Sunday, February 27, 2011

Kampung Halaman

Bismillahi walhamdulillah

Agak janggal 'mengenakan' tajuk entryku kali ini. Mungkin mode 'Kampung Halaman' sedang mendominasi kini. Alhamdulillah aku masih diizinkan Allah menghirup udara di desaku, merasai hembusan angin panas dan menikmati lambaian sawah padi di daerah utara ini. Walaupun dua minggu lalu sudah pulang ke kampung halaman, kali ini menapak kembali atas beberapa urusan yang harus dibereskan.

Mencari ilham. Mencari kekuatan. Ya Allah, kurniakan hamba-Mu kekuatan.

Melihat wajah Abah, Mak dan adik-adik membuatkan aku gembira dan tenang. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan sebuah keluarga pendamai jiwa, pententeram hati. Acapkali terfikir bagaimana jika aku sudah berkeluarga sendiri nanti? Pastinya usrah sakinah, mahabbah wa rahmah yang diidamkan, insya-Allah.

Terlalu panjang angan. Realiti di hadapan masih jauh harus ditempuh. Tangga Master tidak sampai sepertiga didaki. Cita-cita dan impian harus dibumikan! Usah berangan jika tidak ada tanggungjawaban!

Alhamdulillah, aku sebetulnya bahagia sekali dengan selamatnya tiba sahabat baik, Sabrina di bumi Australia pagi tadi. Menyambung pengajian juga membawa amanah umat di sana. Aku yakin Sabrina akan berjaya, insya-Allah. Beliau yang ku kenali seawal zaman sekolah merupakan sahabatku yang baik dan cemerlang di dalam pelajaran. Semoga najah menjadi milik beliau, amin..

Esok malam bakal meninggalkan kampung halaman. Masih panjang perjalanan perjuangan ini. Sangat bahagia menjadi sang MUSAFIR, mengingatkanku bahawa hidup ini bagai R&R. Hanya sebuah hentian sementara, disinggah seketika. Inginku mengisi lembaran kehidupan ini buat mencari hikmah dan 'ibrah tinggalan sang pejuang di setiap pelosok bumi Tuhan. Kala ini sangat teruja dan terbakar dengan semangat 'backpacker' Adinda Hamasyie! Tunggu saya, akan menuruti jejakmu juga!

Syukran Allah..setiap saat yang Engkau hadiahkan amat bermakna di dalam hidupku. Terimalah kepulanganku ke kampung halaman dan daerah abadi dalam Engkau meredhaiku. Amin Ya Rabb!

Monday, February 21, 2011

PRK UM 10/11 Dalam Sejarah


Bismillahi walhamdulillah,

“Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih”
Agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Daripada kaca mata seorang Postgrad student aku menulis;

Subhanallah..Alhamdulillah..LailahaILLALLAH..Allahu Akbar!
Tarbiyah Allah itu sangat indah dan Allah berhak menguji sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Begitulah yang diajarkan kepada kita. Tidak terkecuali walau seorang pun daripada kita untuk tidak diuji.

Fatrah PRK kini. Masih terbayang saat-saat berPRK di IIUM suatu ketika dahulu. Meriahnya masih dirasai; menggantung flyers, mengedarkan manifesto calon, berkempen dari bilik ke bilik. Tiada lain yang diniatkan melainkan ingin mengajak seluruh warga kampus memahami erti tanggungjawab memilih seorang pemimpin yang selayaknya seperti yang digariskan oleh Islam.

Fatrah PRK menguji segala-galanya. Keyakinan dan kebergantungan total seorang hamba kepada Rabbnya. Ukhuwwah Islamiyyah yang disemai dan dibajai sekian lama merasai angin goyahnya. Semangat perjuangan yang ditiup, disemarak dan dinyalakan api kadang kala hampir terpadam juga. Namun ujian-ujian ini dihadapi semampunya oleh jiwa-jiwa yang sentiasa mengharapkan janji Rabbnya, jiwa-jiwa yang telah lama berjanji setia untuk menegakkan kalimah Tauhid walau di mana sahaja mereka berada.

Dan hari ini, jiwa kecil ini masih diizinkan bernafas dan menyaksikan sekali lagi PRK bagi sesi 2010/2011 yang berpencak di UM, bukan lagi di IIUM. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tidak ada sumbangan yang dapat dicurahkan namun doa tidak henti-henti dipanjatkan agar kemenangan Pro-Mahasiswa dinobatkan di bumi UM. Sungguh rasa sangat cemburu, ingin turut sama menyertai tentera-tentera Pro-M berpencak.

