Friday, October 29, 2010

Menjadi Lebih Berani



Benarlah sesetengah orang berkata,

“Menjadi graduan bukanlah berakhirnya sebuah kembara pencarian ilmu tetapi ia merupakan satu PERMULAAN kepada sebuah destinasi perjalanan yang jauh lebih mencabar, panjang dan penuh dengan ranjau.”

Perancangan yang teliti dalam menentukan hala tuju dan perjalanan hidup selepas graduasi amat dan TERAMAT PENTING sekali! Beberapa plan harus disediakan, tidak cukup dengan plan A dan plan B sahaja, mungkin menjangkau sehingga plan Z, mungkin..dan di sinilah segala pengalaman di alam kampus dahulu dikerah, diperah dan cuba diaplikasi sebaik mungkin..

Semasa bergelar seorang pelajar Tahun Akhir, aku cuba-cuba membayangkan kehidupan selepas graduasi, pastinya penuh dengan dilema..dilema mahu memilih kerjaya, dilema interview, dilema memilih tempat pengajian untuk MA dsb.

Dan sekarang sememangnya diriku berada di dalam dilema. Aku mengira-ngira, sudah hampir 6 bulan tamat belajar, hampir 4 bulan bekerja yang berbaki lagi sebulan dan tinggal 2 bulan sahaja untuk menunggu jawapan permohonan Sarjana..Subhanallah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui hati dan perasaan ini..

Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman itu pasti akan diuji. Dan aku sangat meyakini firman-Nya, ampunkan aku Ya Allah..

Kembali terngiang-ngiang di telingaku kata-kata azimat daripada kakak usrah yang ku hormati, Kak Azsida,

“Ilmu Allah itu mahal. Bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu-Nya..”

Ana muwafiqatun! Aku sangat-sangat merasainya sekarang, tambahan apabila permohonan Sarjanaku direject baru-baru ini. Khabar sedih ini hampir-hampir mematahkan semangatku untuk menyambung pengajian Sarjana tetapi cepat-cepat aku memujuk diri, “mungkin tiada rezeki di situ” dan sahabat-sahabatku sentiasa di sisi, memberi perangsang dan semangat untuk diri ini menjadi lebih berani dan kuat untuk meneruskan langkah, terima kasih amat sahabat-sahabat dunia akhiratku, Humm, Husna, Bah, Izzatie dan semuanya..

Dan diri ini mahu terus menjadi LEBIH BERANI! Ini hanyalah ujian dunia yang amat kecil, tiada bandingan dengan ujian yang dihadapi oleh kekasih agung, Nabi Muhammad s.a.w. Wahai Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk kembali bangkit dan meneruskan langkahku dalam mencari dan menggali ilmu-Mu yang maha luas, amin..

Allah tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya..dan hari ini aku menerima khabar gembira, sebagai ganti khabar dukaku tempoh hari. Syukran Ya Allah, aku sayang dan cinta kepada-Mu (^_^)

“Milik-Nyalah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” [42:12]

{azam mahu terus jadi hamba-Nya yang solehah (^^, }

Friday, October 22, 2010

Jaulah ke Pulau Mutiara

Bismillahi walhamdulillah

Salam Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari, hari Jumaat yang mulia.

Sedikit perkongsian buat para pembaca "Leading The Change", moga yang baik dapat diambil untuk manfaat bersama.

:: UiTM Pulau Pinang::

Pagi kelmarin (Khamis), aku menyatakan kepada Abah, aku ingin memohon jawatan pensyarah DM45 di UiTM Pulau Pinang. Aku bersama dengan dua orang rakanku yang lain. Abah nampak gembira dan menyokongku, Alhamdulillah. Lalu, dia memberikan idea untuk menghantar borang permohonanku by hand di UiTM Pulau Pinang. Means, kami akan ke sana, UiTM Pulau Pinang!

Itulah Abah, sentiasa bersemangat dalam apa jua pekerjaannya, dan semangat beliaulah yang mengkagumkan aku. Menyandang tugas sebagai seorang pensyarah sambilan ini mendekatkan aku dengan profesion Abah, Abah sebagai seorang pensyarah selama 26 tahun, Masya-Allah! Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Abah dalam mencurahkan ilmu dan baktinya kepada anak bangsa, kepada pelapis kepimpinan masa hadapan, insya-Allah.

