Skip to main content

Posts

Showing posts from 2026

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

A Short Escape

 Bismillahi walhamduLillah, Segala pujian hanya kepada Allah, Pemilik alam jagat raya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. 4 minggu persekolahan yang sangat padat, menyiapkan tugasan hingga rasa bagai tiada waktu. Rehat hanya di atas tikar sejadah, makan dan tidur di malam hari sambil masih bermimpikan kerja. Kepenatan yang makin memuncak apabila bersambung pula panggilan bengkel di hujung minggu. Kapasiti diri sudah dirasakan mencapai tahap maksima. Kena rehat ni! Doa dipanjatkan kepada Ilahi moga ada sedikit ruang dan masa untuk 'bercuti' seketika daripada tugasan kerja. Alhamdulillah Allah memudahkan segalanya. Tugasan bengkel disiapkan lebih awal dan terus dihantar kepada fasilitator. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami dan memberi kebenaran untuk aku tidak mengikuti bengkel. Semoga Allah mengganjar semua guru yang berkorban masa hujung minggu demi anak bangsa. Seawal 6 pagi kami sudah keluar rumah dan bercadang sol...

Tetamu Datang Membawa Rahmat

 Bismillahi walhamdulillah, Alhamdulillah, meriah sungguh cuti sekolah kami di rumah bondaku. Kami menjadi keluarga pertama tiba di rumah Mak dan menjadi keluarga terakhir pulang ke rumah sendiri 😊 Mengulangi tahun 2024 ketika anakanda Abdullah bersunat, tahun 2025/2026 giliran anakanda Furqan pula. Kami memilih untuk anak-anak bersunat di kampung agar mereka tidak merasa kesunyian kerana sepupu mereka ramai di sini. Alhamdulillah, kelmarin kami menerima kedatangan sepupu ku dari sebelah arwah Abah. Mereka merancang bercuti di Kedah dan destinasi pertama mereka adalah di rumah bonda kami. Kami terharu menerima kedatangan orang jauh, sudi menziarahi kami walaupun arwah Abah sudah tiada.  Saling bertanya khabar perkembangan diri dan  keluarga masing-masing, aku dapat rasakan suasana yang ceria dan gembira di rumah kami. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.  Adik ketigaku dan suaminya menggoreng bihun yang sangat sedap sementara adik iparku (isteri adik ke-6) menyedi...

Sahabat Solehah Sukar Dicari Ganti

 Bismillahi walhamdulillah, Hari kelima di tahun baru. Ibu bapa sudah mula sibuk membuat persiapan untuk pembukaan sekolah anak-anak tahun 2026. Alhamdulillah hari ini suamiku yang membantu menguruskan pembelian buku dan uniform sekolah anak-anak sementelahan aku dan anak-anak masih lagi di Jitra. Kelmarin seharian aku dan Cg Hamzah berada di MMAS dibantu oleh sahabat solehahku, Ustazah Ilyana untuk menyelesaikan Jadual Waktu sekolahku. Betapa terharu aku kerana Ustazah Ilyana atau lebih mesra dipanggil Yana sudi membantu kami walau sudah setahun beliau tidak lagi berada di bumi MTSD. Pertukaran beliau ke MMAS amat dirasai oleh kami kerana banyak jasa beliau kepada MTSD. Yana amat disenangi oleh semua guru. Beliau seorang yang rajin dan begitu teliti serta kemas dalam apa jua tugas yang diamanahkan kepada beliau. Beliau sering menghulurkan bantuan kepada kami terutama berkaitan pengurusan majlis sekolah dan isu teknikal. Aku sering menyatakan kepada Yana, semoga Yana direzekikan ol...

Mencari Hikmah Di Sebalik Ujian

 Bismillahi walhamdulillah, Selamat datang tahun 2026. Masha Allah Tabarokallah! Terima kasih wahai Allah, Engkau masih menghidupkan aku hingga hari ini. Engkau masih memberikan peluang kepadaku untuk bertaubat, menambah amal ibadah dan memperbaiki segala kekurangan diri.  Cuti sekolah baru-baru ini kami suami isteri bersetuju untuk menjalankan ibadah khitan bagi anak lelaki kedua kami, Furqan yang kami selesa memanggil Adik. Alhamdulillah syukur, proses khitan Adik berjalan lancar. Kami memanggil MA ke rumah untuk khitankan Adik. Seminggu berlalu. Kami rasa hairan sebab luka khitan Adik belum lagi sembuh. Masih ada kesan pendarahan yang meninggalkan warna kehitaman. Aku mulanya agak panik sebab anak kedua ku sebelum ini tidak berlaku begini. Dalam tempoh seminggu lebih sedikit, alhamdulillah beliau dah sembuh. Maka bermulalah episod penjagaan secara intensif olehku dan suami. Kami memanggil semula MA yang khitankan Adik. Beliau pun agak terkejut melihat kondisi Adik. Menurut ...