Takdir Allah telah menentukan setiap sesuatu yang berlaku di muka bumi ini telah pun tercatat di Lauh Mahfuznya. Mesej yang masuk pagi tadi amat menggemparkan! Tidak terkecuali di dada Malaysiakini juga dihebahkan. “UM Pro-Mahasiswa feared kidnapped”. Masya-Allah, dahsyat sekali kejadian luar biasa PRK kali ini! Rasanya jauh lebih dahsyat daripada PRU!

Pro-M tidak berdiam diri. Petangnya mereka berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor untuk menyatakan tuntutan-tuntutan berhubung kes calon hilang ini. Astaghfirullahal’azhim! Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan Allah bukakan hijab buat bertemu kembali dengan Adik Masturah. Sungguh kotor dan busuk sekali permainan musuh. Motif mereka biarlah Allah sahaja yang tahu.

Sesungguhnya hikmah yang besar telah disediakan Allah di sebalik peristiwa hitam ini. Jika remaja Tunisia yang membakar diri telah menyemarakkan kemarahan seluruh rakyat Tunisia, kini kehilangan calon Pro-M telah membangkitkan semangat juang dan suara mahasiswa dengan lebih padu! Student Power!

Ba’da solat Isya’ semalam, Solat Hajat berjemaah menyusul dengan disertai kedua ibu bapa Adik Masturah. Subhanallah, hebatnya Allah! Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian itu jika hamba-Nya tidak mampu untuk memikulnya. Mendengar dan menjiwai bait-bait ucapan Ummi (ibu Adik Masturah) semalam amat-amat menggetarkan jiwa dan mengalirkan ruh jihad untuk terus istiqomah di atas jalan perjuangan yang suci ini.

Doa seorang ibu sentiasa dimaqbulkan Allah. Bagi seorang anak, apa lagi yang diharapkan melainkan keredhaan walidain kepada mereka? Terbukti Adik Masturah adalah seorang anak yang solehah, sentiasa membanggakan kedua orang tuanya dengan kesungguhan dan iltizam beliau dalam perjuangan. Subhanallah, Tabarokallah! Tidak putus-putus hati ini memuji kebesaran Allah, di hadapan kami berdirinya seorang ibu yang telah mentarbiyah anaknya dengan tarbiyah yang hebat, diasuh agar tidak gentar berhadapan dengan musuh dan harus berani berjuang kerana Deenul Islam. Mereka telah dipilih Allah untuk diuji dengan ujian yang menyentap hati dan perasaan, bayangkan hati ibu bapa yang menerima berita kehilangan anak mereka..tidak pedihkah? Tidak peritkah? Tidak sedihkah?

Ummi tenang sekali. Tidak ada getar dalam nada suaranya tika menyampaikan taujihad beliau kepada kami. Sungguh tabah dan redha hati ibu ini. Malah beliau meniupkan semangat jihad kami, subhanallah! Membawakan kami sorotan sirah Nabi dikasihi ketika berdakwah di Taif. Habis berdarah dari kepala hingga kaki Baginda dek dibaling batu-batu oleh penduduk Taif. Tetapi Baginda tidak berputus asa, sedikit pun tidak! Masya-Allah! Lalu Ummi menyambung, anak adalah pinjaman Allah. Tiada siapa yang tahu jika Allah mahu mengambilnya dan tiada siapa juga tahu jika Allah akan mengembalikannya. Subhanallah, sungguh optimis sekali Ummi. Dan Ummi berpesan, sentiasalah berBAIK SANGKA dengan Allah dan menerima ujian Allah ini dengan hati yang penuh redha. Menitis air mata kami, menitis air mata jiwa-jiwa yang lemah ini mendengar amanat, taujihad dan motivasi seorang ibu yang anaknya sedang disembunyikan entah di mana..

