Friday, April 29, 2011

Lapuknya Isu Semasa Saya

Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah usai menduduki kertas ketiga peperiksaan akhir bagi semester pertama pengajian Master saya. Masih punya satu lagi kertas pada 5 Mei nanti, semoga persembahan yang mantap dapat diberikan buat 'Issues in Economics Analysis', insya-Allah.

Sungguh malu saya kepada Allah, Tuhan Pemilik Segala kerana sehingga ke hari ini, Dia sentiasa mengurniakan kemudahan ke atas setiap kerja buat saya. Moga-moga saya dan anda sentiasa menjadi hamba-Nya yang paling bersyukur.

Sedar tidak sedar, saya akan menamatkan semester pertama saya tidak lama lagi. Alhamdulillah sungguh tidak diduga akan perjalanan kehidupan yang diaturkan Allah kepada saya. Lalu nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?

Sebetulnya dalam hati saya yang paling dalam, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sangat sedih dan kesal akan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Saya akui betapa lapuknya isu semasa saya sekarang, terkadang update dan terkadang tidak. Namun kelapukan isu semasa saya tidak menjadikan saya seperti katak di bawah tempurung. Tidak sedihkah anda?

Mahu rasanya menempelak mereka-mereka yang tidak faham perkara asas di dalam Islam. Tetapi Islam mengajar supaya tidak marah melulu. Sehingga saya sudah tidak punya kosa kata yang sesuai untuk menggambarkan kebobrokan isu yang melanda Malaysia hari ini. Itulah isu FITNAH!

Nabi Muhammad s.a.w., Nabi yang amat kita kasihi mengajarkan kepada kita doa untuk menjauhkan diri daripada fitnah. Kerana apa? Masya-Allah kerana dahsyatnya fitnah itu, dosa fitnah adalah lebih besar daripada dosa membunuh! Tidak dahsyatkah begitu? Saya sungguh tidak mengerti akan manusia hari ini kerana mereka sudah tidak tahu menilai yang mana dosa dan yang mana pahala.

Doa dipanjatkan, Ya Allah Engkau limpahkanlah taufiq dan hidayah-Mu kepada seluruh rakyat Malaysia. Sesungguhnya kami amat takut akan azab-Mu yang maha dahsyat sebagaimana yang telah Engkau timpakan kepada negara-negara jiran kami. Sungguh tidak tertahan kami untuk menanggung azab-Mu oleh sebab kebiadapan dan kesombongan manusia dalam kalangan kami. Kami memohon Ya Allah, kurniakanlah hidayah-Mu, janganlah Engkau membiarkan kami dan janganlah Engkau murka kepada kami. Amin ya Rabbal'alamin.

Thursday, April 21, 2011

Ya Allah, Damaikanlah..

Bismillahi walhamdulillah

Sewaktu entri ini ditulis, hati dan fikiran baru sahaja recover daripada perasaan tensi dan tekanan pre-final-exam. Alhamdulillah, syukran Allah yang meneutralkan kembali hati dan jiwa ini. Sebaik-baik penawar tentunya zikrullah dan banyakkan mengingati Allah.

Lewat beberapa hari ini, aku amat senang dan gembira mendengar khabaran walimatul'urus daripada sahabat-sahabatku samada yang sebaya mahu pun lebih muda daripadaku. Alhamdulillah semoga urusan Baitul Muslim kalian dipermudahkan dan diredhai Allah selama-lamanya. Buat para bakal isteri, jadilah kalian wanita solehah, sebaik-baik perhiasan dunia. Gampang sahaja menyebut, aku ingin menjadi wanita yang solehah, tetapi praktikalitinya, masya-Allah hanya Allah yang tahu. Semoga kalian diberikan kekuatan untuk menjadi sebaik-baik isteri yang diredhai para suami.


