Monday, September 10, 2012

New Semester, New Intention, New Spirit!

Bismillahi walhamdulillah

Lama rasanya tak mengomel di halaman LTC ini. FB lebih senang diupdate dan mengatasi laman-laman sosial yang lain. Pejam celik- pejam celik rupanya diri ini telah dihantar kepada Sem 1 2012/2013! Subhanallah cepat sungguh masa berlalu..seperti sekejapnya menyaksikan si fulan itu berkahwin dan kini sudah menimang cahaya mata..

Hari ini adalah hari pertama bagi Semester 1 2012/2013 merangkap semester terakhirku biiznILLAH..Muhasabah semester-semester yang lalu, mahu mengambil teladan dan hikmah atas kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan, semoga semester akhir ini bisa menjadi penebusnya.

Cerita tentang adindaku, Sakinah yang telah selamat melahirkan anak sulung beliau pada 28 Ramadhan yang lalu. MUHAMMAD FATHI BIN MUKMIN nama diberi. Semoga Fathi bisa membuka kejayaan dan menjadi pembuka kepada pintu kejayaan dunia dan akhirat. Nenda pula telah selamat pulang dari menziarahi Nienah, Mukmin dan Fathi di Cairo pada minggu lepas. Alhamdulillah Allah mengizinkan segalanya dilalui dengan selamat, sihat dan lancar.

Mak Tok dan Fathi ^^,

Menyaksikan kebahagiaan dalam kehidupan adinda membuatkan aku senyum dan terus senyum. Aku tahu Nienah dan Mukmin melalui kepayahan dalam mengharung hidup sebagai pelajar dan ibu ayah di negeri orang. Namun jauh di sudut hati aku yakin keduanya telah bersedia untuk semua ini dan menggantung sepenuh tawakkal kepada Allah. Semoga Allah sentiasa mempermudah urusan adinda berdua, insyaAllah.

Tiada siapa mahu menerima ujian. Tanyalah kepada sesiapa yang anda jumpai. Tetapi ada di sana satu golongan yang berasa cemburu jika mereka tidak diuji, masya-Allah! Kerana Allah telah berfirman bahawa tidak beriman seseorang itu jika mereka tidak diuji..Lalu siapa kita untuk mengelak daripada menerima ujian-Nya? Pujuklah hati, kuatkanlah iman dan teguhkanlah taqwa..bahawa ujian yang datang adalah kerana sayangnya Allah padamu..

Semester baru, jom bersama tajdid niat kita. Menuntut ilmu biarlah kerana Allah kerana pada akhir hayat insan, antara yang akan ditanya adalah bagaimana kamu mengamalkan ilmu yang dimiliki?

Allahua'lam.