Sunday, November 27, 2011

Devotees^Berjalan Tanpa Henti

Bekerja Keras!


Bismillahi walhamdulillah

Manusia sering sahaja merungut, tidak cukup 24 jam sehari katanya..Lalu, mahu berapa jam sehari? 48 jam? 72 jam? Rasanya jika diberikan 100 jam sehari pun pasti tak cukup juga jika masa itu tidak diurus dengan baik.

Acap kali kita sering bercakap tentang masa, diperingatkan tentang masa, membaca tentang masa dan kalamullah juga menyebut tentang MASA dengan banyaknya! Masya-Allah, masih tidak malukah kita dengan Allah? Nampak sangat kita yang masih tidak bijak menguruskan masa yang berkualiti dalam hidup kita.

Diskusi bersama rakan-rakan sekelasku petang tadi, Sya juga Nadia menerbitkan rasa insaf di hati ini. Kami sama-sama berkongsi rasa, meluahkan beban yang dipikul pada semester kali ini. Rupanya bukan aku sahaja merasakan beban ini, mereka juga turut merasainya. Benarlah, beban perasaan itu jika diluahkan kepada insan senasib, rasa kurang sedikit tekanannya, Alhamdulillah..

Bukan mahu merungut apatah lagi menyesali dengan perjalanan Master kami, tetapi dengan perkongsian rasa petang tadi memuhasabahkan diri kami bahawa nilai Master itu amat tinggi, amat-teramatnya! Kami belajar untuk berkorban, kami belajar untuk keras kepada diri sendiri, kami belajar untuk meninggikan disiplin kami, kami belajar untuk melakukan banyak tugasan dalam satu masa dan kami belajar erti tingginya nilai ilmu di peringkat Sarjana kami..

Susahkah menyambung pengajian dalam peringkat Master ni? Jawapan aku susah jika kita tidak pandai mengurus masa kita dengan berkualiti dan efektif. Insan-insan hebat yang berjaya adalah mereka yang tahu menghargai masa, pandai mengurus masa dan tidak menangguhkan kerja!

Alhamdulillah, aku baru sahaja menamatkan marathon “Bila Pintu Hati Terbuka” tulisan perjalanan PhD insan hebat, Dr Ridzwan Bakar. Subhanallah, memang hebat! Kalian wajib membacanya, amat mengesankan di jiwa dan amat menginsafkan. Semoga Allah rahmati beliau dengan ilmu yang beliau miliki.

Dr. Ridzwan Bakar sebenarnya tidak perlu pun menyambung pelajaran beliau jika beliau mahu. Gaji yang diterima lebih daripada 4 angka pada setiap bulan, mampu dan amat mampu menyara hidup beliau dan keluarganya, insya-Allah. Akan tetapi kecintaan beliau kepada ilmu Allah lah yang mendorong dan memasakkan niat suci ini sehingga melayakkan beliau menerima gelaran Dr. dan sebagai graduan pertama DBA!

Sungguh aku teruja dan kagum dengan semangat kuat beliau. Terpandang keratan artikel di dinding port studi aku, “Generasi akan datang perlu percaya dengan kerja keras dan tidak berputus asa. Mereka mesti bekerja keras untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi kenyataan.” Inilah kata-kata azimat seorang remaja Pakistan, Ibrahim Shahid yang berjaya memperoleh 23A dalam O Level beliau!

Seperti ditusuk anak panah dan ditebak dengan tombak! Allahu Allah, bantulah hamba-Mu untuk ITQAN dan amanah dalam menuntut ilmu-Mu ini..


Monday, November 21, 2011

Menginjak Tanah Serambi Makkah

Bismillahi walhamdulillah

"Nekadnya Fizah!" housemate-ku menyuarakan rasa kehairanan apabila keputusan adhoc dan sedikit 'gila' mungkin aku ambil pada hari Sabtu petang yang lalu.

Aku hanya senyum. "Kite nak gamble je ni, kalau ada tiket, kite pegi lah Kelantan, kalau xde, kite balik rumah.." selamba aku menjawab.