Jaulah ke Pulau Pinang..dipendekkan cerita, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di UiTM Pulau Pinang yang cantik dan terdapat bangunan-bangunan yang masih under construction. Abah kata UiTM Pulau Pinang dah banyak berubah, kali terakhir Abah sampai di UiTM Pulau Pinang adalah pada tahun 2004. Meaning that banyak perubahan yang berlaku dalam masa 6 tahun ini.

Selepas melepasi pos pengawal, kami terus ke Bahagian Pengurusan di Tingkat 9. Wah, UiTM Pulau Pinang lagi advance lah daripada UIA dari segi altitudenya, bisikku.. Abah pula nampak gembira sebab berpeluang naik lif, sebabnya di UiTM Perlis, tiada lif =)

Alhamdulillah, urusan penghantaran borang permohonan berjalan dengan baik. Staf di sana melayani kami dengan baik sekali dan sempatlah aku mengambil nombor telefon dan nama staf penjawatan yang dapat dihubungi jika ada sebarang pertanyaan, Alhamdulillah..

::DR ONE::

Usai 'lawatan' ke UiTM Pulau Pinang, kami pun mahu segera pulang. Terdetik di hatiku, jika inilah jalan kerjayaku (baca:pensyarah), aku menerimanya dengan redha dan syukur kerana aku tahu setiap jalan yang Allah tunjukkan, itu adalah jalan yang terbaik. Syukran Ya Allah!

Destinasi seterusnya-Bertam. Mulanya aku tak tahu yang Abah nak mencari DR ONE, aku ingatkan Abah hanya nak mencari 'Teh Tarik Susu Kambing' DR ONE sahaja, tetapi takdir Allah Yang Maha Kuasa, kami diizinkan bertemu dengan individu hebat ini, Dr Anuar bin A.Hamid, pengasas Dr One International Sdn Bhd.

Subhanallah, hebatnya Allah SWT, Dialah yang menciptakan dan memberikan kehebatan kepada Dr Anuar ini. Dr Anuar amat ramah melayan kami sehingga kami tidak merasa asing, seperti sudah lama kenal. Beliau menceritakan pengalamannya, bagaimana beliau menceburkan diri dalam bisnes ini iaitu minuman herba DR ONE yang halal lagi suci. Kagum dengan prinsip hidup beliau,

"Dalam hidup saya, tiada nombor 2,3,..yang ada hanyalah nombor 1"


Masya-Allah, ana muwafiqatun! Aku menyetujuinya dan patutlah produknya memiliki nama DR ONE kerana pengasasnya hanya ada NUMBER ONE dalam kamus hidupnya!

Abah bertanya rahsia kejayaan beliau dan beliau menjawab BERDIKARI! Seusia 7 tahun, tanpa suruhan orang tuanya, beliau memancing ikan dan menjualnya dengan harga RM 1 atau RM 2 pada ketika itu. Dalam bulan Ramadhan pula, beliau menjual 'ais batu' dan semua itu dilakukan kerana beliau ingin berdikari, tanpa paksaan dan suruhan sesiapa tetapi atas kerelaan diri beliau sendiri. Rupa-rupanya business-minded telah dipupuk sejak usia beliau masih kecil lagi dan hasilnya dapat dilihat pada hari ini-seorang pengasas minuman herba yang halal lagi baik, Muslim Product, Alhamdulillah.

Tarbiyah hari ini-Allah mempertemukan aku dan Abah dengan individu hebat, dan inilah contoh Muslim yang ingin kita teladani. Contribute and benefit the Ummah! Insya-Allah, mutiara-mutiara berharga daripada Dr Anuar akan aku jadikan panduan dan inspirasi dalam meneruskan layar kehidupan ini. Sesungguhnya setiap insan yang aku temui adalah sumber inspirasiku dan Dr Anuar menjadi salah seorang daripadanya =)

{adopt DR ONE's spirit in my career, insya-Allah}


Sunday, October 17, 2010

Bingkisan Kisah Miss Hafizah

Bismillahi walhamdulillah

Masa amat pantas berlalu. Sedar tak sedar kontrakku sebagai Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa hampir tamat tidak lama lagi, Subhanallah! Macam tak percaya pun ada, masih terkenang hari pertamaku di UiTM Perlis. Sebelum melangkahkan kaki ke kelas, doa dibaca, mohon urusan mengajarku dipermudahkan-Nya. Macam-macam perasaan pada minggu pertama mengajar, maklumlah 'first experience', sudah tentu rasa cuak dan serba tak kena. Alhamdulillah, mak dan abah banyak membantu, rakan-rakan pensyarah dan pensyarah senior juga tidak lokek mencurahkan ilmu dan yang utamanya pertolongan mutlak adalah daripada Allah, Tuhan teragungku, syukran Ya Allah!

