Bismillahi walhamdulillah
9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu.
Mozek BERSIH 2.0
Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini.
Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik dan lebih memualkan di bawah rejim Najib!
Serasa muak dan tidak mahu mengingat kembali hari bersejarah itu tetapi saya cuba mentinta di sini sesuai dengan saranan pimpinan, coretlah kisah BERSIH 2.0 anda, buat bingkisan anak cucu anda nantinya. Jangan pula mereka membaca 'novel' si penglipur lara, UMNO-BN, itu adalah lebih ditakuti!
Maka, di sini mozek saya bermula. Saya tidak tahu permainan apa yang bakal dimainkan oleh pihak kerajaan tetapi pengalaman-pengalaman lepas dalam mengikuti demonstrasi di tanah air tercinta ini tidak pernah berjalan dengan aman. Mahu dikata mereka takut dengan para demonstran, rasa macam lawak jenaka pula, manalah marhaen ini memiliki senjata seperti PDRM bukan?
Destinasi saya dan rakan-rakan adalah Masjid Jamek. Seperti diduga, polis-polis yang berlagak hero telah pun siap menunggu di luar stesen LRT, bermata-mata melihat setiap orang yang turun dari train. Kami dengan rileks tetapi waspada melalui kaunter tiket lalu berjalan menuju ke Masjid India. Rasa mahu tergelak pun ada, semua kedai di sekitar Masjid Jamek tutup! Saya merasakan peniaga-peniaga itu telah menempah kerugian walhal rakyat yang turun ke pusat bandar lebih 100 ribu orang! Rugi bukan?
Hajat kami mahu menunaikan solat sunat Dhuha. Akan tetapi kami amat terkejut apabila melihat Masjid India juga dikunci! Apa masalahnya sehingga masjid pun turut dikunci? Salahkah sesiapa sahaja yang ingin menunaikan solat di dalam masjid? Bukankah masjid itu hak setiap muslim? Rasa panas sudah menyirap, lalu saya pujuk diri; SABAR..
Dihalau..
Lebih kurang setengah jam berikutnya, kami mendengar satu suara keras berteriak, "Beredar! Beredar sekarang! Kalau saya nampak ada lagi yang tak beredar, saya tangkap!" itulah dia suara biadap salah seorang anggota polis asuhan Najib. Biadap dan sungguh kurang ajar sekali lagak mereka. Saya juga sempat melihat beberapa orang anggota polis yang masih muda, hingusan lagi turut sama menghalau kami. Terdetik di hati, "oh, polis-polis muda ni sudah diajak turun padang nampaknya, eloklah jadi pengganti mereka yang tua".
Rakan saya menenangkan. "Kita ikut saja arahan mereka. Ingat, selagi pukul 2 petang belum tiba, kita jangan melawan mereka". Saya diam dan akur. Kami pun berniat meronda-ronda sementara menantikan tibanya waktu kemuncak nanti. Dalam masa yang sama, tidak putus kami berzikir dan berdoa, memohon kepada Allah agar demonstrasi bakal berlangsung dengan aman.
Ditahan Polis
Saya menerima panggilan seorang rakan. Katanya kami perlu ke satu tempat sekitar PJ. Mulanya mahu bertanya kenapa ke sana, bukankah demonstrasi bakal berlangsung di Stadium Merdeka? Jika ke sana, mungkin kami akan sukar untuk berpatah balik, ribuan polis sudah membanjiri pusat bandar dan stesen-stesen 'hentian panas' sudah pun ditutup. Akan tetapi kami akur, kami optimis dan wala', mungkin ada hikmahnya mengapa kami perlu ke sana.
