Thursday, April 23, 2015

Satu Tahun

Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah oksigen masih bisa dihela, karbon dioksida masih bisa dihembus, dengan izinNya. Alhamdulillah semoga mati kita di dalam Iman dan Islam serta mati di dalam perjuangan menegakkan syari'atullah.

Satu tahun yang lalu, aku masih berdua bersama Zauji. Satu tahun hari ini, kami sudah bertiga, alhamdulillah syukur tiada terhingga. Bertiga bermakna bertambah amanah dan tanggungjawab. Mahu menjadi seorang isteri dan ummi solehah di samping tidak meninggalkan amanah kepada masyarakat.

Amani bertudung =)

 Rehlah di Pantai Merdeka

Jaulah ke Gua Kelam, Perlis

Kelam-kabut agak sinonim dengan status seorang ibu muda. Namun, kelam-kabut itu sebenarnya boleh dikawal jika kita bijak mendisiplinkan diri dengan 24 jam sehari yang dipinjamkan kepada kita. Terdapat seorang ibu muda yang tampil menghasilkan sebuah e-book yang menjadi pencetus kepada penyusunan masa yang efektif kepada keluarga dan diri sendiri. Masa untuk luar rutin (non-routine) juga boleh dikecapi dan ianya amat bergantung kepada sikap dan pengurusan masa ibu muda itu sendiri!

Jujurnya terlalu banyak perkara yang ingin dipelajari. Masa semakin menghambat sedang ilmu masih lagi cetek, apatah lagi aplikasi kepada ilmu itu..Allahu Akbar! Semoga masa yang sedikit itu dapat dimanfaatkan sebaiknya, kami memohon dengan amat sangat Ya Rabb! Kami lemah tanpa bimbingan dan hidayahMu. Bantulah kami menjaga masa kami dan jauhkan kami daripada perbuatan yang sia-sia dan merugikan diri kami sendiri :(

Ya, menyingkap tabir satu tahun lalu, menyuntik sedar dan insaf bahawa  Dia yang Maha Agung menghadirkan seorang anak, daripada tiada kepada ada! Allah Maha Agung lagi Maha Berkuasa untuk menghidupkan kita yang telah mati pada Yaumul Mahsyar nanti. Kami beriman Ya Allah, kami menyaksikan kebesaranMu..

Semoga hidup dan mati kita di dalam iman.

Ummu Nafisah
Baiti Jannati

Tuesday, April 7, 2015

Kita Semakin Berusia

Bismillahi walhamdulillah

Syukur kepada Allah atas segala ni'mah. Kami menerima khabar gembira daripada seorang sahabat lama, beliau sudah bergelar bapa kelmarin! Petang kelmarin juga kami terus menuju ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. MashaAllah bersih dan mulus sungguh wajah bayi, matanya sudah pun dibuka, comel sekali! Terkenang saat-saat melahirkan anakanda Amani, setahun yang lalu. Begitu deras waktu berlari..

Kehidupan Normal

Aku kembali kepada kehidupan normal. Tidak lagi bergelar seorang Cikgu. Pasti kenangan 2 bulan lalu akan terus dikenang. Semoga anak didikku sukses dunia akhirat. Kembali menggalas amanah sebagai Pegawai Penyelidik, menyelesaikan tempoh projek berbaki 2 bulan lagi insyaAllah. Apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan, aku cuba grab, semoga Allah permudahkan.

GST

1 April 2015 pasti menjadi tarikh keramat semua rakyat Malaysia. Setiap sen yang dikeluarkan pasti akan dicermati. GST menyebabkan keluarnya keluhan daripada sang marhaen yang susah kehidupan mereka. Kami yang dalam golongan biasa-biasa ini juga turut terasa tempiasnya. Semoga pemimpin negara sedar tentang ini. Tidak sama memberi simpati kepada kesusahan rakyat melainkan anda sendiri tidur bersama rakyat dan makan apa yang mereka makan. Kami mencari pemimpin persis Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz bukan pemimpin yang mengikis wang rakyat!

Usia Itu Semakin Bertambah

Tahun ini adalah tahun akhir umurku dikepalai angka 2. InsyaAllah jika panjang usia, akan bertukarlah angka 2 kepada angka 3. Ya, hampir 3 dekad hidup di dunia. Allahu Akbar! Risau sekali dengan amal ibadat yang masih lompang, sedikit sekali amalan sunat dan bacaan Al-Quran. Ramadhan bakal tiba, semoga kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu bulan yang dirindui itu. 

Mendengar khabar rakan-rakan yang sudah punya zuriat amat menggembirakan hati. Begitu kami melihat anak membesar amat membahagiakan, namun jangan dilupa itulah tandanya usia kita makin meningkat! Lalu betulkan kembali misi dan visi kita. Jadikan dunia sebagai jambatan akhirat. Sujud banyak-banyak di dunia agar tidak sesal di akhirat :(

Sekadar itu dahulu.
Jumpa di entri seterusnya insyaAllah.

Ummu Nafisah
Baiti Jannati