Selepas Asar, aku memulakan langkah ke Mid Valley, mencari sedikit buah tangan buat bakal pengantin. Bismillah, ya Allah perkenankanlah segala perjalananku pada hari ini. Rupanya best juga meronggeng seorang diri ini, rasa bebas! Alhamdulillah..

Wajah-wajah ikon 'backpackers' menyinggah di tubir mata. Seakan merasakan mereka turut bersamaku dalam pengembaraan soloku ini. Benarlah apa yang kalian katakan, menjadi seorang backpacker amat mengujakan dan mengghairahkan! Diri terasa benar-benar seorang musafir, menterjemahkan nilai pemusafiran sebenar di dunia fana ini.

Menikmati ayat-ayat manzhuroh-Nya (adik burung kiwi, 2011)~ anda benar adinda! Dengan berkelana, diri terasa lebih kerdil, diri terasa lebih hina, ilmu terasa lagi cetek! Allahu Allah, mahu mengembara ke seluruh dunia ciptaan-Nya ini. 
Berjiwalah seluas langit! (Hajrun, 2011)~ adinda yang sering saya tersuntik dengan semangat kuatnya! Adinda yang bakal berangkat ke bumi Anbiya' esok hari, sungguh saya dengki! Adinda ini banyak sekali jasanya kepada saya terutama dalam hal-hal penjagaan Umar saya. Ya Allah, jagalah adik saya walau di mana sahaja dia berada. 
Ada seorang lagi ikon backpacker saya, Ukhti Amirah yang kini sudah pun bergelar isteri =), alhamdulillah..Agenda adhoc, pantas dan berani milik dia. Saya kagum dengan adinda yang seorang ini, rasanya tak pernah lagi berjumpa dengan insan se-eksotik beliau. Maaf  Wa deh, ini adalah apresiasi kakanda kepadamu =), kanda masukkan Wa dalam list qudwah kanda, boleh kan?
Menyambung kembara soloku di bumi jajahan Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat ini. Alhamdulillah selamat jua aku tiba. Terpaksa menyusahkan sahabat baik, Su dengan menjemputku di Terminal Bas Kota Bharu. Pertama kali ke rumah Su, sangat gembira dan bersyukur. Satu hal yang aku sukai apabila bertandang ke rumah sahabat-sahabat di Kelantan ini adalah struktur rumah mereka yang besar, luas dan cantik! "Kemas dan cantik rumah Su, senang kalau nak buat kenduri adhoc", aku bercanda.

Su bekerja hari ini. Jadi Su menghantarku ke terminal kembali, aku akan menaiki bas ke Pasir Puteh. Syukran Su, budi baikmu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Geng kembaraku akan disertai oleh Pacah! Adik aku yang seorang ini memang cool dan sokmo senyum =), maaf deh Pacah, akak pinjam awak seharian demi menghadiri walimah Kak Ayu, semoga Allah merahmatimu adinda!

Kasihan juga kepada Pacah, rumah beliau di Rantau Panjang, agak jauh nak ke KB, kemudian nak ke Pasir Puteh pula. Kata Pacah, "xpe kak, bukan selalu akak datang sini", oh terima kasih adik, very glad to hear it! Dalam proses menunggu Pacah, sempat lagi aku beramah mesra dengan dua orang Mak Cik di terminal bas ini. Kagumku dengan warga Kelantan, mesra, ramah, suka senyum dan sopan.

"Uniknya ore Klate dan atmosphere nya, saya semakin ngerti sekarang :)"-aku text kepada adik burung kiwi. Keunikan mereka sukar untuk aku tafsirkan, dalam satu kata dapat aku nukilkan sebagai ASLI. Ya, segalanya adalah asli; rakyatnya, bangunannya, budayanya, segalanya! Ah, jatuh cinta aku dibuatnya!

