Saturday, January 29, 2011

Jeda

Bismillahi walhamdulillah

Hampir sebulan aku bergelar pelajar Sarjana. Bagaimana rasanya? Alhamdulillah sedang menikmati keindahan bidang baru yang ku kira mencabar juga dan dalam masa yang sama berusaha untuk enhance skill-skill yang sudah 'berkarat'.

Tidak dinafikan jalan Sarjana yang ditempuh sekarang sudah menampakkan 'wajah sebenar'nya. Susah. Payah. Berat. Sesak. Atau mungkin ada kalimah lain yang boleh diertikan dengannya. Allahu Rabbi, tidak bertujuan untuk mengeluh apatah lagi menyesal akan jalan yang dipilih ini. Malah aku amat bersyukur kerana menjadi antara yang dipilih untuk mendalami ilmu Iqtishad ini. Alhamdulillah..

Peristiwa di dalam kelas 'Advanced Microeconomics' sebentar tadi membuatkan aku jeda. Dengan berlatar belakangkan Ilmu Hisab yang tidak seberapa kebal menjadikan aku malu dengan pensyarah serta rakan sekelas. Sudah tentu aku seharusnya menjadi yang lebih dahulu tahu untuk solve mathematical problems disebabkan Degreeku di dalam bidang Matematik! Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ah, sungguh malu!

"Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya". Seolah cakapan orang-orang tua ini mengena batang hidung sendiri. Sifir mudahnya adalah aku TIDAK BERSEDIA! Sudah diulang-kali diingatkan sejak alam kanak-kanak, rupanya usia yang mencecah suku abad ini masih tidak diambil serius. Astaghfirullah..

Tunduk dan hisab diri. Lama sekali jedaku kali ini.

Allah Ya Rabbi,
Kurniakan aku kecerdasan aqal fikiran,
Kurniakan aku keikhlasan dan ketenangan hati,
Kurniakan aku kesihatan tubuh badan,
Kurniakan aku kekuatan..

Dan kembali mencipta Lagrange equation buat diri;
Max (FOCUS, DETERMINATION, EFFORT)
subject to constraint (weakness, laziness, carelessness)
bersamaan

S = (F, D, E) s.t. (w, l, c)

moga di akhirnya SUCCESS {FALAH} bisa ku genggam! "Rabbi yassir wala tu'assir"

Thursday, January 27, 2011

4 months 'honeymoon'

Apabila diwar-warkan sistem semester di semua universiti di Malaysia akan bermula pada bulan September, dalam hati mula galau dan kacau.

Mungkin permulaan semester pada September menyebabkan 'kelambatan' pengajian Sarjanaku. Walau bagaimanapun sebagai salah seorang rakyat Malaysia, I tend to follow the regulation, moga ada hikmahnya.

Rakan sekelas, a Thai's student, Mee juga merasakan yang sama denganku. Berkira-kira untuk mencari pekerjaan sambilan juga katanya. Insya-Allah moga beliau ketemu dengan pekerjaan yang baik dan tidak sia-sia.

4 bulan di Lembah Pantai! Perlu satu 'grand design' yang teliti agar masa yang ada dimanfaatkan seoptimumnya dan mendapat keberkatan, insya-Allah. Lalu memerah sel-sel neuron untuk berfikir..

  • mendapatkan tajuk research untuk semester II-menyiapkan proposal
  • mengaktifkan Score A {bolehla contact saya jika berminat}
  • melakar peta hayat, ikut serta adinda Hamasyie mengumpul mozek dan jubin =)
  • menziarahi ibu dan bapa saudara di sekitar Lembah Klang {masih tak terlunas lagi sekarang}
  • engagement dengan ummah {aktiviti wajib dalam plan hidup}
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, ya Allah permudahkanlah setiap urusan hamba-Mu ini.

Life is such a wonderful piece of puzzle! Bagaimana kita memandang dunia, begitulah ia pada pandangan kita. Pesan rakanku Cik Asma', selalulah memandang dunia dari sudut indah =)
Ya, setiap sudut dunia kita dipandang dengan INDAH ^^,



Make Me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow



You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Wednesday, January 26, 2011

Dialah Ayahku

Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah syukur kepada Allah sehingga hari ini Dia masih memberikan nikmat Iman dan Islam, nikmat hidup juga kesihatan. 20 Safar 1432H hari ini. Dan genap sebulan aku bermukim di bumi Lembah Pantai ini. Sebulan bersamaan 30 hari telah memberikan banyak sekali pelajaran kehidupan kepadaku. Segala perasaan bercampur-baur; diadun dalam sebuah ‘adunan’ kamus hidup.

