Syria, Tunggu Kedatanganku!


Bumi indah yang kaya dengan tinggalan sejarah, Syria yang turut terkenal dengan jolokan “Bumi Anbia” mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Syria dilingkungi negara-negara Arab popular lain. Sisi timurnya ialah Negara Turki, sisi baratnya Palestin, selain bersebelahan dengan Iraq dan Jordan.

Syria terdiri dari dataran tinggi kering, meskipun bahagian barat lautnya yang bersempadan dengan Laut Tengah cukup hijau. Sungai Furat, sungai paling penting di Syria, melintasi negara ini di bahagian timur. Negara ini adalah satu dari lima belas negara yang dianggap sebagai "tempat bermulanya tamadun" (cradle of civilization).

Selain kaya dengan aspek sejarah, Syria turut terkenal dengan keunikan seni binanya. Sesiapa yang pernah sampai ke sana pasti mengakui binaannya sukar ditandingi kepakarannya. Meskipun berusia ratusan tahun, binaannya masih teguh malah menjadi lokasi berlangsungnya acara istimewa. Bukan sahaja kaya sejarah, nyata bangunannya sangat unik dan menarik.

Menyelusuri Bumi Anbiya'

Syria yang terletak di tanah Arab juga dikenali dengan nama Republik Arab Syria yang terletak bersempadan dengan Laut Mediterranean. Berkeluasan 185 180 km persegi dan mempunyai populasi penduduk 19.3 juta orang. Majoriti penduduknya adalah beragama Islam iaitu sebanyak 88 peratus dari rakyatnya beragama Islam. 80 peratus penduduk Syria adalah rakyat tempatan manakala selebihnya pendatang dari negara-negara Arab jiran dan Asia.

Iklim di Syria panas dan kering, walaupun pada musim dingin. Oleh kerana ketinggian negara ini, salji juga kadang-kala terjadi pada saat musim dingin.


Ibu negara Syria ialah Damsyik (Damascus) dan bahasa pertuturan negara ini adalah bahasa Arab. Manakala mata wang Syria adalah Syria Pound atau Lira. Sistem pemerintahan negara ini adalah bersifat republik. Syria menjadi pintu keluar masuk ke Benua Asia bagi orang yang datang dari sebelah Barat dan pintu ke Benua Eropah bagi orang yang datang dari sebelah Timur.

Sejarah

Sejarah bumi Syria disinari dengan kehadiran tokoh-tokoh Islam dan kerajaan-kerajaan penting dalam sejarah dunia Islam. Di antara nabi-nabi yang pernah menjejakkan kaki di bumi Syria ini bermula Nabi Ayub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Muhammad S.A.W. Disini juga terletaknya makam Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Nabi Muhammad S.A.W pula pernah datang berniaga di Syam dan masih terdapat kesan gereja paderi bahira dan tempat duduk unta Nabi Muhammad S.A.W.

Selain itu, terdapat juga kehadiran tokoh, ulama dan sahabat seperti Muawiyah, Saidatina Ruqayyah, Khalifah Umar bin Abd. Aziz, Bilal bin Robah al Habasyi, Solahuddin al-Ayubi, Abu Darda’, Sultan Nuruddin Az-zinki dan lain-lain yang menambahkan lagi kepelbagaian seni warisan sejarah Islam di sini. Antara kesan kerajaan penting dalam sejarah bumi Syria ialah kerajaan Roman di mana terdapat kesan tamadun Rom dan masih megah senibinanya iaitu Roman Amphitheatre, Kerajaan Umawiyah, Kesan Kerajaan di bawah Ratu Zanobia.

Sejarah buminya begitu lama. Dikuasai kerajaan Mesir Lama dan bertukar kepada Parsi dan Yunan kemudian beralih kepada Rom dan Monggol sebelum dijajahi Perancis. Hasil campuran ketamadunan ini wujud ‘hadarah’ istimewa di kalangan generasinya sehingga ke hari ini. Syria juga terbahagi kepada 14 bandar besar dipelopori Damsyik (ibu Negara, juga dikenali dengan nama Damascus) dan bandar lain seperti Dar’a, Dir Zur, Halab, Tortus dan lain-lain. Majoriti penduduk Syria beragama Islam dan sebahagian besar lain adalah Kristian.

sumber: http://pelancongan.dunyahalal.com

Aku berimpian untuk ke sana. Terlalu kepingin mempelajari Bahasa Syurga dan bertalaqqi dengan Syeikh/ah yang memiliki sanad daripada Junjungan tercinta.

Sahabat baikku, Izzatie, tika ini berada di sana demi sebuah cita-cita. Kecintaan beliau dalam mempelajari dan memartabatkan Bahasa Syurga ini telah mengundang kagum di hati ini. 'Azhim! Semoga Allah mempermudahkan perjuangan suci beliau.

Dan diri ini berazam untuk menjejakkan kaki di sana. Mohon doa daripada semua.

Bumi Anbiya'-bumi sejarah yang pernah diinjaki para Nabi dan sahabat r.a. Aku ingin melihat sendiri kesan tinggalan sejarah itu. Bukan sekadar ziarah biasa tetapi 'ibrahnya yang ingin ku cedok buat hamasah, bekal perjuangan di bumi sendiri.

*******

Comments

  1. kekanda, kita berkongsi impian nampaknya =) i.Allah sungguh2 nak pergi blaja arab samada di Syria atau bumi Kinanah before convo next year. doakan ye! dengan Aida i.Allah

    ReplyDelete
  2. Adinda! wah, bestnya dgq, we share da same dream :)..insya-Allah jom kt sm2 meriahkn bumi Anbiya'..doa bnyk2, mg ada rezeki kita ke sn..aida pun nk p jgk?best2!! :)

    ReplyDelete

Post a Comment