“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)

“Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)” (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah)

“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah. Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya” (HR. Bukhori-Muslim)

“Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau senangi agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia (dengan putrimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)-nya niscaya terjadi malapetaka di bumi dan kerusakan yang luas” (H.R. At-Turmidzi)

“Barang siapa yang diberi istri yang sholihah oleh Allah, berarti telah ditolong oleh-Nya pada separuh agamanya. Oleh karena itu, hendaknya ia bertaqwa pada separuh yang lain” (Al Hadits)

Subhanallah, tabarokallah! Begitu banyak sekali dalil-dalil yang menyatakan kelebihan dan kenikmatan sebuah pernikahan. Ya Allah, damaikanlah hati kami, permudahkanlah urusan kami dalam menyempurnakan separuh agama kami. Amin Ya Rabbal'alamin..

Tuesday, April 12, 2011

What's Your Problem?

Bismillahi walhamdulillah

Sesungguhnya sebagai hamba Allah, tentunya kita tidak pantas untuk melawan takdir, bukan? Qadha' dan Qadar adalah ketentuan Allah, namun di sana sebagai manusia, USAHA adalah amat dituntut dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Pagi ini, tergerak hati untuk menonton MHI, sambil rakan-rakan serumah bersiap-siap ke tempat kerja. Almaklum, diriku masih menikmati dan memakai gelar 'sang pelajar', masaku amat fleksibel, Alhamdulillah.

Antara slot menarik yang membulatkan mataku dan menajamkan telinga untuk mendengar adalah slot Motivasi Pagi. Tetamu istimewa hari ini adalah seorang pelajar dan penulis berbangsa India yang amat luar biasa optimisnya! Subhanallah, walaupun adik ini tidak normal seperti para remaja yang lain, namun tiada langsung raut sedih atau putus asa yang tampak di wajahnya. Itulah adik K.Aveena Devi yang mengalami masalah tulang belakang sehingga tidak membolehkan beliau berjalan, hanya berada di atas kerusi roda sahaja.


"What's Your Problem?" adalah buku tulisan beliau yang sarat dengan kata-kata perangsang semangat dan disulami dengan quote-quote yang amat bermotivasi. Menurut adik Aveena, the true disability is a bad attitude! Benar bukan? Bukannya cacat fizikal itu yang dikatakan 'disability' tetapi manusia normal yang punya 'bad attitude' itulah yang dikategorikan sebagai tidak berupaya!

So, what's your problem to not excel? What's your problem to not perform well in your study? Oh, terpukul sekali! Menuntut ilmu di bumi UM juga membuka mataku seluas-luasnya dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan buat diriku. Begitu ramai sekali pelajar istimewa yang begitu besar jiwa mereka, tekun dan tiada erti putus asa dalam kamus hidup mereka. Rasa malu kepada mereka, walau buta mata tetapi hati mereka, masya-Allah dilimpahi nur!


Jadi, masih punya alasan untuk tidak berjaya? Katakan TIDAK!! Sebagai hamba Allah yang beriman, kita punya banyak sekali kelebihan dan keistimewaan. Kita ada Allah, tempat untuk kita meminta apa sahaja. Mintalah kepada Dia tetapi harus diingat jangan hanya berdoa dan bertawakkal, tetapi usahanya sifar! Islam adalah agama yang amat indah, mengajar penganutnya untuk sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha dan kemudian berTAWAKALlah. Seperti mentera azimat N5M; "man jadda wa jada!" Pepatah Arab ini tegas maknanya, membawa erti "sesiapa yang berusaha, dia berjaya!"

Dan saya tinggalkan kepada anda, "What's Your Problem?"

Thursday, April 7, 2011

Langkah Da'ie

Bismillahi walhamdulillah




Maksudnya: "Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu." Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." [9:42]
Inilah ayat azimat yang sering diucapkan dan di'highlight'kan di dalam usrahku di UIA dahulu. Maha Benar firman Allah. Jika kita menelusuri ayat ini, akan kita temukan bahawasanya 'jalan ini' (baca: perjuangan dan dakwah menegakkan kalimatULLAH) adalah jalan yang sangat jauh, payah dan banyak sekali cabarannya. Period zaman Nabi-nabi kita telah merakamkan kebenaran ayat Allah ini.