Usai ucapan demi ucapan daripada calon-calon Pro-M, kami bergegas ke kolej-kolej kerana tidak sampai satu jam sahaja lagi waktu berkempen akan tamat. Mahu menyedarkan mahasiswa/wi yang mungkin tidak tahu apa yang berlaku tika ini, PRK UM yang telah dicabul lagi, malah lebih dahsyat dan mencipta sejarah! Tidak mahu melepaskan peluang, aku bersama sahabat baik terus menyertai konvoi kereta calon dan pasukan bermotor yang terbaik! Terima kasih adik-adik Pro-M! Rasa sangat teruja, hari ini dalam sejarah dapat menyertai pasukan konvoi calon-calon Pro-M UM, Alhamdulillah =)

Walaupun hanya beberapa jam diizinkan Allah menyertai peristiwa-peristiwa penting fatrah PRK UM ini, namun ia amat-amat bermakna bagiku. Laungan Takbir yang dirindui, doa wehdah dan laungan Student Power yang sudah lama tidak dilaungkan, pada hari ini ianya dapat didengari dan dihayati lagi. Alhamdulillah, syukran Allah. Aku menginsafi atas setiap catatan dan lakaran lukisan yang telah Engkau takdirkan buat kami kerana kami yakin akan setiap janji-Mu dan kami yakin bahawa apa yang dilaksanakan adalah semata-mata untuk mencari redha dan meraih cinta-Mu. Syukur yang tidak terhingga kami kerana akhirnya Adik Masturah dipulangkan kepada kami dalam keadaan selamat. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang sentiasa SABAR dengan ujian Tuhan mereka. Janji Allah tidak sekali-kali dusta, syurgalah buat mereka yang sabar.

Akhiran, SELAMAT MEMBUANG UNDI pada esok hari. Doakan kemenangan Islam bertapak di bumi UM dan di seluruh bumi Allah. Takbir!

Friday, February 11, 2011

Rakaman Februari

Bismillahi walhamdulillah

Agak lama tidak meninggalkan jejak di sini. Banyak sekali rakaman dan lakaran peristiwa yang menggembirakan, mendukacitakan juga menggugah Februari 2011 ini.

Baitul Muslim

Alhamdulillah, dua orang sahabat baik telah beralih fasa kehidupan mereka. Menyahut seruan Nabi, melengkapkan diri dengan sebahagian daripada agama iaitu PERNIKAHAN. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair didoakan buat pasangan pengantin baru;

Wan Asfarina & Muhammad Asyraf
Nawwarul Huda & Abdul Hayyi

Rusuhan di Mesir

Down Hosni Mubarak! Sejak 25 Januari lalu, pakatan rakyat Mesir merusuh demi untuk menjatuhkan rejim Mubarak, hegemoni Mesir selama 30 tahun. Perintah berkurung atau 'curfew' telah diarahkan kepada seluruh rakyat Mesir. Di mana-mana sahaja rakyat menuntut sebuah keadilan, bukannya kezaliman! Usai di Tunisia, sedang di Mesir dan bakal berlaku pula di Britain. Saya ingin menambah, tidak mustahil gelombang intifadhah ini akan menghempas Malaysia pula! Apa-apa pun, marilah kita berdoa agar rakyat Mesir mendapatkan kembali hak-hak mereka. Takbir!

Gugahan Master-ian

Taring Master makin kelihatan dan sedang menampakkan keganasannya. Berhari-hari berhibernasi, beruzlah bersama-sama assignment yang luar biasa tempoh menyiapkannya. Mahu juga menumpahkan air mata dek bisikan 'putus asa' tidak henti-henti menerpa. Mujur ada Allah, tempat mengadu dan meminta segala. Semoga semangat dan langkahan ini tidak akan berhenti lagi, insya-Allah. Terpandang artikel yang dipamer di dinding; Ibrahim Syahid, anak muda seusia 17 yang merangkul 23A dalam peperiksaan O Level beliau. Ah, malu! Ingin seperti beliau..

Gamitan Juliana

Alhamdulillah wa syukruLILLAH, adinda yang belajar di Ardhul Kinanah telah selamat tiba di Juliana kelmarin. Berkat doa seluruh muslimin dan muslimat yang mendoakan keselamatan kepulangan mereka, akhirnya dimakbulkan Allah. Siapa kita untuk menjadi hamba-Nya yang tidak bersyukur? Juliana menggamitku. Hampir terlupa sejak bergelar warga UM, aku masih belum pulang ke kampung halaman. Insya-Allah bakal bertemu dengan insan-insan tersayang tidak lama lagi. Pulanglah menjenguk kedua orang tua kita selagi mereka masih ada.