Perasaan syukur atas segala nikmat dan ujian yang ditetapkan Allah buat hamba-Nya tidak akan pernah sirna, insya-Allah. Mohon setiap saat diri kita dijaga Allah, sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan hatta sekecil mana pun urusan itu. Hebatnya Allah, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya bersendirian melalui saat-saat getir dan sukar walaupun pada pandangan makhluk, alangkah beratnya ujian itu..

Apabila hidup di negeri orang ini, perasaan rindu kepada ibu ayah, adik-adik dan kampung halaman pasti ada. Iyalah, merekalah insan-insan yang paling dekat dalam hidup kita. Mereka menyaksikan jatuh bangun kita dan merekalah yang menjadi pendorong dan magnet yang kuat dalam setiap lembaran kisah hidup kita. Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku, adik-adikku dan kaum keluargaku. Balaslah segala jasa bakti mereka kepadaku dan ampunilah segala dosaku kepada mereka..

“Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan”

Begitulah manusia, begitulah aku. Tidak dinafikan kebanyakan masaku kini juzu’nya lebih besar kepada BERSEORANGAN. Ya, siangnya berseorangan kerana rakan-rakan serumah semuanya bekerja. Muamalatku berlaku sekiranya aku ingin membeli makanan, fotostat nota, membeli buku dan menyapa rakan-rakan yang dikenali jika terserempak dengan mereka. Pada malamnya barulah berjumpa rakan sekelas, itu pun hanya 3 jam! Subhanallah, besar hikmahnya yang dapat ku lihat di sini, Allah mahu aku sentiasa berMUHASABAH!

Agak janggal dan kekok pada awalnya, selalu rasa agak sedih sebab tidak berteman. Lalu kenangan semasa alam mahasiswa dulu menjelma satu persatu. Ke mana sahaja berteman, iyalah ramai sahabat kan? Seronok dan testimoni daripada semua sahabatku, alam mahasiswa merupakan alam yang paling BAHAGIA, GEMBIRA dan CERIA! Aku sangat-sangat menyetujuinya, terima kasih amat sahabat-sahabatku!

Akan tetapi, sampai bila aku harus bersedih? Kenangan adalah satu masa yang ditinggalkan, ia tidak mungkin berulang lagi. Mahu flash backkah semua kenangan itu? Sedangkan umurku semakin meningkat dan akan meningkat sehingga aku tiada umur lagi di dunia ini. Teringat aku akan pesanan Abah, insan yang selalu menjadi booster aku, pengkritik hebat juga pakar motivator unggul bagiku, “Sudah tiba masanya keluar daripada kepompong zaman belajar dulu. Kalau sebelum ni asyik menempel dengan kawan-kawan, sekarang dah tak boleh dah. You have to be independent!”

Kata-kata keramat ini yang aku pegang. Sungguhpun perkataan INDEPENDENT ini sering sahaja aku dengar, dalam segala jenis kuliah dan ceramah, tidak ketinggalan juga usrah. Tetapi aku sebenarnya masih tidak memahami maksud INDEPENDENT itu. Kredit untuk Abah yang tidak jemu-jemu memberi suntikan semangat kepada anak sulungnya ini. Aku jadi malu kepada Abah. Semangat Abah tak pernah pudar, kata-kata perangsang dan doanya tidak pernah padam, selalu menelefonku walaupun anaknya ini hampir berusia 25 tahun tidak lama lagi. Subhanallah, bangganya aku punyai ayah sebegini.

Setiap kali Abah telefon, bertanya khabar aku dan Umar, pengajianku dan lain-lain perkara, tidak dilupakan dia pasti akan berdoa untukku. Rasa mahu menangis. Abah kata, “Belajar rajin-rajin, tebus balik apa yang tak dapat dalam Degree. Tak lama pun, 2 tahun ja. Niatkan belajar untuk cemerlang sehingga ke peringkat tertinggi.” Begitu tinggi sekali harapan dan amanat Abah. Dan begitu berat dan sesak sekali aku mahu melunasinya. Lalu aku menjawab, “Insya-Allah Abah, Kak Yong cuba yang terbaik.”

