Wednesday, June 30, 2010

Syukran Ya Allah!


No words to say; Alhamdulillah, syukran ya Allah!
You bestows me the 'rizq' even I'm not being ur humble slave in front of You..

Dear friends, please pray for me..
I need your du'a and nasihah
May I can perform my amanah well and the best that I can
May I can teach and preach the knowledge duniawi and ukhrawi to my students
May I can show the best qudwah to them
Till then
I can answer in front of Allah
For what I've done
In the entire of my life..

Thank you.

Tuesday, June 29, 2010

Facebook; Dari Sudut Pandangku

Sudah menjadi kegilaan bukan sahaja muda-mudi, adik-adik di bangku sekolah malah golongan yang sudah bergelar ibu, bapa dan juga datuk turut ‘log in’ setiap hari di laman sesawang Facebook ini. Aku? Juga tidak ketinggalan menyertai jutaan pengguna Facebook di seluruh dunia.


Mendaftar pada Januari 2010 yang lalu. Hanya suka-suka dan ingin tahu apa yang menariknya dengan Facebook ini. Mulanya memang tak pandai langsung nak ber’facebooking’ ni, biasalah masih baru nak berjinak-jinak. Testimoni rakan-rakan mengatakan Facebook ini amat ‘friendly-user’ dan boleh juga mencuba pelbagai games dan kuiz yang menarik!


Aku hanya mendengar dan ada juga tergerak hati ingin mencubanya. Lama-kelamaan aku sudah biasa dengan features yang sangat mudah, menarik dan up-to-date ini. Pelbagai kemudahan yang disediakan di dalamnya, anda boleh upload gambar dan video sebanyak mana pun yang anda mahu, silakan! Yang paling menarik, anda boleh update status diri anda walaupun setiap saat yang anda mahu! Maka tidak hairanlah laman sosial ini amat digemari oleh setiap golongan kerana mereka boleh menyatakan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka kepada seluruh dunia! Benarlah dunia globalisasi ini-dunia tiada sempadan!


Sebulan berganjak ke dua bulan dan bulan-bulan seterusnya. Semacam menjadi rutin bagiku, akan log in Facebook setiap kali melayari alam maya. Selalunya aku lebih suka meng’quote’ kata-kata nasihat atau pun tazkirah ringkas setiap kali aku update di ruangan status. Aku sememangnya tidak gemar menyatakan aktiviti peribadi tambahan aku sedia maklum semua orang boleh melihat statusku. Akan tetapi apabila imanku kecundang, ada jugalah ‘gatal-gatal’ tangan cerita tentang aktiviti harian, astaghfirullah!


Pelbagai cerita rakan-rakan yang boleh aku ketahui daripada Facebook ini. Tidak ketinggalan mereka yang gemar beridealis sering menyatakan idea-idea mereka di sini. Dalam ber’facebooking’ ini, aku sering mengingatkan diri agar meminimakan aktiviti yang negatif(baca:menulis perkara-perkara yang lagha, melihat gambar-gambar yang tidak sepatutnya dll) kerana aku tahu jika iman tidak dikawal, maka aku bisa sahaja terjerumus ke lembah maksiat, na’uzubillah! Mungkin itu antara negative effect di dalam Facebook ini.


Sehinggalah pada pertengahan Mei lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Konvoi LL4G yang turut disertai oleh 12 orang rakyat Malaysia. {boleh baca dalam entri yang lalu} Aku tersentak. Berfikir-fikir sendiri dan cuba bermuhasabah. Tiba-tiba akal warasku terus menumpu kepada Facebook yang semacam sudah ketagihan olehku. Aku masih ingat, sebelum aku mendaftar masuk laman sosial ini, aku ada juga mencari siapa penciptanya. Ternyata dia ialah seorang pelajar berbangsa Yahudi! Nah, apakah aku bodoh semasa aku log in Januari lalu? Ya, mungkin itu yang boleh aku katakana pada diriku tika ini. Adakah aku tega menyokong Yahudi laknatullah yang pada setiap saat membunuh saudara-saudaraku di Palestin?