Hari Lahir Abah

10 Februari! Sanah helwah buat Ayahanda yang dikasihi. Kak Yong mendoakan yang terbaik untuk Abah; diberkati dan dipanjangkan umur dalam iman, bertambah iman, taqwa dan amal, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, insya-Allah.

Catatan dinihari;
Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini~


Sunday, February 6, 2011

Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Kebangkitan Rakyat Mesir Yang Diberkati


Fri, February 4, 2011 12:26:49 AM

إن الإخوان المسلمين “وهم جزء أصيل من الشعب المصري الكريم” يتقدمون بخالص التحية والتقدير لشباب مصر وشعبها الحر في طول البلاد وعرضها على انتفاضهتم السلمية المباركة، وعلى الدور الوطني والأداء المشرف في حماية المؤسسات والممتلكات العامة والخاصة

Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin (yang merupakan satu bahagian yang tidak terpisahkan dari rakyat Mesir yang mulia ini) mengucapkan salam tulus dan penghargaan kepada para pemuda dan rakyat Mesir yang merdeka di seluruh pelusuk negara kerana kebangkitan secara aman mereka yang diberkati, juga atas semangat patriotik dan tindakan luhur dalam melindungi institusi dan harta benda awam dan juga swasta.

ويؤكد الإخوان المسلمون الدعوةَ إلى الاستمرار في ذلك، ويتقدمون مع جموع الشعب بالتحية إلى جيش مصر صاحب التاريخ الوطني المُشرِّف الذي يمتلك بالتأكيد رؤيةً إستراتيجيةً للحفاظ على أمن مصر وحماية مكتسبات الشعب وتحقيق مطالبه العادلة

Ikhwanul Muslimin menegaskan seruannya agar segala tindakan ini tetap terus diteruskan. Bersama-sama rakyat massa, Ikhwanul Muslimin ingin juga menyampaikan salam hormat kepada tentera Mesir, pengukir mulia sejarah negara. Pastinya mereka (pihak tentera) mempunyai visi strategik dalam menjaga keselamatan Mesir, melindungi kepentingan rakyat dan merealisasikan segala tuntutan saksama mereka.

ويؤكد الإخوان المسلمون أن ما حدث هو ثورة تلقائية سلمية وطنية ترفض الظلم وتطالب بالحرية والإصلاح الشامل، وأن الذين يقومون بتخريب المحال والاعتداء على الممتلكات العامة والخاصة هم شركاء الجهاز الأمني من البلطجية الذين سبق أن استعان بهم الأمن في قمع الشعب وتزوير إردته في الانتخابات

Ikhwanul Muslimin juga menegaskan bahawa, apa yang berlaku kini adalah merupakan sebuah revolusi (arus perubahan) yang tercetus secara automatik (tanpa dirancang) dan aman, hasil dorongan semangat kebangsaan yang menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh. Sementara mereka yang bertindak merosakkan kedai-kedai, menceroboh harta benda awam dan swasta, mereka sebenarnya adalah rakan persekongkolan pihak keamanan yang terdiri daripada kumpulan samseng yang sebelum ini pernah digunakan oleh pihak keamanan untuk menindas dan memalsukan kemahuan rakyat semasa pilihanraya.

ويؤكد الإخوان المسلمون أن الشاب الوطني الحر هم الذين تصدوا بأجسادهم لحماية المؤسسات والممتلكات من هذا العدوان الهمجي في ظلِّ غيابٍ كاملٍ لأجهزة الأمن، التي تفرَّغت للبطش بهم، بل وقتلهم، ونسيت مهمتها الأساسية

Seterusnya, Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa, para pemuda yang cintakan negara lagi merdeka, mereka inilah yang telah berjuang dengan tubuh jasad mereka bagi melindungi institusi dan harta benda ini daripada pencerobohan tak bertamaddun yang berlaku dalam suasana ketiadaan langsung pihak keselamatan. Bahkan sebaliknya pihak keselamatan pula yang menghabiskan seluruh masa dan usaha mereka untuk membantai bahkan membunuh para pemuda ini dengan melupakan tugas asasi mereka yang sebenar.

ويناشدون شباب الأمةَ الاستمرار في حماية مؤسسات الدولة والممتلكات العامة والخاصة مهما كانت التضحيات

Ikhwanul Muslimin menyeru para pemuda umat untuk tetap terus melindungi institusi negara, harta benda awam dan swasta, walau apa jua pengorbanan yang harus dibayar.

