi Freemasonry ini selalu bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan menusia, merosak kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang didudukinya. Ia juga berusaha merosak bangsa dan pemerintahan non- Yahudi. "

Seorang ahli bekas Illuminati bernama Svali (2001) mendedahkan bahawa Illuminati dan Freemasonry mempunyai hubungan yang sangat rapat. Sebahagian pemimpin Illuminati juga merupakan pemimpin Freemasonry.


Sikap Illuminati-Yahudi Terhadap Non-Yahudi

Faizal Ali Boncelli (2010) dalam analisisnya terhadap kitab-kitab suci Yahudi menemui beberapa ayat seperti berikut:

"Air mani yang darinya tercipta bangsa-bangsa lain yang berada di luar agama Yahudi adalah air mani kuda." (Talmud Yerusalem: 94)

"bahawa kaum non-Yahudi adalah hanya berbeza bentuk dengan binatang." (Midrash Talpioth Vol. 225d)

dan banyak lagi...


-akan bersambung dalam siri berikutnya.

Tuesday, February 9, 2010

Langkah Tercipta

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


Sunday, February 7, 2010

Terus Berjihad!


Tidak ramai yang ingin menyelami perasaan rakyat Palestin tika ini. Sungguh pun isu Palestin dikatakan isu evergreen bagi sesetengah daripada kita, tetapi ketahuilah bahawa tidak ada kerugian bagi mereka jika kita tidak membantu mereka kerana

Mereka ada Allah,

Mereka cintakan SYAHID,

Mereka tidak takutkan mati,


Mereka memburu cinta Allah,


Mereka merindukan syurga Allah,


Bertemu bidadari-bidadari yang penuh dengan cinta..


Kita juga ingin menjadi seperti mereka. Menjadi syahid/ah atas jalan perjuangan ini. Hatta kita tidak berdepan dengan Zionis laknatullah, kita berdepan dengan ghazwatul fikr yang dilontarkan oleh Barat kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Jika rakyat Palestin mengangkat senjata untuk berdepan dengan Zionis, maka kita juga mengangkat 'senjata' kita iaitu aqidah yang sahih dan penguasaan ilmu dalam bidang kita untuk berdepan dengan Barat yang hakikatnya berdiri di belakang Yahudi laknatullah!

Ayuh sahabat-sahabat! Terus berjihad! Takbir!

Info Jihad >>Arrahmah.Com

Tuesday, February 2, 2010

Amat Sedikit Sekali Syukurku Kepada-Mu..


Usai membasuh baju, mak cik yang bekerja sebagai cleaner di hostelku menegur, "Bila sampai (UIA)?"

Aku tersenyum dan menjawab, "Pagi Ahad mak cik, "

"Mak sihat?" mak cik bertanya lagi.

"Alhamdulillah sihat. Mak cik sihat?" aku pula bertanya kembali.

"Mak cik sihat, cuma selesema sikit minggu lepas. Mak keje ke?" mak cik seakan berminat untuk tahu mengenai ibuku.

"A'ah, cikgu." Aku senyum.

"Patutlah anaknya pandai, mak cikgu, " mak cik membalas.

Aku terdiam. Mungkin rata-rata masyarakat akan memberikan tanggapan dan jawapan yang sama seperti mak cik tadi. Em, pandaikah seorang anak kepada cikgu? Bagi aku, tidak semestinya. Jika usaha yang kental tidak ada pada diri seorang anak, anak cikgu pun boleh hilang arah tuju, na'uzubillah.

Aku merenung kata-kata mak cik tadi. Terngiang-ngiang akan keluhan mak cik akan kehidupan beliau yang tidak sesenang orang lain. Aku mengerti amat. Betapa sedikit sekali kesyukuranku selama ini, astaghfirullah..

Melihat kehidupan orang lain yang lebih susah daripada diriku membuatkan aku teringat akan kehidupan Rasulullah S.A.W yang amat sederhana bahkan baginda sendiri amat suka mendampingi orang-orang miskin sehingga baginda pernah berdoa agar ditempatkan di jannah bersama orang-orang miskin, subhanallah!

Islam tidak menghalang umatnya untuk memburu kekayaan malahan amat digalakkan. Dengan kekayaan yang dimiliki, ianya dapat digunakan untuk infaq ke jalan Allah dan membantu golongan fakir miskin. Akan tetapi amat dikesalkan dengan sikap manusia yang bergelar pemimpin muslim pada hari ini, sehinggakan duit rakyat pun ingin disapu! Astaghfirullah, moga-moga Allah memberikan hidayah kepada mereka agar segera bertaubat dari segala kezaliman dan penindasan yang dilakukan.

Makin menginjak usia, Allah semakin mentarbiyah diri kita. Dengan aqal yang dianugerahkan-Nya, yang dapat membedakan antara haq dan bathil, mengapakan masih banyak sekali umat Islam hari ini yang seolah-olah menutup mata atas kebathilan yang berlaku di hadapan mata mereka? Adakah mahu ditunggu bala dan azab Allah, barulah kita mahu bertaubat? Na'uzubillah!

Sesungguhnya benarlah akan firman Allah yang bermaksud, "amat sedikit sekali di kalangan kamu yang bersyukur". Nah, kita boleh nilai kembali diri kita, adakah kita termasuk dalam golongan yang sedikit ini? Sahabat-sahabatku, marilah kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang sedikit ini..