Skip to main content

Bakal Pendidik

Bismillahi walhamdulillah

Agak lama tidak menjenguk 'Leading The Change' selepas post terakhirku mengenai khabar Konvoi LL4G. Alhamdulillah segala pujian dipanjatkan kepada-Nya kerana 12 orang aktivis relawan Malaysia selamat daripada diapa-apakan oleh Zionis Israel laknatullah! Jutaan syukur dipanjatkan dan tidak terungkap ucapan terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia khasnya dan seluruh umat dunia amnya atas doa yang tiada henti buat para relawan Misi Bantuan Gaza, alhamdulillah..

Aku tinggalkan dahulu cerita relawan Gaza kerana Misi Bantuan Gaza tidak akan pernah berhenti walau bagaimana rakusnya Israel mahu menyekat misi ini. Seluruh dunia mengutuk dan mengecam tindakan mereka dan percayalah sedikit masa lagi dunia akan bangkit menentang mereka, insya-Allah!

Dalam keributan kisah Gaza ini, aku pula telah diberikan rezeki oleh-Nya untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah IPTA tidak jauh dari rumahku. Alhamdulillah, begitu Allah Ar-Razzaq yang Maha Pemberi Rezki. Sekarang semuanya bergantung atas diriku. Aku wajib melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan seitqan mungkin. Susah dan senang dalam profesion mengajar ini harus aku hadapi dan tangani dengan baik di samping memohon petunjuk dan bantuan daripada-Nya yang utama.
Aku berfikir-fikir, bagaimana aku bisa menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja mengajarkan mata pelajaran tetapi yang utamanya me'manusia'kan anak didikku. Masya-Allah itulah tanggungjawab yang berat untuk dipikul! Seorang graduan yang masih dalam 'alam adaptasi', amat cetek ilmu dan pengalaman, semoga Allah membantuku..

Aku jadi teringat kepada seorang sahabat baik, amat baik di UIA dahulu. Baru sahaja aku bertanya khabar beliau, rupanya beliau sekarang sudah bergelar ustazah, cikgu dan warden sekaligus! Subhanallah! Seawal 5 pagi sudah mencelikkan mata, berqiyamullail bersama anak-anak muridnya. Selepas Subuh dan tazkirah, sesi akademik pun bermula. Kemudian disambung dengan mengajar Al-Qur'an kepada hafiz dan hafizah. Selepas Zohor pula beliau akan tasmi' hafazan anak-anak didiknya. Subhanallah, aku merasakan betapa mulianya pekerjaan sahabatku ini, mencurahkan ilmu duniawi dan ukhrawi sekaligus! Dalam masa yang sama beliau juga mencurahkan tenaga dengan mengambil berat akan hal-hal kebajikan dan menaburkan benih-benih iman dan taqwa agar mereka dapat tumbuh sebagai mujahid/ah, hafiz/ah hamlatul Qur'an dan cendekiawan Islam pada satu masa nanti, insya-Allah.

Aku jadi cemburu. Seperti cemburunya si anak kecil yang tidak mendapat alat mainan impian seperti temannya. Seperti cemburu seorang aktivis yang tidak berpeluang turun ke medan jihad apabila semboyan dilaungkan.

Ya, aku cemburu. Tetapi dalam cemburu aku ini, seharusnya aku meletakkan syukur atas setiap ruang, peluang dan jalan yang telah Allah pilihkan untukku. Astaghfirullah, segeralah mohon keampunan kepada-Nya..

Perjuangan harus diteruskan! Pencarian Cinta Sufiku menuju redha Ilahi tidak pernah berhenti selagi hayat dikandung badan. Semoga amal Islami dan kerja buat kita dalam setiap detik dan waktu, tidak kira di mana pun kita dan apa sekali pun pekerjaan kita diterima oleh Allah dan dihitung sebagai pahala di sisi-Nya..ameen ya Allah!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...