Rasa mahu ketawa kepada diri sendiri kerana sering sangat terpedaya dengan musuh agamaku ini. Namun begitu, ada juga berpendapat, biar kita menggunakan senjata (baca:Facebook) mereka ini untuk menghapuskan mereka (baca: Yahudi) dengan cara menyebarkan dakwah dan keindahan Islam. Ya, itu memang tidak dinafikan dan aku juga pernah berdiskusi hal yang sama dengan sahabat-sahabatku.


Facebook; it has pro and cons. Terpulang pada setiap individu untuk mentafsir dan menilainya. Bagiku, cukuplah selama 6 bulan aku terjebak dengan salah satu ‘propaganda’ Yahudi ini walaupun aku tahu merekalah think tank sebenar ‘dunia alam maya’ ini. Dengan rasa bangga dan sukacitanya aku telah deactivate akaun Facebook ku memandangkan penciptanya sengaja tidak membenarkan pengguna Facebook untuk terus delete akaun mereka. Cis, bedebah betul dia ini!{geram dan sebal amat!}


Dan ini adalah keputusan peribadiku setelah membuat timbang-tara yang sewajarnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu..sebelum ini memang niatku adalah menjadikan Facebook sebagai medan dakwah di alam maya. Akan tetapi medan dakwah ini luas sebenarnya, bukan setakat di Facebook dan sejujurnya aku dapati tidak sampai 50% aku berdakwah di dalam Facebook. Mungkin aku yang tidak pandai mengoptimumkan Facebook ini.


Jadi, kepada semua pembaca entri ini, pilihan ada di tangan anda! Anda adalah pengguna Facebook? Fikirkan kembali matlamat sebenar anda berFacebooking ini. Jika anda masih ‘suci’ daripada pengaruh Facebook, tahniah diucapkan! Saranan saya, tidak perlu berFacebook pun tidak mengapa, itu adalah lebih baik. Namun begitu, sekali lagi ingin dinyatakan bahawa pilihan ada di tangan masing-masing. Jika anda benar-benar dapat memanfaatkan Facebook untuk tujuan dakwah & Islam, teruskanlah dengan niat baik anda dan jika anda dapati anda lebih banyak lagha dengan Facebook, maka bagi saya, deactivate itu adalah jalan yang paling baik.

Selamat beramal!


Monday, June 28, 2010

Mereka Tetap Di Hati

Masa amat cepat berlalu. Begitulah lumrah kehidupan dan aturan Ilahi dalam setiap diari hamba-Nya. Tidak terlepas buat diriku. Terasa masih tidak bisa menjadi anak solehah buat ayahanda dan bonda sepanjang dua bulan ini. Astaghfirullah, mohon ampun dari-Mu ya Allah, bantulah aku untuk menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.

Entah kenapa malam ini, sesudah solat Isya’ku, fikiran dan hati ini asyik teringat-ingat ‘mereka’. Mereka yang pernah hadir di dalam hidupku, mereka yang pernah mengetuk hati dan perasaan ini dengan nama ukhuwwah dan kasih sayang. Mereka yang juga menjadi ‘amanah’ku walaupun setahun cuma. Mereka yang aku ingati dan rindui saban waktu.

Ya, dengan mereka aku merasa cukup bahagia dan gembira. Bertemu mereka melahirkan rasa kagum dan syukurku yang tidak terhingga. Aku lebih bahagia menjadi pendengar setia mereka. Suka dan bangga dengan debat, celoteh dan buah fikiran mereka tiap kali kami berjumpa. Ah, itulah kenangan manis yang tidak mungkin akan aku lupakan sampai kapan pun,insya-Allah..

Aku masih mengingati detik pertama menerima ‘amanah’ ini. Aku merasakan ketidak layakan aku untuk menjadi ‘ibu’ mereka lantaran mereka ini lebih hebat ilmunya, lebih tekun ibadahnya, lebih itqan kerja islaminya berbanding diriku. Akan tetapi, atas nama sebuah amanah, aku menerimanya Lillahi Ta’ala walau ada sedikit gusar di dalam hati ini.