Berapa ramai yang benar-benar berjuang, turun ke medan juang berbanding ramainya yang hanya tahu bercakap dan berazam sahaja? Masih ingatkah anda dengan kisah Perang Tabuk? Masya-Allah, anda pasti akan menangis jika anda menghayatinya. Siapakah 3 orang sahabat yang dipulaukan oleh Rasulullah dan semua umat Islam ketika itu? Dek alpa, mahu bersenang-senang sehingga melewat-lewatkan persiapan untuk berperang, maka mereka telah terlepas rombongan Rasulullah ke Tabuk.

Mereka adalah Kaab bin Malik, Murarah bin ar-Rabi' dan Hilal bin Umayyah. Mereka adalah sahabat-sahabat Nabi, bukanlah orang munafik. Bahkan Kaab bin Malik tidak pernah terlepas daripada mengikuti setiap peperangan dengan baginda Rasulullah s.a.w. Buku "Al-Mutasaqith fit Thariqil Da'wah" karangan Fathi Yakan mengkisahkan kembali keciciran Kaab bin Malik beserta 2 orang lagi sahabat daripada Perang Tabuk.

Saya tidak mahu melanjutkan kisah Perang Tabuk kerana banyak sekali buku dan blog yang anda boleh rujuk untuk mengetahui 'ibrah di sebalik peristiwa ini. Saya sebagai insan lemah, biasa-biasa ini mahu mengajak diri sendiri dan para pembaca budiman untuk bermuhasabah seketika. Biarlah masa bermuhasabah anda seketika cuma tetapi saatnya dinilai di sisi Allah sebagai usaha kecil kita memikirkan tentang perjuangan Islam dan ummah ini.

Dunia Akhir Zaman

Sedarkah kita bahawa dunia kita sudah tua? Sudah terlalu tua sahabat-sahabatku. Apabila Baginda Rasulullah ditanya oleh para sahabat, berapakah usia dunia ini? Baginda menunjukkan 2 jari baginda, iaitu jari telunjuk dan jari tengah. Usia dunia adalah di antara kedua-dua jari ini.

Masya-Allah! Apa yang tergambar dalam fikiran kita? Walhal kita sekarang sudah lebih 1430 tahun di belakang zaman Nabi! Sudah tentu dunia sekarang sudah sangat tidak berdaya, ibarat orang tua yang sangat bongkok, uzur dan sedang menunggu masa dijemput Tuhan. Masih tidak sedarkah kita?

Bukanlah saya bertujuan mahu menakut-nakutkan anda tetapi tidakkah kita tahu bahawa MATI itu sangat dekat dengan kita. Saya amat tertarik dengan perkongsian hikmah adinda saya, Aisyah, mengenai mati, silalah berkunjung. Tribute buat Aisyah, qurratu'aini saya =)

Kehidupan saya di ibu kota sekarang lebih 'membuka mata' saya akan gersangnya iman manusia di akhir zaman ini. Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda pasti akan menemui golongan-golongan yang sudah tidak takut akan hukum Allah, walaupun orang itu adalah sanak saudara, rakan serumah mahupun rakan sekelas kita. Astaghfirullahal'azhim!

Lalu bagaimana tindakan anda? Setiap hari merasakan diri ini amat berdosa, tidak mampu mencegah dengan lisan apatah lagi dengan tangan! Berdoa terus-terusan semoga insan-insan ini diberikan hidayah oleh Allah, kembali ke jalan Allah.

Langkah Da'ie

Fathi Yakan di dalam bukunya "Konsep Penguasaan Dakwah" menyatakan bahawa seseorang da'ie itu perlu memiliki penguasaan External dan Internal Dakwah.

