Ramadhan di bumi Permatang Pasir

4 Ramadhan 1430H

Ramadhan Kareem!

Bulan Ramadhan yang di awalnya adalah RAHMAT
di tengahnya adalah KEAMPUNAN
dan di akhirnya adalah PELEPASAN DARI SEKSAAN API NERAKA

Jumaat lalu, aku menerima panggilan jihad untuk turun ke Dun Permatang Pasir, Bukit Mertajam. Selesai membaca mesej tersebut, hati kecilku terus terdetik untuk turun. Tambahan, hujung minggu baru-baru ini aku tiada kelas dan komitmen lain yang menuntutku untuk stay di kampus. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk turun dan 'merasai' pengalaman di PRK ke-5 ini setelah tidak merasai pengalaman dalam 4 PRK yang lain.


Bersama sahabat seperjuangan, Izzatie dan dua orang sahabat dari Nisa' Wilayah, kami bermusafir ke negeri Pulau Mutiara. Tunggangan kami, Viva 1.0 cc yang dipandu oleh Kak Ann memudahkan perjalanan kami ke sana, Alhamdulillah biiznillah..

Ramadhan tahun ini, adalah Ramadhan yang berbeza bagiku. Ramadhan tahun ini aku lalui sebagai seorang musafir dengan sahurku pada pagi 1 Ramadhan di R&R Bukit Gantang. Subhanallah! Aku sendiri tidak dapat menggambarkan perasaanku tika ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah..

Syukran Allah. Kami selesai bersahur, solat sunat dan Subuh berjemaah sebelum meneruskan musafir kami. Akhirnya kami tiba di medan jihad, N.011 Permatang Pasir pada jam 7.30 pagi. Aktiviti pada hari itu adalah Karnival Keluarga di Kg Tanah Liat sebagai usaha kami untuk dekat dengan masyarakat dan memberikan kesedaran kepada mereka untuk memilih pengundi yang hak.

Seawal jam 8 pagi, kami sudah berkumpul di tapak Karnival Keluarga. Hanya 2, 3 orang sahaja yang baru sampai. Tetapi ia tidak menjadikan kami berputus asa. Kami berdiri di tepi-tepi jalan, memanggil sesiapa sahaja yang melalui kawasan tapak karnival untuk menyertai karnival ini. Alhamdulillah usaha kami tidak sia2, akhirnya ramai ahli keluarga yang datang dan bersama-sama memeriahkan karnival keluarga ini. Banyak aktiviti menarik yang disediakan bukan sahaja kepada anak2 kecil malah kepada kaum ibu dan bapa juga. Melalui pengamatanku, ku kira sambutan yang diberikan oleh penduduk Tanah Liat amat baik dan memuaskan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka.

Lebih kurang pukul 1 petang, semua aktiviti selesai dan masing2 bersurai setelah penat mengendalikan program. Begitu juga aku dan sahabat2 yang lain. Kami melepaskan penat sekejap sementara menanti waktu Zohor. Walaupun penat tetapi aku amat berpuas hati kerana detik inilah yang aku nanti2kan-> merasai sendiri pengalaman bekerja dalam PRK. Syukran Allah, rupa2nya Allah memberikan keizinan kepadaku berada bersama2 mujahid mujahidah di N.011 ini!

Walaupun tempoh aku di N.011 ini hanyalah 2 hari, waktu yang amat singkat, tetapi pengalaman yang diperoleh, masya-Allah cukup bernilai! Memang benar, medan pilihan raya inilah kita akan mengaplikasikan semua aspek tarbiyah yang telah kita pelajari secara teori sebelum ini. Medan pilihan raya ini juga mengajar kita erti berukhwah dengan sahabat2 yang baru sahaja kita kenali. Subhanallah! "Ya Allah, menangkanlah Islam di Dun Permatang Pasir..Ya Allah! Lembutkanlah hati2 pengundi Dun Permatang Pasir untuk mereka memilih pemimpin Islam.."-doa inilah yang selalu dituturkan oleh Puan Salbiah, Ketua Penerangan Muslimat Pusat setiap kali selepas solat. Aku sangat tersentuh dan terkesan dengan kalimah2 doa yang dilafazkan oleh beliau. Usia beliau yang hampir setengah abad itu tidak menampakkan beliau seorang yang lemah malahan semangat beliau yang tinggi itu sangat dicontohi oleh kami. Terima kasih Kak Sal!

Dan hari ini,

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

sumber: malaysiakini.com

Tiada lafaz yang dapat ku ungkap melainkan puja puji hanyalah bagi Allah yang memberikan hadiah kemenangan ini kepada rakyat Permatang Pasir. Takbir!

p/s: Alfun syukran buat sahabat2 permusafiran- Kak Ann, Aziyati, Izzatie dan Zahidah. Semoga Allah Ta'ala menetapkan hati-hati kita di atas jalan-Nya!



Comments

  1. Allah bersama para pejuang yang ikhlas dan sabar..Segalanya dari Allah..yang memberikan kemenangan kepada Parti Islam Semalaysia..Moga kita semua istiqamah di dlm perjuangan yang suci ini hingga ke akhir hayat..Insyaallah

    Kenangan berbuka puasa dalam kereta dengan sebiji gula-gula yang comel...
    ukhuwah fillah abadan abada
    teruskan perjuangan di bumi kampus

    ReplyDelete

Post a Comment