Sunday, October 14, 2012

Berdakwah, Bagaimana Mahu Istiqamah?

Bismillahi walhamdulillah

Isu DAKWAH sudah tidak asing pada pendengaran kita. Kita pun sudah tahu bahawa dakwah adalah satu kewajipan atas setiap muslim yang mukallaf. Kita pun dah maklum akan dalil berdakwah ni, antaranya di dalam Surah Ali-Imran ayat 104. Tapi...kenapa ya kita susah sangat nak berdakwah?

Rasa-rasanya dah banyak kali kita ikut usrah, daurah, wacana itu-ini, mukhayyam dan macam-macam lagi lah program-program tarbiyah ni..tapi last-last tetap fail jugak nak berdakwah. kenapa ya?

Hamasah itu sekejap saja tetapi kefahaman itu lah asasnya. Tak dinafikan, time degree dulu, hamasah ni macam tinggi sangat2, tiap-tiap hari bersemangat sangat nak buat kerja Islam. Sampai dalam kelas pun dok fikir pasal gerak kerja Islam ja (macam sibuk sangat lah orang ni kan? hmm..). But once after grad, dah jauh daripada sahabat2, mulalah hamasah tu macam menurun sedikit demi sedikit..na'uzubillah..sepatutnya tidak harus berlaku kepada kita yang sudah menerima tarbiyah sejak alam persekolahan mahu pun alam kampus lagi.

Di sini lah medan dakwah yang sebenar bermula. Acap kali kita dengar, kampus adalah training ground, semacam praktikal lah kepada medan dakwah yang sebenar. Siapa mad'u kita di kampus? Hanyalah kalangan students sahaja sedangkan apabila kita dah melangkah dunia luar kampus, latar belakang mad'u kita dah bertambah..dan termasuklah non-Muslim sebagai mad'u kita..

Setiap orang pasti ada jalan cerita tarbiyah sendiri. Kita pun ada. Ditakdirkan Allah, kita menjadi yang terpilih untuk belajar kenal Allah, kenal Islam dalam suasana yang indah dan menyeronokkan. Kadang-kadang apabila mendengar cerita sahabat-sahabat mengenai jalan tarbiyah mereka, rasa insaf sangat kerana ujian mereka untuk dekat dengan Allah dan Islam jauh lebih mencabar daripada kita. Jalan kita ni senang ja Allah bagi..dulu sekolah agama, uni pun ada bi'ah solehah, kawan-kawan pulak rata-ratanya faham dan amalkan Islam...Allah..tak de cabaran yang hebat pun..

Pagi ini diizinkan Allah untuk menghadiri usrah. Subhanallah rasa malu sangat dengan Allah, patutlah rasa jauh dari Allah..sebab kita tak buat pun kerja-kerja dakwah, tak ada niat pun nak berdakwah dan islahkan masyarakat di sekeliling kita walhal kita punya jalan dan peluang! Kakak naqibah pagi tadi berkongsi tentang perjalanan hidup beliau kenal Allah, kenal Islam, cabaran beliau dalam medan dakwah dan cabaran beliau dalam kerjaya beliau di JAKIM. Hebatnya kakak ini dalam berdakwah, masa beliau banyak dihabiskan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman walaupun beliau menetap di Sabah.

Akhiran, mahu dikongsi di sini antara point penting yang saya dapat di dalam usrah pagi tadi:

1- Yakin kepada Allah dengan sebenar-benar yakin. Kita ni di mulut sahaja sebut yakin, tetapi betul ke kita total yakin kepada Allah? Kena check balik diri kita..
2- Setiap hari tanya diri kita. "Hari ni aku dah buat kerja untuk Islam ke belum? Aku tak tahu bila ajal aku akan datang, jadi aku wajib buat kerja untuk Islam."
3- Sayang kepada masyarakat dan orang-orang di sekeliling kita, either Muslim or not..kita nak mereka juga merasai nikmat Iman dan Islam yang kita rasa. Allah sudah memberi nikmat yang besar kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam, lalu adakah kita tidak mahu berkongsi nikmat itu kepada orang lain? Tepuk dada, tanya iman..
4- Jika ada masalah, baca Al-Qur'an banyak2..

"Wahai Allah, ampunkan segala dosaku..ampunkan aku yang lemah serba-serbi..jangan Engkau palingkan aku setelah Engkau memberi nikmat kepadaku..jadikan aku dalam kalangan orang-orang yang istiqomah memperjuangkan agama-Mu"

Tuesday, October 2, 2012

Ke Mana Hamasah Itu?

Bismillahi walhamdulillah

Masa sesungguhnya amat pantas berlalu, sehingga satu saat pun tidak memberikan peluang kepada orang yang cuai menjaganya. Sem 4 sedang dilalui..dengan bebanan taklifan yang menuntut hak untuk dilunasi. Kala ini hati dan ruh amat merindui sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di sisi jika nasihat mereka diperlukan. Sahabat-sahabat yang faham dan mengerti, sahabat-sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi istimewa di hadapan Sang Khaliq. Dan sahabat-sahabat yang tidak pernah jemu meniupkan hamasah kepadaku..agar aku terus teguh berdiri walau beribu ujian dunia membadai menggugah sebatang tubuh kerdil ini.

Aku merasakan terlalu banyak alasan yang diberikan di kala Allah mahu memberiku peluang menambah saham pahala untuk perjuangan agama-Nya. Allah..sungguh hamba tidak berdaya Ya Allah..Allah Maha Tahu setinggi mana komitmen hamba dan Engkau Maha Tahu sedalam mana kapasiti hamba..ampunkan hamba-Mu Ya Allah..

Mungkin mereka mengatakan aku beralasan. Di mana janjimu yang dahulu? Janji untuk sama-sama berjuang di kala senang mahu pun susah demi agama-Nya? Engkau masih bersikap ananiyah wahai diri..Engkau tidak yakin kepada janji Allah? Engkau mahu menjadi golongan yang futur? Na'uzubillahi min zalik..aku memohon kepada Engkau Ya Rabb, jauhkan aku daripada golongan itu, thabatkan aku di atas jalan perjuangan ini..

Aku mengakui saban hari hatiku resah gelisah jika aku jauh dari-Mu..Engkau pimpinlah aku Ya Rabb..Bantulah aku dalam menguruskan masaku dengan baik di kala hambatan masa semakin menekan pundakku..Aku merasakan aku adalah bukan aku yang dahulu..Allah..di manakah hamasah itu? Tolonglah hamba Ya Allah..kembalikan ruh jihad itu, kembalikan hamasah yang satu itu..

Maafkan aku sahabat-sahabatku..Bukan aku mahu berlepas diri daripada bersamamu..aku masih bersama dan akan terus bersama dalam rantaian ini sehingga hujung usiaku insya-Allah..doakan keistiqomahanku teman dan doakan aku bisa melunaskan segala amanah yang diberikan dengan ikhlas agar aku bisa mempersembahkan ia di hadapan Rabbku..sahabat, aku berterima kasih atas segala ilmu dan nasihat yang engkau curahkan dan hingga saat ini aku merindukan engkau yang dapat mendekatkan aku dengan Tuhanku..doakan aku teman..