Aku sebenarnya sudah pun mengenali mereka, malah mereka ini bukanlah asing bagiku. Kami sudah biasa bergurau senda, berdiskusi mahu pun makan dan tidur bersama. Ya, kami telah pun mengenali antara satu sama lain cuma perkenalan kami tidak diikat dalam satu ikatan istimewa seperti yang kami lalui ini. Jadi, menerima mereka sebagai ‘amanah’ku tidaklah dirasakan terlalu kekok, Alhamdulillah.

Masa terus berlalu tanpa sesaat pun menunggu kami. Usia persahabatan kami juga begitu dan kami terus menitinya walau dalam kesibukan kami sebagai pelajar. Seiring pertambahan umur dan kematangan, aku melihat sendiri perkembangan mereka yang semakin hari semakin matang dan dewasa. Bagai seorang ibu yang gembira menyaksikan anaknya sudah besar dan matang dalam setiap tindakan mereka =)

Aku lebih senang menjadi ‘sahabat’ dan ‘kawan’ kepada mereka berbanding menjadi ‘kakak’ kepada mereka. Bagiku, dengan menjadi seorang sahabat, mereka lebih senang dan mudah untuk berkongsi apa sahaja denganku tanpa ada batasnya. Alhamdulillah, mereka menerimaku seadanya walaupun aku merasakan terlalu banyak kekurangan berbanding dengan mereka.

Ah, kalian tetap di hati ini! Tidak mungkin dapat aku padamkan segala kenangan kita bersama daripada kotak memoriku. Kadang-kala mengingat mereka ini membuatkan aku menangis. Aku amat merindui masa-masa kami bersama. Kami berusrah, berqiyamullail, makan-makan, mandi di Panching, berdebat, berjenaka, bergaduh sayang dan macam-macam lagi. Sesungguhnya mereka tetap di hati ini..

Dan entri ini adalah khas untuk mereka.


Mereka yang pernah hadir dan mewarnai hidupku,

Mereka yang mendekatkan aku dengan Tuhanku,

Mereka yang menyemarakkan semangat jihadku,

Mereka yang membuatkan aku tersenyum bangga

dan melimpah syukurku atas perkenalan dan persahabatan ini..


Dengan bangga dan syukur aku memperkenalkan mereka dan aku tinta kemas nama-nama mereka pada sudut hatiku yang paling dalam, doaku semoga Allah menjaga dan menyayangi ‘amanah’ku selama-lamanya. Tiada kata yang dapat diungkapkan; aku amat menyayangi mereka Lillahi Ta’ala..

~Nurul Khairani Ismail

~Sahibul Afzan Wahab

~Umme Hafizah Ahmad

~Siti Rashidah Md Zain

~Aidayatey Azman

~Nadhirah Redzuan

~Wan Mahani Wan Salleh

~Siti Nor Hayati Che Mat Zain



.:The Enigma:.

~Kita bertemu dan berpisah hanya kerana kita menginginkan pertemuan abadi di Negeri Akhirat sana, insya-Allah~

Tuesday, June 22, 2010

Meneruskan Cita-cita

Selalu orang berkata "Gapailah cita-cita walau ianya setinggi bintang di langit"
Tetapi adakah setiap cita-cita itu seringkali terlaksana atau berjaya digapai?
Ya bagi mereka yang "Pay now play later" dan mungkin tidak bagi mereka yang "Play now pay later"

Pay now play later~mungkin ungkapan ini boleh disamakan seperti pepatah Melayu kita "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". Kita harus pay (membayar/bersusah) dalam merealitikan cita-cita sebelum kita akan play (bermain/bersenang) pada masa akan datang. Seorang pelajar/mahasiswa harus 'membayar' kejayaan mereka dengan usaha yang konsisten, mujahadah yang tiada henti di samping doa dan tawakkal kepada-Nya sebelum mereka bisa 'menikmati' sebuah kejayaan.