Minggu hadapan adalah 'revision week'. Semua kelas dah off, memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menumpukan masa, menelaah dan mengulang kaji. Tugasku pula adalah marking test paper yang bertimbun dan mengeluarkan carry marks secepat mungkin. Mohon bantuan-Mu Ya Allah, semoga pekerjaanku dipermudahkan-Nya, amin..

Buat anak-anak didikku, aku sudah mula sayang kepada kalian dan tanpa sedar, ada perasaan sedih untuk meninggalkan kalian tidak lama lagi.

Pesanku, manfaatkan masa menuntut ilmu dengan seoptimumnya kerana ilmu Allah itu mahal. Pasti kalian tidak akan menyesal apabila sudah grad nanti jika masa-masa menuntut ilmu ini kalian manfaatkan dengan sebaiknya.

Doaku, moga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Minggu hadapan, kalian bakal 'berperang' dan hadapilah ia dengan tenang. Pastikan bidikan dan sasaran kalian tepat terutamanya untuk subjekku MAT 235 dan MAT 285. Ma'an najah!


Group K & L (EC) yang ceria

Pelbagai ragam; group A & B (AP)

Tak dapat bergambar dengan semua sbb diorg dah balik; group C & D (AP)

Bersama siswi-siswi group M & N (EC) yang bijak2 =)

In corporate uniform, no brothers, tak tahu kenapa diorg tak dtg kelas hari tu..

"Ampun dan maaf andai saya ada salah silap dengan awak semua. All the best in your final exam!"- Miss Hafizah.

Tuesday, October 12, 2010

Umat Islam Sentiasa Boleh!!

Pertama kali aku dengar lagu ini dalam satu program di Matrikulasi dahulu..

Sangat nostalgia, sangat memberi kesan, liriknya ringkas sahaja tetapi maknanya begitu halus dan mendalam..

Terbaru, UNIQUE (baca: UNIC) telah menyanyikan kembali lagu ini..dan satu persatu kenangan dan memori di Matrikulasi dahulu kembali memenuhi kotak ingatanku..

Menuju Wawasan Islam Yang Gemilang!

Umat Islam Berhak HEBAT!!

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Istimewakah hari ini?

Mungkin dengan susunan nombornya yang cantik, 10.10.10.

Lalu ingin diabadikan tarikh ini pada event-event penting dalam kamus hidup kita, yang pasti manis jika diingatinya.

Mendengar celoteh DJ IKIM pagi tadi, juga membicarakan tarikh ini, tarikh salah seorang rakan DJ IKIM yang melangsungkan perkahwinan beliau pada hari ini. Tahniah diucapkan. Tidak lupa, hari ini juga merupakan hari perkahwinan angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya. Dan pastinya hari ini banyak lagi undangan walimah di seluruh Malaysiaku ini. Doa dikirim, semoga pernikahan mereka diberkahi Ilahi.

Berbicara mengenai soal perkahwinan, tidak banyak yang boleh aku perkatakan kerana diri ini masih solo, masih belum punya pengalaman. Akan tetapi kisah-kisah bahagia pernikahan sahabat-sahabat dan teman-teman sedikit sebanyak dapat dijadikan contoh buat diri ini. Tidak lupa, contoh terbaik kita sudah tentu adalah kedua orang tua kita. Mereka terlebih dahulu merasai asam garam kehidupan berumah tangga, maka rujuklah mereka =)

Alhamdulillah, ada antara sahabatku yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Gembira, bahagia yang tidak terucap. Sahabat yang dahulunya bersama-samaku di alam mahasiswa, beraktivisme bersama-sama, kini sudah punya kehidupan sendiri. Aku sesungguhnya bahagia melihat mereka bahagia. Syukran ya Allah..semoga mereka bakal melahirkan mujahid/ah pembela agama-Mu.

Juga pada hari ini, ada satu khabar gembira yang aku terima. Kisah yang ditunggu-tunggu akhirnya dimakbulkan oleh Tuhan, syukran ya Allah =)
Kepada empunya cerita, kakakmu ini mendoakan yang terbaik untuk kamu. Tidak sabar untuk menunggu hari itu, fi hifzillah!

Benarlah firman Allah yang antara maksudnya, "Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan agar kamu merasa tenteram kepadanya.."
Jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan daripada-Nya. Dan yakinlah bahawa jodoh terbaik telah ditentukan Allah buat diri kita. Siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya, bukan?

