Skip to main content

Penghujung Mei Yang Suram

Pejam celik, pejam celik, rupanya sebulan sudah aku menanam anggur dengan jayanya di rumah..kadang-kadang rasa geram dengan diri sendiri bila suka sangat bermalas-malasan di rumah ni, astaghfirullah!

28 Mei lalu aku terima mesej daripada sahabatku mengenai Konvoi Viva Palestin; Ketua Misi LL4G Malaysia-Tuan Hj Noorazman yang memohon seluruh umat Islam mendirikan solat hajat buat relawan-relawan di sana. Tersentak aku membaca mesej beliau, dalam hatiku terdetik "Israel buat hal lagi" dan ternyata mereka ini manusia kejam lagi tak berhati perut dan tidak kenal juga erti kemanusiaan.

Melewati laman sosial Facebook selepas 28 Mei terus memberikan kejutan demi kejutan untuk aku. GAMIS, SRC UIA dan pelbagai lagi pertubuhan NGO yang lain menempelak sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk Israel itu. Di Turki pula, rakyat telah memenuhi jalan-jalan raya dengan demonstrasi dan tunjuk perasaan menyesali tindakan kebinatangan Israel ini. Salah seorang penunjuk perasaan menyatakan bahawa sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Bukan mereka (baca: Israel) tidak tahu bahawa relawan-relawan itu terdiri bukan sahaja daripada orang Islam tetapi juga bukan Islam. Mereka ini memang tiada perasaan dan tidak tahu erti kemanusiaan.

Lewat malam tadi, aku mengikuti berita-berita yang didedahkan di Astro Awani juga Berita@Bernama. Sedih dan pilu melihat beberapa rakaman yang sempat diambil sebelum perhubungan dengan wartawan Malaysia terputus. Setakat berita akhir yang diterima, sebanyak 19 orang yang telah syahid beserta puluhan yang lain cedera. Semoga Allah menempatkan mereka (19 syuhada') di sisi-Nya.

Aku bermuhasabah sendiri. Beralih-alih posisi tidurku, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Aku tidak bisa tidur, andai aku punya sayap, mahu sahaja aku terbang ke sana, Perairan Gaza.

Lalu hanya doa yang mampu aku panjatkan. Tiada lain yang aku harapkan dan meminta kepada-Nya agar mujahidin kita selamat dalam misi bantuan ke Gaza. Insya-Allah aku yakin, dengan kekuatan doa seluruh umat Islam, Allah pasti akan membantu mujahidin dan umat Palestin kita. Jadi apa tugas kita? Jangan hentikan DOA! Pray, pray & keep praying!

Dan begitulah penghujung Mei 2010 ini..umat Islam seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel laknatullah! Doaku agar ketibaan Jun dan hampirnya kepada Rejab bakal membawa sinar dan khabar gembira buat kita. Aku memohon Ya Allah..

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...