"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"-saya kira ini adalah satu ungkapan motivasi buat diri saya dan sesiapa sahaja yang benar-benar menyelami ungkapan ini. Kenapa mujahadah itu pahit? Kerana mujahadah atau kata akarnya iaitu jihad membawa erti kesusahan (masyaqqah), kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Manusia tidak perlu disuruh untuk melakukan perkara yang mereka suka tetapi mereka perlu disuruh untuk melakukan perkara yang perlu dan perkara yang perlu inilah selalunya adalah perkara yang tidak disukai. Sebagai contoh; seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada akhir tahun perlulah mengulangkaji pelajaran secara konsisten (istiqomah) dan ini adalah perkara yang perlu mereka lakukan. Tetapi adakah mereka menyukai perkara yang perlu ini? Mereka mungkin lebih gemar untuk bersantai-santai daripada mengulangkaji pelajaran terus-terusan dan inilah perkara yang mereka sukai. Jadi bagaimana untuk meraih kejayaan andai sikap bersantai-santai ini yang diamalkan?

Disebabkan itu kuncinya adalah mujahadah. Mujahadah melawan hawa nafsu, mujahadah melawan sikap malas dan sebagainya. Orang yang berjaya adalah orang yang memaksa diri untuk berubah dan perubahan itu disertai dengan mujahadah. Orang yang gagal pula tidak mahu memaksa dirinya untuk berubah sebaliknya akn berubah jika terpaksa. "If you fail to plan, you are plan to fail".

Peringatan ringkas buat diriku dan rakan-rakan yang sudi menatap post kali ini. Raihlah Cinta Rabb yang abadi dan bercita-citalah untuk menjadi hamba kesayangan-Nya fid darain, insya-Allah..dan kita mampu meraihnya dengan MUJAHADAH!

Wednesday, June 9, 2010

Bakal Pendidik

Bismillahi walhamdulillah

Agak lama tidak menjenguk 'Leading The Change' selepas post terakhirku mengenai khabar Konvoi LL4G. Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kepada-Nya kerana 12 orang aktivis relawan Malaysia selamat daripada diapa-apakan oleh Zionis Israel laknatullah! Jutaan syukur dipanjatkan dan tidak terungkap ucapan terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia khasnya dan seluruh umat dunia amnya atas doa yang tiada henti buat para relawan Misi Bantuan Gaza, alhamdulillah..

Aku tinggalkan dahulu cerita relawan Gaza kerana Misi Bantuan Gaza tidak akan pernah berhenti walau bagaimana rakusnya Israel mahu menyekat misi ini. Seluruh dunia mengutuk dan mengecam tindakan mereka dan percayalah sedikit masa lagi dunia akan bangkit menentang mereka, insya-Allah!

Dalam keributan kisah Gaza ini, aku pula telah diberikan rezeki oleh-Nya untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah IPTA tidak jauh dari rumahku. Alhamdulillah, begitu Allah Ar-Razzaq yang Maha Pemberi Rezki. Sekarang semuanya bergantung atas diriku. Aku wajib melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan seitqan mungkin. Susah dan senang dalam profesion mengajar ini harus aku hadapi dan tangani dengan baik di samping memohon petunjuk dan bantuan daripada-Nya yang utama.
Aku berfikir-fikir, bagaimana aku bisa menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja mengajarkan mata pelajaran tetapi yang utamanya me'manusia'kan anak didikku. Masya-Allah itulah tanggungjawab yang berat untuk dipikul! Seorang graduan yang masih dalam 'alam adaptasi', amat cetek ilmu dan pengalaman, semoga Allah membantuku..

Aku jadi teringat kepada seorang sahabat baik, amat baik di UIA dahulu. Baru sahaja aku bertanya khabar beliau, rupanya beliau sekarang sudah bergelar ustazah, cikgu dan warden sekaligus! Subhanallah! Seawal 5 pagi sudah mencelikkan mata, berqiyamullail bersama anak-anak muridnya. Selepas Subuh dan tazkirah, sesi akademik pun bermula. Kemudian disambung dengan mengajar Al-Qur'an kepada hafiz dan hafizah. Selepas Zohor pula beliau akan tasmi' hafazan anak-anak didiknya. Subhanallah, aku merasakan betapa mulianya pekerjaan sahabatku ini, mencurahkan ilmu duniawi dan ukhrawi sekaligus! Dalam masa yang sama beliau juga mencurahkan tenaga dengan mengambil berat akan hal-hal kebajikan dan menaburkan benih-benih iman dan taqwa agar mereka dapat tumbuh sebagai mujahid/ah, hafiz/ah hamlatul Qur'an dan cendekiawan Islam pada satu masa nanti, insya-Allah.