Orang yang ditunggu tiba juga akhirnya, alhamdulillah. Lalu bergegas kami mendapatkan bas tempatan bernombor 47 untuk ke Pasir Puteh. Hujan renyai-renyai mengiringi pemergian kami. Satu jam lebih juga perjalanan kami. Sambil menikmati bun sedap, aku berbual-bual dengan Pacah. Ah, manisnya rasa kenangan ini, menikmati bun, berbual-bual ceria, di dalam bus dan di dalam hujan =) {rasa macam dalam alam fantasi}

Alhamdulillah kami selamat sampai di pekan Pasir Puteh. Mengerahkan sel neuronku untuk bertindak selanjutnya. Lalu kami mendapatkan teksi, menunjukkan kad kahwin Ayu untuk bertanyakan alamat kepada Pak Cik teksi. Pak Cik teksi rupanya dijemput juga ke walimah Ayu. Alhamdulillah, lafaz kami. Gembira sekali, rasanya inilah pengalaman terindah dan pertama kali ke majlis kenduri menaiki teksi! Nikmatinya wahai diri =)

Akhirnya sampai jua kaki ini di rumah sahabat baikku, Idayu. Subhanallah, Ayu cantik sekali! Layaknya seorang pengantin dihias cantik pada hari bersejarahnya. Aktiviti lazim terus dilaksanakan; 'pukul' gambar di setiap pemandangan cantik yang dirasakan perlu berada dalam kamera handphone-ku. Berborak-borak dengan pengantin, menikmati juadah, bersolat dan akhirnya kami menunggu ketibaan si pengantin lelaki.

Hujan terus-terusan mencurah bumi Pasir Puteh ini. Pengantin lelaki tiba jua, alhamdulillah. Segak kedua-dua mempelai dalam persalinan Peach, barakallah, doa kami. Setelah puas bergambar dengan pengantin, kami mohon undur diri. Jam sudah merangkak ke angka 4 petang dan aku harus mengejar waktu dan sekali lagi gamble untuk mencari tiket ke KL pada malam ini juga!

Sekali lagi Pacah terpaksa disusahkan, huhu maaf Pacah deh, hanya Pacah saja yang akak nampak sebagai mangsa sekarang :)..Pacah yang cool dan sokmo senyum amat meraikan aku, juga familinya, alhamdulillah. Semoga Allah berkati keluarga ini. Kami ke Rantau Panjang dengan kereta Pesona ayah Pacah sambil layan IKIM.fm..macam tau-tau je DJ ni, pandai memutar lagu favourite-ku, antaranya adalah "Waiting For Your Call" dan "Hamba-Mu"..

Sebelum sampai ke rumah Pacah, ayahnya singgah di terminal Rantau Panjang. Terus sahaja ke kaunter, mencari tiket ke KL pada malam ini. Alhamdulillah ada! 8.30 mlm, Rantau Panjang-KL, syukran ya Allah! Rasa Allah amat memudahkan musafir soloku ini. Kemudian berehat seketika dan makan di rumah besar Pacah, alhamdulillah tidak berhenti syukurku kepada-Mu Ilahi..

Masa berangkat tiba jua. Baiknya ibu ayah Pacah, menghantarku hingga ke terminal bas. Rasa macam Mak dan Abah pulak, yang sokmo hantar aku sampai aku nak naik bas..Tidak terhitung kebaikan mereka buatku, hanya Allah jua yang layak mengganjarnya. Aku salam dan peluk ibu Pacah dan Pacah. Hingga ketemu lagi adindaku, syukran for everything! Very happy to have you as my accompany =)

Next destination?

Hidup ini adalah siri-siri kembara..Mengembaralah, kau akan dapati banyak sekali ibrah dan kisah yang dapat kau tinta dalam diari hidupmu kerana hakikat hidup seorang insan itu adalah seorang MUSAFIR dan pulangnya hanya ke negeri abadi..JANNAH! Amin, insya-Allah..



Thursday, November 17, 2011

Dia; Eksotik dan Cinta

Tidak tahu di mana harus aku mulai
Mahu merakamkan apresiasi kepada adikku ini
Tidak pandai menyusun madah, mengatur kata juga
Namun jauh di sudut hati, hanya Allah yang tahu rasa syukur ini, alhamdulillah..


