Skip to main content

Posts

Harga Yang Harus Dibayar

Bismillahi walhamdulillah Waktu kian berlalu. Minggu merangkak laju. Pelbagai 'hadiah' telah ku terima sejak akhir-akhir ini, hadiah normal buat seorang bakal ibu. 'ala kulli hal, aku bersyukur kepada Allah, sesakit aku tidaklah sampai perlu menyusahkan orang lain dan inilah yang acap kali aku minta daripada Dia.  Awal kehamilan sememangnya mengujakan diriku, iyalah kerana inilah impian kami untuk memiliki zuriat sendiri, alhamdulillah. Dan sememangnya detik-detik kehamilan banyak sekali mengajarku erti sebuah SABAR, POSITIF dan KUAT untuk meneruskan kehamilan ini biiznillah. Betapa hebatnya Yang Maha Pencipta, tidak semudah ABC kehamilan itu dilalui oleh setiap bakal ibu dan para ibu tetapi kehamilan itu disertakan dengan ujian-ujian kecil agar si ibu bisa mempersiapkan dirinya untuk menerima ujian amanah si kecil yang jauh lagi mencabar. Allahu Akbar!! Saban hari, aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa Allah bersamaku. Aku harus kuat dan tidak boleh lemah d...

Perjuangan Ini...

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillahi Rabbil'alamin, pujian selayaknya bagi Allah, Tuhan pemilik alam ini. Selawat dan salam untuk Junjungan tercinta, Khaatimul anbiya' Muhammad s.a.w. Saya kira tirai Muktamar PAS ke-59 sudah pun berlabuh. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Cemburunya saya kepada para muktamirin dan muktamirat yang menghadirkan diri ke sana, semoga mereka semua diganjari Allah Ta'ala. Betapa naifnya saya, banyak sekali perkara yang wajib saya pelajari dalam erti kata bergelar seorang pendukung harakah Islamiyyah. Jika sekadar bersenandung di alam maya, bukanlah saya ini layak bergelar seorang pejuang, astaghfirullah.. Benarlah, jalan perjuangan ini sentiasa terhidang dengan mehnah, tribulasi, susah payah, fitnah dan segala macam penjara dunia yang merimaskan. Betapa hati ini bagaikan tersiat di setiap kali mata tertancap khabar-khabar buruk tentang perjuangan, telinga terdengar fitnah yang menikam dalam jasad perjua...

Sabtu Yang Optimum

Bismillahi walhamdulillah Hari Sabtu yang padat. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang memuaskan. Seawal 8 pagi sudah tercatuk saya di hadapan kakak misi Klinik Desa Kelang Lama untuk check up 5 hari berturut-turut dek kenaikan berat badan melebihi 1 kg! Penangan Juliana's memang tidak dapat dinafikan dan inilah 'hadiah' yang saya terima =) Usai check up, saya menemani suami ke Mengkuang Dam, antara tempat femes untuk berjogging dan beriadah. Alhamdulillah bersyukur dapat menghela nafas daripada udara nyaman tasik dan bukit bukau menghijau walaupun hanya berjogging di atas kerusi :p Berjogging sudah, tiba di rumah pada jam 10 pagi. Dhuha seketika, memohon agar Dia melimpahkan keberkatan rezeki kepada kami sekeluarga. Next project, saya teringin untuk membuat puding gula hangus hehe..sudah lama meng'ushar' resepi lalu pada hari ini terkabullah hajat untuk makan puding gula hangus, alhamdulillah ya Rabb! Komen: puding gula hangus saya agak manis, mu...

Baitul Muslim Haraki

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah selesai sudah hari penamaan calon bagi N20 Sungai Limau. PAS meletakkan Ustaz Mohd Azam bin Abd Samad, 37 (Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai) manakala BN mempertaruhkan Dr Ahmad Suhaimi Lazim, 52 (Pensyarah Kanan UPSI). Keadaan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan dan provokasi Alhamdulillah. Saya amat tersentuh dengan setiap fenomena yang berlaku di dalam parti perjuangan kami ini iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya dapat menyaksikan bahawa tulus dan ikhlasnya setiap ahli PAS terutama golongan-golongan yang lebih tua dan lebih senior dalam sepak terajang perjuangan ini. Mereka benar-benar memahami aqidah perjuangan yang sedang mereka intima' dan mereka bai'ahkan sejak usia muda mereka, Allahu Akbar!! Mereka mengotakan apa yang dikata, melaksanakan apa yang telah dirancang dan istiqomah walau apa jua fitnah dan tohmahan yang sentiasa menyerang PAS. Begitu kerdil rasanya diri ini dalam menginfakkan seluruh ji...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Perjalanan Belum Berakhir

Bismillahi walhamdulillah Berat rupanya menyarungkan jersi Sarjana ini. Jika ditanya perasaan kala ini, tiada jawapan solid yang boleh diberikan. Amanah seorang penuntut ilmu sangat berat, malah teramat berat dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyebarkannya.  Esok adalah harinya. Ya hari yang amat disyukuri oleh kami semua, para graduan Universiti Malaya. Klisenya, pasti hari esok umpama layar perak yang memainkan segala suka duka kami tika bergelar seorang pelajar di UM. Alhamdulillah sebaik-baik ucapan. Saya sesungguhnya tidak akan mampu untuk melalui perjalanan penuh warna warni ini tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi daripada rakan-rakan dan para pensyarah saya. Semoga rahmat Allah terlimpah buat kalian! Dunia mahasiswa amat menenangkan hati saya. Tidak perlu terikat dengan big boss atau mana-mana peraturan pekerjaan. Bebas ke mana sahaja menemui rakan-rakan dan pensyarah. Bebas untuk beraktivisme, berziarah, berusrah, beriadah dan 'melancong...

Kehilangan

Bismillahi walhamdulillah Rakyat Kedah hari ini dikejutkan dengan berita pemergian mantan MB Kedah iaitu Ustaz Azizan Abd Razak pada jam 11.05 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Kedah. Innilalillahi wainna ilaihi raaji'un. Begitulah akhir perjalanan hidup seorang insan, pasti akan kembali ke pangkuan Tuhannya. Allahu..Ratusan status di FB mengutus takziah atas pemergian almarhum di samping gambar-gambar sekitar pengebumian almarhum juga dimuat naikkan. Sayu sungguh hati ini menatap ramainya yang hadir mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. Subhanallah! Hebat dan mulianya seseorang insan itu boleh diukur dengan melihat berduyunnya manusia yang hadir menyolati jenazahnya. Begitulah yang dapat dilihat kepada sosok mulia yang dihormati lagi dikasihi ini.  Sejujurnya saya agak terkilan kerana tidak mengenali almarhum dengan dekat semasa hidupnya. Hanya mengikuti perjuangan dan pimpinan almarhum dari jauh. ...