Penguasaan Ekstern Da'wah:
  1. Ketinggian ilmu dalam agama
  2. Teladan utama
  3. Sabar
  4. Penyantun dan lemah lembut
  5. Memberi kemudahan
  6. Tawadhu' dan rendah hati
  7. Ramah dan halus budi bahasa
  8. Dermawan dan suka berkorban
  9. Suka membantu orang lain
Penguasaan Intern Da'wah:
  1. Pembinaan 'aqidah
  2. Pembinaan pergerakan/organisasi/jamaah
Sahabat-sahabat yang dirahmati, qawa'id fiqhiah ada mengatakan "tidak sempurna sesuatu perkara itu melainkan dengan kita melaksanakan perkara yang menyebabkan kesempurnaan ke atas perkara yang terdahulu"

Sebagai contoh, tidak sah solat kita jika kita tidak berwudhu' bukan? Maka untuk menyempurnakan solat, kita wajib berwudhu'. Hukum wudhu' yang pada asalnya sunat menjadi wajib dengan sebab hendak mengerjakan solat.

Maka apakah hukum dakwah? Dakwah adalah fardhu 'ain ke atas setiap individu dan fardhu kifayah ke atas sesebuah organisasi/pergerakan yang mengusahakan dakwah dalam bentuk kolektif.

Saya mahu mengutarakan satu persoalan kepada sahabat-sahabat sekalian. Kalian lebih kuat berdakwah secara individu mahu pun kolektif (baca: berkumpulan/berjamaah)? Saya meninggalkan persoalan ini untuk difikir-fikirkan dan dimuhasabahkan oleh kita semua. Sahabat-sahabatku, ketahuilah bahawa jika kalian menggabungkan diri sebagai para pejuang agama Allah, tiada apa yang kalian sesalkan/rugikan. Walau jalan ini susah, payah, dibenci dan tidak ramai yang suka kepadanya, tetapi ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya mencintai orang-orang yang berada di atas jalan ini. Semoga Allah terus istiqomahkan saya dan kalian atas jalan yang tidak disukai oleh kebanyakan orang dan biarlah kita menjadi sang ghuraba' itu.

Siiru'ala barkatILLAH,
'Ish 'Azizan Aw Mut Syahidan~

Friday, April 1, 2011

Perkongsian; Hala Tuju Selepas Graduasi

Bismillahi walhamdulillah

Salam Saiyyidil Ayyam, penghulu segala hari. Semoga Jumm’ah kita adalah barakah dan sepanjang masa dipenuhi dengan hasanah sahaja, insya-Allah.

“Exam is around the corner”, “sudah memasuki fatrah imtihan”, dan pelbagai frasa lagi yang boleh dicipta menunjukkan situasi di semua IPTA di Malaysia ini sedang ‘berperang’. Dalam pengetahuan saya, ketika post ini ditulis, adik-adik UIAM saya sedang berjuang dengan peperiksaan akhir mereka. Bittaufiq wan najah! Bagi warga UM pula, kami sedang menghitung hari untuk melangkah ke medan perang. Sama-sama mendoakan kami juga ya..

Saya kira hampir setahun saya meninggalkan dunia suka duka saya, dunia UIAM yang saya cintai. 16 April 2010 adalah hari terakhir saya di bumi bertuah itu. Selepas itu kehidupan saya sentiasa di dalam dilema. Mengapa? Mahu memilih antara dua; menyambung pengajian (Sarjana) atau memasuki dunia pekerjaan. Orang sumber dimanfaatkan; tribute untuk senior dan qudwah saya, Kak Dayah dan Kak Masyfu’ah yang banyak berkongsi jalan-jalan yang bakal ditempuh selepas ‘bersara’ dari alam undergraduate student. Juga insan-insan penting dalam hidup saya, tidak lain tidak bukan adalah Abah dan Mak saya.