Aku merasakan masa yang ada semakin suntuk dan singkat,
Ingin masa-masa aku yang berbaki ini dihabiskan dengan adik eksotikku ini,
Eksotik, kenapakah?
Pelikkah adik aku yang seorang ini?
Hanya yang mengenali empunya diri akan tahu ke'eksotik'an beliau..


Aku tidak pernah menyangka akan diberi izin dan kesempatan oleh-Nya lagi,
Bertemu mata, berkisah itu-ini, menganyam mimpi dan berkembara kasih dengan si adik,
Alhamdulillah semulia-mulia ucapan..


Adik yang penuh dengan cinta,
Adik yang sentiasa meraikan sahabat, teman, kawan,
Adik yang sanggup berhabis wang, idea dan tenaga untuk Islam,
Adik yang berjiwa besar, berjiwa seluas langit bak kata Hajar,
Adik yang semangatnya menyala-nyala,
Dialah adik yang selalu menjadi 'booster' terkuat aku!


Selalu sahaja kami dengki-mendengki,
Bersaing-saingan juga terutama dalam hal mimpi,
Ah, adik aku ini pandai mengajar aku erti mimpi,
Terkagum-kagum aku dengan engkau dik..


Aku mengerti impianmu,
Aku mengerti mimpi dan cita-cita besarmu,
Ingin menggenggam awan dan menakluk dunia bak kata Si Arai,
Aku yakin dan pasti Allah sentiasa bersamamu,
Menguatkan derap langkahmu,
Mengharung dunia pasca graduasi yang tiada erti belas kasihan, tiada erti perikemanusiaan!


Terkadang aku cemburu padamu,
Punya insan-insan di sekeliling yang sentiasa menyayangimu,
Tetapi di satu sudut yang lain, aku gembira untukmu,
Kerana insan-insan itulah yang akan menghiburkanmu, membuatkanmu terus senyum tanpa perlu ada aku,
Kan adik?


Mengenalimu adik amat mendamaikan, amat menggembirakan aku,
Demi Allah, engkau adalah adik teristimewa aku,
Tidak dapat aku zahirkan dengan kata-kata erti istimewa itu,
Hanya Allah yang tahu dan biarlah hanya Allah yang tahu..


Adik,
Masa terus berjalan,
Dan ia tidak akan pernah berundur ke belakang,
Keraskan dirimu,
Teguhkan cita-citamu,
Positifkan mindamu,
Aku sentiasa bersamamu,
Menyokong setiap impian dan cita-citamu,
Kerana aku sangat yakin, Allah pasti mendengar segala doa khusyuk dan tekad kentalmu,
Dan aku juga pasti Allah akan memeluk mimpi-mimpimu tidak lama lagi..


Adik,
Apresiasi ini tidak akan terbanding dengan segala yang pernah kau berikan kepadaku,
Tetapi izinkan jua aku mentintanya,
Tanda tinta kasih seorang kakak biasa-biasa kepada seorang adik yang bukan biasa-biasa,
Kerana mengenalimu dengan dekat amat-amat bermakna buatku..


Doaku kepadamu adik,
Semoga Allah sentiasa menyayangi, melindungi dan melimpahkan najah buatmu di dunia dan akhirat,
Kerana aku menyaksikan bahawa syurga Allah adalah layak buatmu, insya-Allah,
Janji Allah, tiada siapa pun yang dapat merubahnya, aku yakin itu!


Semoga kita bisa bertemu di negeri-Nya yang abadi, mempersembahkan segala amal yang telah dituai dan mahu sangat-sangat menjadi jiranmu di jannah-Nya..amin ya Rabb!


Seeru'ala barkatillah!






Kakakmu yang biasa,
Khaulah Azwar



Wednesday, November 9, 2011

My Eid Adha's Theme Song


Waiting For The Call lyrics

Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
[- From: http://www.elyrics.net/read/i/irfan-makki-lyrics/waiting-for-the-call-lyrics.html -]
I can feel Islam running through my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say

standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

these lyrics are submitted by BURKUL4