Aku meyakininya ya Allah, Engkau pasti akan mengurniakan jodoh yang soleh dan baik buat empunya diri yang solehah dan baik dan terbukti apabila aku melihat sendiri sahabat-sahabat, teman-teman yang soleh/ah dikurniakan Engkau pasangan yang juga soleh/ah. Subhanallah, segala pujian dikembalikan kepada-Mu, jadikan kami hamba-hamba-Mu yang selalu bersyukur..

{hatiku berbunga riang, Alhamdulillah, syukran Ya Allah <@,@>}

Tuesday, October 5, 2010

Sekitar Majlis Konvokesyen Kali Ke-26 IIUM




Puja-puji hanya milik Allah, Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana. Alhamdulillah, pada hari yang bersejarah ini, aku telah berjaya bergelar Graduan International Islamic University Malaysia (IIUM) dalam Bachelor of Mathematical Science (Honours).

Kulliyyah of Science merupakan kulliyyah terakhir yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada hari terakhir Majlis Konvokesyen kali ke-26 ini iaitu pada hari Isnin, 4 Oktober 2010, bersamaan 25 Syawal 1431H. Wajah-wajah yang ceria dan penuh kegembiraan dapat aku lihat pada hari ini dan tidak terkecuali diriku jua.

Enam tahun sudah berlalu. Serasa baru semalam aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswa IIUM tetapi pada hari ini, di dalam dewan yang sama, Cultural Activity Centre (CAC) Hall, aku menjejakkan kaki di atas pentas utama, menerima penganugerahan yang bermakna daripada pihak universiti. Terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga buat semua komiti Majlis Konvokesyen atas segala persiapan dan sambutan istimewa buat kami.

Sudah tentu kejayaan aku dan rakan-rakan pada hari ini adalah berkat doa kedua ibu bapa, para pensyarah juga rakan-rakan seperjuangan. Tanpa doa, sokongan dan bantuan mereka, kami mungkin tidak dapat mengecap kejayaan ini. Jutaan terima kasih dan tidak terhingga terima kasih kami buat kalian, hanya Allah Ta’ala yang layak membalasnya.

Aku sudah tidak bergelar mahasiswa kini. Namun, tidak bermakna ilmu yang aku timba di IIUM dahulu berakhir di sini sahaja. Sebenarnya langkahku baru sahaja bermula. Setelah bergelar seorang graduan, aku telah beralih ‘alam’ atau transisiku kini adalah menuju ‘alam’ yang lebih hebat cabarannya, lebih sibuk kehidupannya dan lebih singkat masanya. Seluruh jiwaku, ruhaniku dan jasmaniku kini wajib dioptimumkan untuk kemaslahatan ummah dan agamaku khususnya. Subhanallah, hanya kepada Allah dipanjatkan doa agar diberikan kekuatan untuk mendepani segala ujian hidup yang semakin mencabar ini.

Keputusan permohonan Sarjanaku daripada pihak IIUM adalah negatif, namun ‘Appeal Letter’ telah dihantar sebagai usahaku untuk diterima menyambung pengajianku di sana. Aku cuba berikhtiar semampuku dan selebihnya aku serahkan kepada Rabbku. Jika perjalananku adalah baik di IIUM, maka aku mohon agar Dia memudahkannya dan jika ia tidak baik bagiku, aku juga memohon agar Dia mengurniakan jalan terbaik untuk diri yang lemah ini. Buat sahabat-sahabatku, aku juga amat mengharapkan doa daripada kalian. Mungkin amalan kalian yang lebih hebat daripada diri ini bisa mengundang mustajabnya doa kalian dan kerana itu aku memohon doa daripada kalian. Syukran sahabat-sahabatku.

Mari kita berazam dan pasakkan niat untuk menjadi yang TERBAIK dalam apa sahaja pekerjaan kita. Jika mahu melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Master dan PhD, dapatkan yang TERBAIK dan TERHEBAT untuk itu dan aku yakin kita semua mampu memperolehnya. Yakin, optimis dan banyakkan doa kepada-Nya, insya-Allah semoga Najah menjadi milik kita semua, dunia dan akhirat.

p/s: Semoga Allah mengganjar yang terbaik buat Ayahanda dan Bonda atas tarbiyah terhebat buatku dan adik-adik dalam mengenal erti kehidupan dan kedewasaan {^,^}