Tuesday, August 25, 2015

Membuka Pintu Rezeki

Bismillahi walhamdulillah

Pernah satu ketika, saya dan suami mengikuti seminar merancang wang. Seminar yang hanya memakan masa setengah hari itu amat berbaloi, alhamdulillah..Tuan Harun Mohd Yusof (Hamdy) menyampaikan seminar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan :)

Antara perkara yang kami pelajari ialah bagaimana kita perlu bijak dalam menyimpan wang sehinggakan setiap perbelanjaan WAJIB dicatatkan! Beli gula-gula 20 sen ke, beli aiskrim seringgit ke..kena catat! Kedengaran lucu bukan? Kerana dari situlah biasanya berlaku ketirisan dalam bajet bulanan kita, betul tak?

Selain itu, beberapa perkara yang seharusnya dimiliki oleh generasi muda (baca: sebelum mencapai umur 30 tahun) mengikut prioriti ialah plan takaful, rumah, kereta (second hand dahulu dan dalam kondisi yang baik) dan reserve (contoh: 10% daripada gaji selama 6 bulan). Ini adalah perkara-perkara asas yang seharusnya ada di dalam perancangan kewangan kita.

Wah, nampak macam susah juga nak capai tu..hmm, dalam ekonomi yang semakin menjunam, harga rumah melambung tinggi dan dalam situasi kami yang hanya suami bekerja menyebabkan plan-plan di atas agak sukar untuk dikecapi. Namun, kami yakin kepada rezeki yang Allah sediakan buat kita semua.

Tuan Hamdy juga menceritakan beberapa perkara yang dapat dilakukan untuk membuka pintu rezeki. Saya yakin ramai di antara kita yang telah didedahkan dengan buku hebat "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan saudara Fathuri Salleh. MashaAllah tulisan beliau cukup-cukup hebat dan memberi kesedaran nyata kepada saya.

Antara perkara yang menjentik tangkai hati saya selain melazimi sedeqah, solat di awal waktu, solat sunat tahajjud ialah menggunakan kepakaran atau kebolehan yang Allah kurniakan kepada kita seperti memasak, menjahit, mengajar dan lain-lain untuk membuka pintu rezeki. Jadi, marilah kita sama-sama membuka minda, menggilap potensi diri dan berusaha membuka pintu rezeki :)

Rakan bloggers budiman dijemput melayari blog Tuan Hamdy http://rancanghidup.blogspot.com/ dan Facebook saya ataupun Facebook Page saya untuk mengetahui tentang produk-produk kesihatan dan kecantikan yang saya niagakan. Terima Qaseh!


Monday, August 10, 2015

Adinda Umar Sudah Bertemu Jodohnya

Bismillahi walhamdulillah

Rehat yang panjang daripada menulis. Maafkan aku wahai blog, FB dan insta masih mendahului tika ini. Aku lebih suka merakam memori di blog, umpama mencoret di lembar kertas..FB dan insta pula untuk aku update berita terkini dan melihat perkembangan rakan-rakan.

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi. Biar pun badai melanda keluarga kami, namun doa yang tidak putus daripada semua pihak akhirnya dimakbulkan Allah. Begitu hebat kuasa DOA! Alhamdulillah, dalam setiap musibah yang berat pada awalnya, telah dileraikan satu-persatu oleh Yang Maha Pengasih. Kegembiraan demi kegembiraan dikurniakan kepada kami sekeluarga, maka nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan?

Selamat datang ahli keluarga baru, anakanda Ziyyad Abdul Haq bin Mohd Shafiq pada 31 Julai 2015, 8.03 pagi. Anakanda kepada Masyitah, adikku yang keempat. Kehadiran orang baru begitu dirai dan mendamaikan setiap jiwa yang memandang. Begitulah lahirnya seorang insan, suci bersih sesuai dengan fitrahnya. Betapa kami mensyukuri akan anugerah zuriat ini.

Seterusnya, kami juga berbesar hati menyambut kehadiran menantu baru Abah dan Mak iaitu isteri kepada adikku yang ketujuh, Muhammad Umar. Masih muda orangnya, baik akhlak dan agamanya, alhamdulillah. Adinda Nurul Fatiah telah selamat bergelar isteri kepada Umar pada tanggal 7 Ogos 2015 dan di akad nikahkan di Bachok, Kelantan. Pernikahan yang penuh sederhana dan barakah insyaAllah. Persiapan yang diuruskan oleh Umar 95% amat membanggakanku sebagai kakak. Ternyata di usianya yang bakal menjejak 21 tahun pada akhir tahun ini telah mematangkan beliau.


Zaman hari ini tidak sama seperti zaman sebelumnya. Generasi Z yang tidak mampu disekat dunia internet mereka amat mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat samada bersifat positif atau negatif. Sebagai ibu bapa yang menitik beratkan pendidikan agama, intai-intailah aktiviti anak-anak anda. Sebaiknya kawallah penggunaan internet di rumah dan jangan membiarkan mereka leka dengan gajet di tangan. Justeru, dalam zaman yang semakin mencabar dalam segala aspek, pernikahan di usia muda adalah digalakkan. Permudahkanlah urusan pernikahan seperti yang dituntut di dalam agama. 

Have a wonderful marriage Umar and Fatiah!
Our prayers are always with you.
Have patience and tolerance, forget not give and takes.
Be nice to your wife as Rasulullah (PBUH) was the pleasant one to his wives.

Ummu Nafisah
Baiti Jannati