Dialah ayahku. Sentiasa punya high expectation kepada setiap orang anaknya. Allahu Allah..Bantulah aku dalam pengajianku, aku ingin menggembirakan hati kedua orang tuaku. Hanya ini sahaja yang mampu aku hadiahkan buat mereka di atas segala pengorbanan yang tidak akan terbalas olehku sampai kapan pun. Rahmatilah keduanya Ya Allah..

Dan kini aku mengerti.

Wednesday, January 19, 2011

Tanyalah Tuhanmu


Bait-bait lagu "Cahaya Hati" nyanyian Opick ini terasa menusuk terus ke tangkai hatiku kala ini. Allah sangat dekat, amat dekat daripada urat nadi kita sendiri. Ya Allahu Ya Rahman, Ya Ghafur, Ya Rahim..

Ya, ada rasa sedih hari ini, semua kerja semacam tidak keruan. Allah..hitamkah hatiku? Dalam tidak sedar aku lalai kepada-Mu.

Semua makhluk bersujud kepada-Mu..

Tuhanku, di kala ini kesepian menemaniku. Hidup di negeri orang kadang kala menjadikan aku tidak betah, berpura-pura nampak kental dan kuat walhal hanya Engkau Yang Maha Mengetahui kerdilnya aku, kecilnya aku, lemahnya aku..

Dahulu, kehidupanku sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang. Jika hati tidak tenteram, jiwa mula kacau, tazkirah berhikmah aku minta daripada sahabat-sahabat dan kedua orang tuaku. Subhanallah, syukurku tidak terhingga kerana diberikan izin dan nikmat berdampingan dengan insan soleh solehah dalam hidupku.

Mungkin aku terlalu tamak Ya Tuhan. Tamak sehingga tidak memikirkan satu saat nanti aku bakal berseorangan menghadap-Mu. Tiada ibu ayah, tiada teman-teman, tiada guru-guru. Pada ketika itu tiada siapa yang dapat aku minta nasihat, tazkirah mahu pun pandangan.

Memuja memuji Asma'-Mu

Subhanallah..Astaghfirullah..Allahu Akbar..

Peristiwa sebentar tadi amat menggoncang jiwaku Ya Allah..Tiada siapa pun yang dapat membantuku melainkan Engkau Ya Rabbi..Syukran Ya Allah atas nikmat ujian ini. Sesungguhnya lebih ramai insan di luar sana yang lebih hebat ujian mereka, lebih sarat tanggungan kesedihan dan kesengsaraan mereka daripadaku..

Setiap wajah mendamba Cinta-Mu, Cahaya-Mu

Begitu juga aku. Pandanglah aku Ya Allah, janganlah Engkau sisihkan aku, kasihanilah aku Ya Allah..


Tuesday, January 18, 2011

Thursday, January 13, 2011

Ziarah Mardhiyyah


Bismillahi walhamdulillah..

Biiznillah aku berkesempatan menziarahi kakanda yang sangat dirindui, Kak Dayah =)
Plus kegembiraan dapat menatap dan mendukung si comel Mardhiyyah!
Mardhiyyah sangat suka kat Ummi Fizah kan? Hehe nanti bolehla Ummi Fizah 'culik' Mardhiyyah ke VA, boleh tak kak?

It was be my first time driving alone in KL, PJ-Bangi!
Subhanallah, Alhamdulillah..thank you Allah for the safe journey {walaupun bnyk kali call Kak Aini, tersesat-sesat nak sampai rumah beliau}
Sampai saja kat rumah mertua Kak Dayah, terus cari Mardhiyyah!
Rindu sangat sebab sebelum ni hanya dapat menatap si comel dalam MMS je, kan Mardhiyyah?

Pesanan buat diri >>kena kurangkan bawa Umar berjalan sebab harga minyak naik, so makanan Umar terpaksa dicatu =(
To my amazement, harga minyak masak dan bawang pun dah naik! Bawang merah sekilo berharga RM9!
Macam mana ni Kerajaan? Fahamilah derita rakyat..
Posted by Picasa

Tuesday, January 11, 2011

Mencipta Mimpi


Tiada kata yang mampu ku ucapkan
Alhamdulillah, puja-puji hanya kepada Dia
Selepas pertemuan bersama sahabat-sahabat lama dimakbulkan Allah,
diberi pula kesempatan lagi untuk bertemu Adinda kesayangan, Ukht Khairani =)

Berdatinglah kami selama 24 jam
KL Sentral-Stadium Melawati-Vista Angkasa-Low Yat
Walaupun hanya 24 jam, banyak sekali aktiviti kami, kan dik?

