Skip to main content

My FYP!

Bismillahi walhamdulillah..

Alhamdulillah, syukran Allah kerana mengizinkan aku untuk terus menghirup udara pada hari ini dengan dibekali iman kepada-Nya..

Sudah 2 Zulqaedah rupanya. Syawal yang diraikan telah pun berlalu. Semoga bulan-bulan yang mendatang akan menjadikan kita hamba yang lebih tinggi iman dan taqwanya, insya-Allah.

Sengaja aku ingin mencoretkan posting kali ini mengenai akademikku sebagai pelajar tahun akhir di UIAM Kuantan ini. Semester ini aku akan menghabiskan kesemua subjekku insya-Allah, sebanyak 5 subjek lagi yang tinggal. Moga-moga semuanya lulus dengan cemerlang, insya-Allah.

Semester ini juga aku dalam fatrah menyiapkan Final Year Project (FYP) ku yang bertajuk FINANCIAL PERFORMANCE OF ISLAMIC BANKING AND CONVENTIONAL BANKING IN MALAYSIA. Alhamdulillah baru sebentar tadi aku selesai membentangkan proposalku di hadapan pensyarah2 dan supervisorku. Ada juga 1 soalan yang tak dapat ku jawab, inilah gara-gara preparation yang agak last minute, Astaghfirullah..

Semakin beralih ke satu tahap yang lebih tinggi dalam akademikku, semakin aku merasai kepayahan dan kesukaran subjek-subjekku ini. Aku harus perform dengan baik walau susah macam mana pun subjek-subjekku ini. Pernah aku rasa sedih sangat sebab sangat jarang aku perform dengan excellent dalam pelajaranku. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain. Sesekali terbit juga rasa putus asa, Astaghfirullah..

Dalam sudut yang lain, aku cuba melihat dengan mata hatiku. Betapa Allah itu mengetahui tahap kemampuanku. Allah sentiasa membantuku. Rasa sangat diri ini tidak mampu untuk hadapi tahun akhir ini dengan bebanan subjeknya yang jauh lebih sukar, tetapi Allah Maha Penyayang. Allah tidak membiarkan aku terkapai-kapai sendirian dalam menuntut ilmu-Nya. Dia menganugerahkan rakan-rakan dan pensyarah2 yang banyak membantuku dalam akademikku. Tinggal lagi itqan dan usaha yang bersungguh2 dari diriku sendiri. Insya-Allah, Hafizah boleh!

Teringat aku pernah berborak dengan lecturerku, Mdm Azsida. Beliau sering menceritakan pengalaman beliau semasa bergelar mahasiswa dahulu. "Ilmu itu mahal", katanya. Beliau juga pernah merasai jatuh bangun dalam akademik tetapi beliau sangat yakin dengan nusrah Allah jika kita sendiri itqan dalam menuntut ilmu, insya-Allah Allah akan mempermudahkan jalan kita.

1 semester-to-go! Aku selalu berpesan kepada diriku. Hafizah, you can be an excellent student! Tiada apa yang mustahil jika kita betul2 niat untuk berjaya kerana Allah! Nak apa2 sekali pun, minta pada Allah. Tetapi perlulah diiringi dengan USAHA dan DOA.


"Rabbi zidni 'ilma war zuqni fahma"

dan aku menyedari bahawa ilmu Allah itu mahal..

Comments

  1. Semoga terus cemerlang.Bidang yang cukup bagus untuk diterokai. Padan dengan kecerdasan otak yang dimiliki. Kami yang berada dibawah ini, mendoakan semoga yang berada dipuncak kecemerlangan ini terus berjaya.

    ReplyDelete
  2. Syukran ya akhi..
    Bidang nta pun bukan calang2 orang yg dpt menguasainya..dan Alhamdulillah nta dh pun melepasi fasa degree. Mabruk!
    Semoga NAJAH terus menjadi milik kita..
    Syukran laka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...