Aku jadi cemburu. Seperti cemburunya si anak kecil yang tidak mendapat alat mainan impian seperti temannya. Seperti cemburu seorang aktivis yang tidak berpeluang turun ke medan jihad apabila semboyan dilaungkan.

Ya, aku cemburu. Tetapi dalam cemburu aku ini, seharusnya aku meletakkan syukur atas setiap ruang, peluang dan jalan yang telah Allah pilihkan untukku. Astaghfirullah, segeralah mohon keampunan kepada-Nya..

Perjuangan harus diteruskan! Pencarian Cinta Sufiku menuju redha Ilahi tidak pernah berhenti selagi hayat dikandung badan. Semoga amal Islami dan kerja buat kita dalam setiap detik dan waktu, tidak kira di mana pun kita dan apa sekali pun pekerjaan kita diterima oleh Allah dan dihitung sebagai pahala di sisi-Nya..ameen ya Allah!

Tuesday, June 1, 2010

Penghujung Mei Yang Suram

Pejam celik, pejam celik, rupanya sebulan sudah aku menanam anggur dengan jayanya di rumah..kadang-kadang rasa geram dengan diri sendiri bila suka sangat bermalas-malasan di rumah ni, astaghfirullah!

28 Mei lalu aku terima mesej daripada sahabatku mengenai Konvoi Viva Palestin; Ketua Misi LL4G Malaysia-Tuan Hj Noorazman yang memohon seluruh umat Islam mendirikan solat hajat buat relawan-relawan di sana. Tersentak aku membaca mesej beliau, dalam hatiku terdetik "Israel buat hal lagi" dan ternyata mereka ini manusia kejam lagi tak berhati perut dan tidak kenal juga erti kemanusiaan.

Melewati laman sosial Facebook selepas 28 Mei terus memberikan kejutan demi kejutan untuk aku. GAMIS, SRC UIA dan pelbagai lagi pertubuhan NGO yang lain menempelak sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk Israel itu. Di Turki pula, rakyat telah memenuhi jalan-jalan raya dengan demonstrasi dan tunjuk perasaan menyesali tindakan kebinatangan Israel ini. Salah seorang penunjuk perasaan menyatakan bahawa sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Bukan mereka (baca: Israel) tidak tahu bahawa relawan-relawan itu terdiri bukan sahaja daripada orang Islam tetapi juga bukan Islam. Mereka ini memang tiada perasaan dan tidak tahu erti kemanusiaan.

Lewat malam tadi, aku mengikuti berita-berita yang didedahkan di Astro Awani juga Berita@Bernama. Sedih dan pilu melihat beberapa rakaman yang sempat diambil sebelum perhubungan dengan wartawan Malaysia terputus. Setakat berita akhir yang diterima, sebanyak 19 orang yang telah syahid beserta puluhan yang lain cedera. Semoga Allah menempatkan mereka (19 syuhada') di sisi-Nya.

Aku bermuhasabah sendiri. Beralih-alih posisi tidurku, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Aku tidak bisa tidur, andai aku punya sayap, mahu sahaja aku terbang ke sana, Perairan Gaza.

Lalu hanya doa yang mampu aku panjatkan. Tiada lain yang aku harapkan dan meminta kepada-Nya agar mujahidin kita selamat dalam misi bantuan ke Gaza. Insya-Allah aku yakin, dengan kekuatan doa seluruh umat Islam, Allah pasti akan membantu mujahidin dan umat Palestin kita. Jadi apa tugas kita? Jangan hentikan DOA! Pray, pray & keep praying!

Dan begitulah penghujung Mei 2010 ini..umat Islam seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel laknatullah! Doaku agar ketibaan Jun dan hampirnya kepada Rejab bakal membawa sinar dan khabar gembira buat kita. Aku memohon Ya Allah..