Skip to main content

PASSIONku, Jangan Berhenti!

Bismillahi walhamdulillah

Seperti sang camar yang terbang dengan bebas dan gembira di awanan,

Seperti sang lebah yang singgah dari bunga ke bunga menghirup manisan,

Seperti sang rerama, lemah gemalai berterbangan dengan riang…

Itulah perasaanku tika ini. Rasa mahu terbang di awanan. Rasa mahu memegang awan itu.

“You are high Fizah!” begitulah kata Wanraimee, rakanku dari Thailand. High atau berkhayal katanya. Aku ketawa. Aku tak berkhayal, sungguh aku mahu terbang walaupun tanpa sayap!

Rasa gembiraku tidak terkata. Alhamdulillah, semulia-mulia ucapan ini yang wajib meniti di bibir, suka mahu duka, semua itu merupakan hadiah daripada-Nya. Subhanallah, Alhamdulillah, sebaik-baik syukur adalah dengan menzahirkannya dengan memperbanyak amalan kepada-Nya.

Begitulah hebatnya seorang mukmin. Duka, suka, tangis, tawa semuanya bersandar kepada Tuhan Pemilik Segala, iaitu Allah ‘Azzawajalla. Betapa bangga dan bersyukurnya kita bergelar title seorang Mukmin bukan? Alhamdulillah..

Menoleh ke belakang, ingin bermuhasabah perjalanan satu semesterku memakai baju sang Master-ian di celahan kota metropolitan ini. Betapa kerdilnya diri dan betapa tidak berdayanya aku untuk melangkah berseorangan tanpa Dia, tanpa suntikan motivasi ayah bonda, tanpa spirit dan semangat teman-teman sekelas, tanpa sokongan sahabat-sahabat seperjuangan juga tanpa doa daripada para pendidik, ayah bonda dan teman-teman.

Lemah. Kerdil. Tidak berdaya. Terima kasih Tuhan atas segala kekuatan dan keselamatan yang Engkau berikan. Siapalah aku tanpa-Mu. Tambahan hidup di ibu kota ini menjadikan aku hamba-Mu yang tahu erti pengharapan dan penyerahan diri yang sebenar-benarnya kepada-Mu. Alhamdulillah syukurku atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

PASSIONku, jangan berhenti lagi! Tamatnya satu semester ini bukan bermakna engkau juga harus tidur, hibernasi atau bergelap. Tidak sama sekali! Baju sang penuntut ilmu tidak boleh ditanggalkan, tetapi harus terus dipakai hingga hujung usiamu. Ingin menangis dan senyum sendiri atas segala titik-titik perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu di bumi Universiti Malaya. Sekali lagi, Alhamdulillah..

MASTERku, harus engkau tetap berdiri dan melangkah bersamaku. Kita berjuang habis-habisan, ingin aku menebus Degreeku dengan mencipta NAJAH bersamamu, insya-Allah. Terima kasih Ya Allah, Engkaulah Tuhanku selamanya, aku merindui-Mu Ya Allah, terimalah setiap amal ibadatku kepada-Mu.

Khaulah Azwar,

Mencipta NAJAH di UM, insya-Allah!


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...