Wednesday, May 19, 2010

Apabila Manusia Telah Buta Hati

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)


“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)

Jika kita bertanya kepada manusia yang waras, apakah hukum JUDI? Pastinya dia akan menjawab HARAM. Atau jika dia tidak tahu hukum, jawapan yang diberikan pastinya NEGATIF!

Sudah terang lagi bersuluh, di dalam ayat-ayat Allah Ta'ala bahawa hukum JUDI itu adalah HARAM. Banyak mafsadahnya kepada umat manusia jika al-maisir ini diamalkan. Begitu juga dengan ARAK dan BABI. Dua perkara ini juga selamanya adalah HARAM walaupun terdapat kajian yang membuktikannya memberi faedah.

Saya bukanlah seorang pakar feqah untuk membahaskan soal hukum al-maisir ini dengan terperinci. Saya pasti lebih ramai ahli yang lebih faqih telah pun menerangkan isu ini dengan terperinci bersandarkan kepada dalil daripada Al-Qur'an dan hadith Rasulullah s.a.w sendiri. Tetapi atas nama seorang manusia yang bergelar muslim, saya terpanggil untuk menyatakan isi hati saya berkenaan isu JUDI yang seolah-olah di'halal'kan oleh sekelompok manusia yang buta hatinya.

Saya amat bangga dengan kenyataan Kerajaan Brunei (seperti yang sahabat saya kongsikan di laman sosial, Facebook) yang mengharamkan lesen JUDI di negara mereka kerana mereka takutkan azab Allah akan menimpa negara Brunei! Lihat, jika mereka hendak membiarkan orang bermain judi di negara mereka dengan tidak mengambil kira azab Allah, mereka boleh membiarkannya. Akan tetapi, atas dasar keimanan yang tinggi yang dipunyai oleh pemimpin Brunei, mereka mengharamkan sebarang aktiviti perjudian di negara mereka kerana mereka amat takut dengan azab Allah! Inilah pemimpin Islam yang sebenar, yang menunaikan haknya sebagai pemimpin berlandaskan syari'atullah.

Bagaimana dengan negara kita yang dicintai ini? Apakah hukum yang nyata dan jelas adalah haram boleh di'halal'kan sesuka hati? Adakah tiada rasa walau sekelumit perasaan khauf (takut) akan azab Allah yang akan menimpa bukan sahaja segolongan yang melakukan mungkar, tetapi SELURUH RAKYAT MALAYSIA akan menerimanya, na'uzubillah!

Kita wajib menentang kemungkaran yang semakin parah ini! Kembalilah kepada Allah, baiki hubungan dengan-Nya, bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya dan seterusnya bersama-sama mendoakan bumi Malaysia kembali 'bersih' daripada segala najis kemaksiatan dan kemungkaran yang semakin membusuk dari hari ke hari.

Ya Allah, bantulah kami, bantulah pemimpin-pemimpin kami, sesungguhnya kemurkaan-Mu amat kami takuti..


Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day


Surprise untuk Mak & Abah!

Yang di belakang tu hasil kerja Amah, hmm not bad =)

16 Mei, tarikh keramat yang diraikan saban tahun buat para pendidik insan, pencurah ilmu..

Termasuk dalam golongan yang mulia ini adalah kedua ibu bapa saya, Hj Yaakob Abd Manaff dan Pn Khairani Khairuddin. Tak terucap jutaan TERIMA KASIH kerana telah mengasuh, menjaga dan memberikan pendidikan kepada kami (anak-anakmu).

Guru-guru yang amat berjasa kepada saya, mengajar saya mengenal abjad, huruf dan angka, barakallahufik! Saya mendoakan agar setiap ilmu yang dicurahkan akan dibalas oleh Allah Ta'ala dengan ganjaran yang selayaknya. Buatmu guru-guruku;
  • Taski ABIM, Arau
  • Sek Keb Tunku Budriah, Arau
  • Sek Keb Stella Maris, Kangar
  • Sek Keb Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra
  • SMK Agama Kedah
  • MCIIUM
  • IIUM Gombak
  • IIUM Kuantan
  • para senior (abang-abang & kakak-kakak, naqib & naqibah)
  • para junior (adik-adik permata hatiku)
  • staf Bank Rakyat Jitra
"Wahai Allah, Engkau rahmatilah dan limpahkanlah kurnia-Mu buat mereka yang banyak menabur jasa kepadaku. Mereka telah berjaya me'manusia'kanku hingga aku dapat mengenal-Mu dan agama-Mu. Moga segala ilmu yang mereka sebarkan mendapat keberkatan dan keredhaan-Mu"