والإخوان المسلمون إذْ يتقدمون بخالص العزاء لأسر الشهداء، ويدعون الله أن يتقبَّلهم في الشهداء، ويمنُّ بالشفاء العاجل على المصابين؛ فإنهم يعلنون أنهم مع هذا الشعب الكريم حتى تتحقق مطالب الشعب الأساسية التي اتفقت عليها جموع الشعب وسائر القوى الوطنية والشعبية، وعلى رأسها

Ikhwanul Muslimin turut memajukan belasungkawa yang tulus kepada keluarga para syuhada’, berdoa kepada Allah agar menerima mereka sebagai syuhada’. Ikhwanul Muslimin juga mendoakan agar Allah mengurniakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin mengumumkan bahawa kami akan tetap bersama dengan rakyat yang mulia ini sehinggalah tuntutan asasi rakyat yang disepakati oleh pelbagai lapisan massa dan kekuatan nasional tercapai, terutamanya ialah:

1- إلغاء حالة الطوارئ فورًا ودون إبطاء

2- حل مجلسي الشعب والشورى المزورَينِ، والدعوة إلى انتخابات جديدة تحت إشراف قضائي كامل

3- الإفراج الفوري عن جميع المعتقلين والمسجونين السياسيين

4- الإعلان عن تشكيل حكومة وطنية انتقالية من غير الحزب الوطني تتولى إجراء الانتخابات النزيهة ونقل السلطة بشكلٍ سلمي

5- تشكيل لجنة وطنية للتحقيق وتقصي الحقائق في وقائع استخدام العنف والقتل غير المبرر ضد المتظاهرين، والذي تسبب في عشرات القتلى ومئات الجرحى وآلاف المعتقلين

1) Membatalkan keadaan darurat dengan segera tanpa penangguhan.

2) Membubarkan Majlis Rakyat dan Majlis Syura yang dipalsukan, dan menyeru agar pilihanraya baru dijalankan di bawah pengawasan penuh Badan Kehakiman.

3) Membebaskan segera semua tahanan dan banduan politik.

4) Mengumumkan pembentukan kerajaan peralihan nasional (yang dibentuk bukan daripada kalangan Parti Kebangsaan) untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan perpindahan kuasa secara aman.

5) Membentuk jawatankuasa nasional untuk menyiasat dan menyelidik fakta sebenar berkenaan kejadian penggunaan kekerasan dan pembunuhan tanpa alasan kukuh terhadap para demonstrator, yang menyebabkan puluhan orang terkorban, ratusan tercedera dan ribuan ditahan.

ونحن مصرون على الاستمرار في هذه الانتفاضة السلمية حتى تتحقق مطالب الشعب العادلة كاملةً غير منقوصة قبل أن يحصل ما لا نتمناه لوطننا الحبيب، وقد آن لليل أن ينجلي، وللقيد أن ينكسر.. والله نسأل أن يحفظ مصرنا وشعبها من كل مكروهٍ وسوء

Kami bertekad untuk meneruskan kebangkitan aman ini sehinggalah segala tuntutan rakyat yang saksama tercapai penuh tanpa terkurang, iaitu sebelum sesuatu yang kita tidak ingini berlaku kepada tanah air kita yang tercinta.

Dan telah tiba masanya untuk malam berlalu dan belenggu dipecahkan. Kami memohon kepada Allah agar memelihara negara Mesir kita, dan rakyatnya daripada segala perkara tak diingini dan keburukan.

التوقيع

أ د. محمد بديع

المرشد العام للإخوان المسلمين

القاهرة: 25 من صفر 1432هـ= الموافق 29 من يناير 20011م

=========== Prof. Mohammed Badi’ Mursyid Am Ikhwanul Muslimin Kaherah: 25 Safar 1432H = 29 Januari 2011M



__,_._,___

Wednesday, February 2, 2011

Down Hosni Mubarak!

Salam'alaik,

Pembaca budiman, ayuh kita ke 'Himpunan Solidariti Ummah', menyokong perjuangan rakyat Mesir yang mahu menumbangkan pemimpin yang zalim, Hosni Mubarak!

Hari: Jumaat
Tarikh: 4 Feb 2011
Masa: 2 ptg (selepas solat Jumaat)
Tempat: Di hadapan Kedutaan Amerika

Bersama kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap rakyat Mesir yang bencikan kezaliman.
Takbir!