Skip to main content

Ramadhan, kami merinduimu..


Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk mengikuti halaqah ilmu sempena persediaan ihya' Ramadhan 1430H di Dewan Sekolah Islam Al-Irsyad, anjuran Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS), sebuah badan NGO. Antara penceramah hebat yang dijemput ialah:

1) Al-Fadhil Ustaz Ahamd Tirmizi B. Taha
Pensyarah UDM

BA (Hons) Tafaqquh Fid-Din, KUSZA

BA (Hons) Syariah. Universiti Al-Azhar, Mesir

MA (Hons) Syariah, Universiti Terbuka Amerika, Mesir


2) Al-Fadhil Ustaz Zuridan B. Mohd Daud
Pensyarah UMP

BA Dirasat Islamiah Universiti Hassan 2, Morocco

MA Syariah, Universiti Al-Albayt, Jordan

Sedikit perkongsian daripada Ust Zuridan untuk kita amalkan dalam bulan Ramadhan yang akan tiba tidak beberapa hari lagi.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!
JADUAL RINGKAS INDIVIDU DI BULAN RAMADHAN
Subuh:
  • Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud)
  • Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air
  • Solat Subuh di masjid atau surau
  • Membaca Al-Quran atau mendengar tazkirah subuh
Pagi:
  • Ke pejabat/kelas bagi pelajar dengan menghayati bacaan Al-Quran di dalam kenderaan
  • Solat Sunat Dhuha
  • Bekerja/belajar seperti biasa
Tengahari:
  • Solat Zuhur berjemaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat
  • Tadarus Al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau membaca Al-Quran
  • Rehat atau tidur lebih kurang 10 minit
  • Bekerja seperti biasa
Petang:
  • Solat Asar di masjid atau surau
  • Membaca Al-Quran
  • Pulang ke rumah/asrama dengan menghayati bacaan Al-Quran di dalam kenderaan
  • Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri
  • Bertadarus Al-Quran dengan keluarga
  • Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat Maghrib berjemaah di masjid (bagi lelaki)
  • Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga
Malam:
  • Solat sunat sebelum Isyak
  • Solat Isyak
  • Solat sunat selepas Isyak
  • Solat Sunat Tarawih
  • Bertadarus Al-Quran di masjid atau surau
  • Tidur awal untuk bangun awal
Insya-Allah, marilah kita amalkan amalan-amalan di atas dengan niat yang ikhlas untuk 'upgrade' iman dan amal semata-mata kerana Allah dan ditambah dengan kita berada di dalam bulan yang mulia ya'ni bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, subhanallah!

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...