Juga bertukar-tukar cerita
Almaklum lebih kurang hampir 9 bulan tidak bersua muka
Banyaklah cerita-cerita yang terkumpul
Alhamdulillah syukran Lillah

Tidak dilupakan mimpi-mimpi yang dikongsi
Tidak sekadar menciptanya
Tetapi kami ingin menggenggamnya!
Ya Allah, makbulkanlah cita-cita, impian dan mimpi kami..

Dan hari ini
Pertemuan yang tidak ku duga
Bertemu senior-senior yang disegani dan dihormati di UIA dahulu
Kak Aini juga Kak Deqma
Allah..
Banyak sekali nikmat yang Engkau berikan kepadaku
Walhal sebelum ini tidak pernah sekali aku terbayang untuk bertemu semula dengan insan-insan kesayanganku
Subhanallah walhamdulillah Allahu Akbar

Moga pertemuan kami ini
Mengerat dan mengkukuh atas dasar aqidah yang satu
Kembali kuat memartabat dan menjulang agama-Mu
Engkau Maha Memakbulkan doa-doa kami Ya Allah
Masukkanlah kami dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur

p/s: sangat senang dapat bersua dengan Khaulah ^^,
Posted by Picasa

Friday, January 7, 2011

Mengemudi Bahtera MEc


Bismillahi walhamdulillah,

Syukran Lillah perjalananku sehingga hari ini masih dipermudahkan Allah, terus-terusan berdoa semoga Dia sentiasa memudahkan kembara ini sehingga ke penghujungnya.

Kedatangan teman baik ke mahligaiku amat-amat menggembirakan, do come again ya Humm ^^,
Kemudiannya ke KLCC sebentar, menjenguk Taman KLCC yang bakal diterjah oleh 'kami' minggu depan! Tidak sabar menanti hari itu dan semoga Allah mempermudahkan urusan kami.

Dua perkara UTAMA dan BESAR yang sangat-sangat saya hargai sekarang iaitu MASA dan WANG! Adakah saya mata duitan? Oh, tidak walaupun kadang-kadang dalam situasi tertentu saya harus berkata YA =)

Masa amat dan terlalu cepat berlalu, dan pesan Abah, DAHULUILAH MASA!
Wang pula mengalir laju seperti air dan pesan Abah, CARILAH SCHOLARSHIP (^_^)

Satu perkara lagi yang dipelajari; kemudilah bahtera yang besar bukannya bahtera yang kecil kerana apabila kita mengemudi bahtera yang besar, kita tidak akan menghiraukan ombak-ombak kecil yang menghempas bahtera kita. Pukullah bahtera kita kerana perjalanan ke penghujung destinasi kita harus diteruskan.

Bahtera MEc baru sahaja belayar, mohon doa semua agar bahtera ini terus belayar dengan selamat hingga tiba di destinasinya, amin..


Sunday, January 2, 2011

My First Week in PJ!

Bismillahi walhamdulillah..

Biiznillah, 27 Disember aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Petaling Jaya. Dunia baru aku. Banyak sekali yang hendak diterokai. Doa dipanjat, moga segalanya dipermudahkan Ilahi.

Jazakumullahu khairan jaza’ buat ayahanda dan bonda, yang tidak dapat ku balas segala jasa mereka hingga akhir hayatku. Segala keperluan dan kemudahan anak mereka yang sulung ini dipenuhi dengan sebaiknya, malah lebih daripada cukup. Subhanallah, moga nikmat kemudahan yang dipinjamkan Allah ini tidak menjadikan aku insan yang lalai kepada-Nya, na’uzubillah!

Memulakan langkah pada hari pertama- Jam 2.30 petang aku ke taklimat bagi fakultiku; Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. My first impression-sedikit terkejut kerana rata-rata pelajar yang menyambung pengajian dalam bidangku adalah terdiri daripada Chinese, Indians dan juga international students. Oh, satu cabaran bagiku! Environment Degree yang dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim sahaja membuatkan aku berada dalam keadaan sedikit ‘culture shock’.

