Saturday, May 14, 2011

Menoreh Impian

Bismillahi walhamdulillah

Menoreh impian, inilah frasa ampuh yang sedang ku genggam. Tidak lagi melakar impian tetapi aku sedang menorehnya. Melihat dunia hari ini amat menakutkan. Jenayah melata di mana-mana. Maksiat, berleluasa! Astaghfirullah!

Islam hanya pada nama. Jika hanya lihat pada kulitnya dan tidak diketahui nama, alangkah luluh hati, isi tidak Islam tetapi hanya pada kulitnya. Apa sudah jadi wahai manusia?

Hatta mereka adalah kelahiran sekolah agama tetapi sayangnya 'pakaian' sekolah agama sudah ditanggalkan. Buruk. Jelek. Hodoh dengan 'pakaian' yang dibangga-banggakan mereka. Seolah mengalahkan budaya Barat!

Takut, sungguh takut sekali! Mereka sudah tiada takut? Takut kepada yang Yang Maha Kuasa? Yang murka-Nya tiada tara? Yang azab-Nya tidak tertahankan? Na'zubillah!

Sedarlah wahai manusia! Dunia semakin tua, tiupan sangkakala pasti tiba. Jika waktu itu tiba, sudah tiada guna taubatmu. Insaflah, kembalilah kepada Tuhanmu Yang Maha Penerima Taubat, sebesar apa pun dosa kita kecuali syirik kepada-Nya.


Menoreh impian. Insya-Allah sedikit masa lagi, semoga dipermudahkan jalan ini oleh Yang Maha Mendengar. Ingin menyelamat dan membantu Ummah. Dari itu, MEMBACA-BERDISKUSI-MENULIS lah wahai khaulah azwar~

Friday, May 6, 2011

PASSIONku, Jangan Berhenti!

Bismillahi walhamdulillah

Seperti sang camar yang terbang dengan bebas dan gembira di awanan,

Seperti sang lebah yang singgah dari bunga ke bunga menghirup manisan,

Seperti sang rerama, lemah gemalai berterbangan dengan riang…

Itulah perasaanku tika ini. Rasa mahu terbang di awanan. Rasa mahu memegang awan itu.

“You are high Fizah!” begitulah kata Wanraimee, rakanku dari Thailand. High atau berkhayal katanya. Aku ketawa. Aku tak berkhayal, sungguh aku mahu terbang walaupun tanpa sayap!

Rasa gembiraku tidak terkata. Alhamdulillah, semulia-mulia ucapan ini yang wajib meniti di bibir, suka mahu duka, semua itu merupakan hadiah daripada-Nya. Subhanallah, Alhamdulillah, sebaik-baik syukur adalah dengan menzahirkannya dengan memperbanyak amalan kepada-Nya.

Begitulah hebatnya seorang mukmin. Duka, suka, tangis, tawa semuanya bersandar kepada Tuhan Pemilik Segala, iaitu Allah ‘Azzawajalla. Betapa bangga dan bersyukurnya kita bergelar title seorang Mukmin bukan? Alhamdulillah..

Menoleh ke belakang, ingin bermuhasabah perjalanan satu semesterku memakai baju sang Master-ian di celahan kota metropolitan ini. Betapa kerdilnya diri dan betapa tidak berdayanya aku untuk melangkah berseorangan tanpa Dia, tanpa suntikan motivasi ayah bonda, tanpa spirit dan semangat teman-teman sekelas, tanpa sokongan sahabat-sahabat seperjuangan juga tanpa doa daripada para pendidik, ayah bonda dan teman-teman.

Lemah. Kerdil. Tidak berdaya. Terima kasih Tuhan atas segala kekuatan dan keselamatan yang Engkau berikan. Siapalah aku tanpa-Mu. Tambahan hidup di ibu kota ini menjadikan aku hamba-Mu yang tahu erti pengharapan dan penyerahan diri yang sebenar-benarnya kepada-Mu. Alhamdulillah syukurku atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

PASSIONku, jangan berhenti lagi! Tamatnya satu semester ini bukan bermakna engkau juga harus tidur, hibernasi atau bergelap. Tidak sama sekali! Baju sang penuntut ilmu tidak boleh ditanggalkan, tetapi harus terus dipakai hingga hujung usiamu. Ingin menangis dan senyum sendiri atas segala titik-titik perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu di bumi Universiti Malaya. Sekali lagi, Alhamdulillah..

MASTERku, harus engkau tetap berdiri dan melangkah bersamaku. Kita berjuang habis-habisan, ingin aku menebus Degreeku dengan mencipta NAJAH bersamamu, insya-Allah. Terima kasih Ya Allah, Engkaulah Tuhanku selamanya, aku merindui-Mu Ya Allah, terimalah setiap amal ibadatku kepada-Mu.

Khaulah Azwar,

Mencipta NAJAH di UM, insya-Allah!


Wednesday, May 4, 2011

Apresiasi Buat Kecintaan Saya

Saya tidak tahu mengapa semakin menghampiri hari peperiksaan untuk kertas terakhir saya, semangat saya makin menurun, ibarat graf kuadratik yang mempunyai titik minimum. Allahu Allah..berkali-kali doa dipohon, Ya Allah, kembalikan semangatku, kembalikan kekuatan kepadaku untuk belajar. Rasa bagai tidak senang duduk, lalu cuba lagi mencari sisi-sisi lain sebagai stimulasi semangat saya. Lalu saya menemukan ia daripada insan-insan kecintaan saya, sahabat-sahabat saya dunia akhirat. Semoga Allah bersama kalian, mengasihi dan menyayangi kalian selamanya. Sesungguhnya aku cintai kamu semata-mata kerana Allah ^_^

Walaupun kalian jauh di mataku tetapi ruh kalian amat dekat di dalam diri ini =)

Terimalah apresiasi ini;

Mimpi Yang Indah by Mestica : aku berulang kali mendengar lagu ini, antara nasyid pembakar semangat, hadiah daripada Sabrina. Mucha gracias Sab-ku..belajaq elok-elok di negeri Down Earth ^^,

N5M-niat IKHLAS, usaha KERAS, doa KHUSYUK: baru men'status'kan ia di fbku. Tribute buat adik kecintaan, Khai^Hamasyie..awak adalah antara insan yang membangun jiwa dan membina daya kompetitif dalam diri saya, xie xie adik!

N5M-going extra miles! : ada lagi azimat N5M ni, seperti yang dicatatkan itu. Dan ayat ini dipopularkan oleh adinda saya, Hajrun =)..Hajarku, terima kasih amat! Mengenali kamu yang punya jiwa berani membuatkan saya kagum, semoga cita-citamu tercapai! Tuhan tahu tapi menunggu..

Foto Pondok Gontor: Dan inilah sumber inspiratif yang amat aku cemburui! Kasih saya, Humm telah menjejakkan kaki beliau di atas bumi ini. Oh, serta merta bayangan Pondok Madani dalam N5M melatari ruang kotak mindaku. Kata Humm, jom kita g sana! Pasti! Pondok Gontor, tunggu! Alam tarbiyahmu telah membuka minda dan hati kami bahawa kamu amat istimewa. Kami akan menghantar anak-anak kami menerima tarbiyahmu nanti, biiznILLAH =)

Dan semua sahabat, adik-adik, kakak abang, kalian semua telah menjadi insan-insan istimewa, hadir dan singgah dalam episod hidupku. Perjalanan tarbawi, betapa saya amat merinduinya. Semoga Allah mengumpulkan kita semua bersama di syurga-Nya kelak, insya-Allah, amin.
Siiru'ala barkatILLAH!