Skip to main content

Menghampiri Minggu Ke-39; Sebuah Perjalanan Kehamilan

Bismillahi walhamdulillah,

Ada perasaan tidak percaya apabila dapat berblog kembali! Mood swing agaknya ni :)
Alhamdulillah atas segala nikmat dan saya beristighfar atas segala dosa..

Hari Jumaat yang mulia, dalam penghujung kehamilan minggu ke-38 kepada bakal mujahid inshaaAllah. Edema di kaki sudah kelihatan sejak minggu ke-36 lepas, bertepatan dengan hari umat Islam menyambut kemenangan di bulan Syawal. Walaupun begitu, alhamdulillah saya teramat bersyukur kerana Allah memudahkan perjalanan kehamilan ketiga ini :)

Masih segar di ingatan apabila mendapat tahu diri ini hamil zuriat ketiga. Walaupun masih awal daripada perancangan kami suami isteri, tetapi perancangan Allah jauh lebih baik bukan? Saya hamil dalam fasa membimbing batch pertama anak-anak didik bakal berdepan dengan SPM, tahun pertama memegang amanah mengajar kelas peperiksaan dengan dua subjek yang agak berat dan tahun pertama menyesuaikan diri di sekolah dan persekitaran yang baru.

Kesibukan di sekolah kadang-kadang membuatkan saya tidak begitu menjaga diri yang baru hamil. Allah Maha Penyayang, Dia menguji hambaNya yang lemah ini dengan sedikit sahaja alahan tidak seperti kehamilan pertama dan kedua dahulu. Syukur ya Allah..Maka adakah saya masih lagi mahu mengabaikan kesihatan diri dan anak yang dikandung, na'uzubillah! Betapa beruntungnya saya kerana dikurniakan nikmat untuk hamil dan menjadi seorang ibu sedangkan di sekeliling saya masih ada teman-teman yang belum merasai nikmat berharga ini.

Habib Ali Zaenal Abidin dalam satu rancangannya di TV AlHijrah pernah ditanya soalan bagaimana mahu bersikap dengan orang yang sering bertanyakan "bila mahu mendapat anak" kepada pasangan yang baru atau belum lagi dikurniakan anak. Ternyata jawapan beliau membuatkan saya terdiam iaitu "anak sebenarnya adalah hibah (hadiah) daripada Allah". Tidak bermakna jika anda berkahwin, anda semestinya punya anak sedangkan anak itu adalah hadiah daripada Allah. Allahu Akbar! Maka, perbetulkanlah mindset kita dan janganlah sering bertanyakan hal anak kepada pasangan yang belum lagi dikurniakan cahaya mata. Justeru, perbanyakkan syukur dan jagalah amanah (anak) kita dengan sebaiknya kerana mereka (anak yang soleh) lah yang akan mendoakan kita kelak jika kita sudah tiada.

Kami suami isteri masih jauh lagi dalam perjalanan sebagai ibu dan bapa. Terkadang emosi sendiri tidak dapat dikawal dengan baik terutama apabila anak-anak melakukan sesuatu yang membangkitkan kemarahan kita. Walhal mereka masih belum benar-benar faham dan hanya mahukan perhatian kita sebagai orang yang paling dekat dalam hidup mereka. Wahai Allah, ampunkanlah segala dosa kami..

Justeru, pentingnya untuk kita bermohon kepada Allah agar dikurniakan taufiq hidayah dan dibimbing dalam mendidik anak-anak yang masih tiada dosa ini. Persiapan untuk menerima zuriat ketiga ini inshaaAllah sudah menghampiri 95%, hanya menunggu masa yang telah Allah aturkan buat anak ini menjenguk dunia. Dalam perasaan gembira menanti kehadiran ahli baru, ada juga perasaan takut kerana amanah kami kian bertambah terhadap seorang lagi umat Nabi Muhammad. Semoga Allah memudahkan urusan persalinan saya dan mohon doa daripada semua.

Allahumma solli'ala Muhammad ❤


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...