Alah bisa tegal biasa. Insya-Allah aku cuba mengikis rasa ‘culture shock’ ini di samping berdoa semoga segalanya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah hari pertama berlalu dengan baik. Jazakillah buat sahabat baikku, Matun yang bersama-samaku dalam kembara hari pertamaku.

28 Disember- disebabkan hari pendaftaran bagi fakultiku belum tiba, aku merancang untuk ke IIUM Gombak, menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah lama tidak bertemu. Sekali lagi Matun menemani, terima kasih amat sahabat! Gembira sungguh rasa hati dapat berjumpa mereka; Sal, Hum, Noni juga Nurul. Terubat rasa rindu yang sekian lama terpendam ini =)

Bertemu dalam keadaan yang sudah grad, rasa cukup tua diri ini T_T..berkongsi segala cerita dan pengalaman, indah sekali dirasakan. Hebatnya Dia Yang Maha Pengasih, masih mengizinkan kami untuk bertemu lagi, di dalam medan ilmu ini. Subhanallah! Alhamdulillah..

Kembara hari kedua dan ketiga di IIUM juga berakhir dengan baik, Alhamdulillah..Malamnya bermalam di mahligai Matun, tidak jauh dengan mahligaiku rupa-rupanya, bertambah bahagia ^^,

30 Disember-mengembara lagi! Cik Hafizah ini memang kaki berjalan, sentiasa memanjangkan langkah beliau..hari ini Matun telah membawaku tour PPUM! Subhanallah, best sangat-sangat! Dirasakan diri ini macam ‘rusa masuk kampung’, bertanya itu ini kepada Matun, maaf ye sahabat terpaksa melayan kerenahku..PPUM sangatlah sibuk, manusia bertali arus! Tak pernah lagi aku berhadapan dengan situasi begini. Pengalaman bekerja di Perlis yang aman damai, sangat berbeza sekali di PJ ini!

Berjalan dan berjalan. Menjelajah setiap Jabatan; Pathology, Anatomy, dan banyak lagi yang aku tidak ingat namanya. Pada setiap jabatan pasti akan dipamerkan poster-poster besar berkenaan research yang dihasilkan, subhanallah! Sekali lagi, ia merupakan pengalaman dan pemandangan yang sangat menarik bagiku. Memang wajarlah ‘tagline’ UM adalah The Leader of Research and Innovation. Secara tidak sengaja aku berasa bangga menjadi warga UM, Alhamdulillah =)

Kembara masih belum tamat. Ke mana lagi Cik Hafizah? Oh, perlu ke Mid Valley sekejap, ada beberapa barang keperluan yang mahu dibeli. Menaiki bas Rapid KL yang bernombor 631, membawa kami ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah memang senang sangat nak hidup di KL ni, banyak saja public transport yang akan membawa kita ke destinasi yang dikehendaki. Akan tetapi, duit pula jadi macam air, sekejap sangat habis duit, Allah..dan aku berazam untuk berjimat-cermat, kalau makan di luar, order makanan dan sky juice sahaja. Titik.

31 Disember- hari yang sepatutnya aku mendaftar. Akan tetapi sedih sekali kerana kerajaan pula telah mengumumkan cuti pada hari ini..Disebabkan skuad Harimau Malaya berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, maka satu Malaysia dapat cuti..mungkin seronok untuk orang yang bekerja, tetapi tidak untuk aku. Tidak berbanggakah? Biasa sahaja, mungkin sebab aku adalah seorang bukan peminat tegar bola sepak, minta maaf.

Lalu mengembara lagi..kali ini rakan pengembaraanku bertambah =), memperkenalkan Aina yang rupa-rupanya menginap satu blok dengan aku, masya-Allah! Kecil sungguh dunia, kerdil sungguh kita, tidak terjangkau dek akal waras akan pertemuan yang tidak disangka-sangka ini. Syukran ya Allah..

Ingin menemani Aina ke Low Yat, mencuci mata sahaja sebab di kala ini ajaran Berjimat Cermat Amalan Mulia wajib aku tanamkan dalam diri sendiri =), semoga aku tidak ter’beli’ atau ter’belanja’ atau ter’bazir’kan duitku, insya-Allah.

Seminggu yang berlalu di PJ. Masih banyak lagi pelajaran yang ingin dipelajari. Baru sahaja menghidupkan enjin kereta, tak masuk gear lagi apatah mahu memandu dan memecut. Semoga Allah meredhai setiap gerak langkah ini.

“Allahumma yassir wala tu’assir”