Sarjana

Saya selalu bertanyakan diri sendiri, untuk apa mahu menyambung sarjana? Adakah disebabkan ramai rakan dan senior yang mengambilnya, jadi saya juga turut mahu mengikut ‘trend’ ini? Berfikir lagi. Alhamdulillah akhirnya saya mengambil keputusan nekad untuk menyambung pengajian saya ke peringkat Sarjana ini atas sebab mahu meleburkan diri dalam dunia pensyarah, satu kerjaya yang tidak pernah saya impikan langsung sebelum ini. Allah mentakdirkan ini adalah jalan saya dan saya mula jatuh hati dalam dunia pensyarah ini, Alhamdulillah. Semoga Allah terus-terusan memudahkan jalan saya untuk bergelar seorang pensyarah tidak lama lagi.

Apakah requirement atau syarat yang diperlukan untuk melayakkan anda menyambung pengajian di peringkat Sarjana?

ü CGPA sekurang-kurangnya 2.75. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya semasa saya membuat sedikit survey di beberapa IPTA di Malaysia

ü Perkara utama yang diperlukan adalah Degree Certificate (DC) anda! Saya mempunyai rakan yang berniat mahu menyambung Sarjana pada kemasukan Julai tahun lepas. Memandangkan kami masih belum convo, maka kami masih tidak memiliki scroll atau DC. Maka permohonan rakan saya itu ditolak atas alasan tiada DC. Jadi jika anda mahu melanjutkan pengajian, penting sekali untuk anda terlebih dahulu memiliki scroll ye. Akan tetapi kes ini berkecuali jika anda mahu melanjutkan pengajian di universiti yang sama dengan Degree anda. DC tidak menjadi satu sebab kuat asalkan anda dapat memberikan Academic Transcript anda.

ü Syarat-syarat lain adalah seperti yang tertakluk mengikut IPTA yang anda pilih. 2 syarat di atas sengaja saya highlightkan kerana kadang-kadang ramai antara kita yang terlepas pandang.

Perkara utama yang ingin dinasihatkan buat adik-adik sekalian adalah adik-adik harus kuat semangat, beriltizam dan penuh yakin dalam membuat keputusan untuk menyambung pengajian ini. Jangan disebabkan hanya terikut-ikut dengan rakan-rakan, akan tetapi kita tiada kekuatan untuk mengambilnya. Jika adik-adik berniat untuk menceburkan diri dalam dunia pensyarah, maka tidak dapat tidak, adik-adik harus memiliki Master Certificate.

Kerjaya

Dunia kerjaya. Inilah dunia yang tidak pernah mengenal erti belas kasihan dan kasih sayang. Tetapi jangan salah sangka ya, saya menyatakan ini kerana jika kita tidak bersedia untuk memasuki dunia ini, maka inilah antara cabaran-cabaran yang akan kita hadapi. Ramai rakan saya yang tidak sabar mahu bekerja, mahu memegang duit sendiri dan mahu membeli apa sahaja dengan duit sendiri. Seronok bukan?

Jika adik-adik membuat keputusan mahu bekerja, silakan. Sedikit nasihat, pilihlah kerjaya yang halal terutamanya dan kerjaya itu tidak mengganggu waktu solat kita terutamanya. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, sudah tentu kita katakan tidak boleh terlalu memilih sebab susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ramai sekali saingan di luar sana, jadi bijaklah dalam meletakkan diri adik-adik di tempat yang kita mampu melaksanakan amanah dengan sebaiknya dan elakkan daripada suka merungut. Tips yang paling mudah, ikut sahaja rentak majikan adik-adik selagi mana ianya tidak melanggar syara’. Jangan terlalu mempersoalkan itu ini kerana kita ini masih mentah dan banyak lagi perkara yang perlu kita belajar. Jadilah seperti padi, merendah diri dan tahu dari mana asal usul kita. Banyakkan bertanya kerana rakan-rakan sekerja kita tidak mempunyai masa untuk menerangkan satu-persatu tugasan dengan terperinci. Insya-Allah jika hablumminannas dapat kita jaga, Allah pasti akan memudahkan setiap urusan kita.

Maaf atas salah silap dan perkongsian yang tidak seberapa kerana saya juga masih belajar. Kita berjumpa di ANGKASA KEJAYAAN!