Kami memutuskan untuk menaiki STAR Bandaraya memandangkan LRT Masjid Jamek telah ditutup seperti yang telah diberitahu oleh sang polis kepada kami. Kami melalui kawasan belakang Sogo yang sangat lengang, tiada seorang pun manusia tika itu. Di hadapan kami sudah menunggu kumpulan polis yang bersiap sedia untuk menahan sesiapa sahaja yang mereka sukai. Seperti sudah dijangka, kami diberhentikan. Bertanya ke mana kami mahu pergi, memarahi kami kerana berada di situ pada hari itu! Tidak cukup dengan bertanya, beg kami pun mahu diperiksanya. Lalu kami biarkan beg kami diperiksa sedangkan mengikut undang-undang, mereka tiada hak untuk mencampuri urusan privasi kami.
Alhamdulillah kami berjaya melepasi polis-polis yang tidak bertamadun itu. Kami terus menuju ke destinasi tujuan, AM. Sampai sahaja di sana, sekali lagi kami shock! Sungguh tidak kami menyangka, sudah ratusan atau mungkin ribuan polis sudah pun menunggu di laluan tiket juga di tangga-tangga. Memang cekap dan pantas sunnguh mereka bekerja, tahniah! Kami juga seakan lupa, pastinya SB mereka yang berada di setiap celah dan ceruk lautan rakyat telah berjaya menjalankan tugas mereka dengan jayanya.
Akhirnya kami berjaya tiba di AM dengan selamat. Rasa sedih sungguh di hati ini, bergerak bagai seorang penjenayah lagaknya di dalam negara yang mengaku mengamalkan prinsip demokrasi perlembagaan. Kami berhajat untuk makan dan solat sementara menunggu detik 2 petang yang bersejarah tidak berapa lama lagi. Usai makan, kami segera ke surau di dalam AM. Dan sekali lagi shock kami berganda!
Kenapa kami shock? Rupanya kami melihat kumpulan polis di hadapan surau. Kami bercanda, takkan mahu menangkap orang yang mahu solat? Pelik betul dunia akhir zaman, orang yang melaksanakan arahan Tuhan dianggap orang yang jahat, na'uzubillah!
Setelah kami masuk ke dalam surau dan bersiap untuk mengambil wudhu', tiba-tiba masuk seorang polis wanita. Dia mahu memeriksa IC kami. Pelik bercampur hairan kami dengan polis wanita ini. Takkan mahu memeriksa IC di kala orang mahu solat? Sangat tak masuk akal tindakannya kepada kami. Tetapi sebagai muslim yang diajar untuk menghormati muslim yang lain, kami pun membenarkan IC kami diperiksa. Kami hanya menunjukkan sahaja kepadanya kerana dia tidak punya hak untuk mengambil IC kami. Tetapi dia bertindak agak kasar, mahu mengambil juga IC saya, lalu saya menariknya kembali! Walaupun saya rasa saya kurang ajar, tetapi saya punya hak untuk bertindak begitu..
Percaturan Allah, itu yang terbaik..
Kami melaksanakan solat Zuhur kami, berdoa, merayu kepada-Nya agar demonstrasi yang bakal berlangsung dipermudahkan-Nya. Usai solat, kami masih menunggu berita untuk bergerak ke tempat kejadian. Tetapi kami mendapat khabar, kereta api telah diberhentikan, polis-polis menjaga di setiap stesen! Dahsyat sungguh mereka, lagi dahsyat adalah orang yang memberi arahan kepada mereka. Kasihan sekali, sudah tidak dapat membezakan yang mana haq dan yang mana bathil.
Sebagai hamba, kami akur dengan percaturan Dia. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami. Sudah tentu tadbir kami tidak mampu mengatasi takdir Ilahi. Kami sudah pun membayangkan bahawa kami bersama para demonstran telah pun berarak sambil melaungkan semangat BERSIH dan HIDUP RAKYAT! Kami juga membayangkan kepedihan disembur dengan water canon juga gas pemedih mata, berlari-lari dalam keributan hambatan polis dan FRU..
Akan tetapi, kami akur. Allah mahu menguji kami. Jika diturut nafsu, sudah tentu kami akan merempuh dan mengambil risiko menuju ke tempat kejadian. Tetapi cepat-cepat kami bertanyakan Iman kami, bahawa kami harus wala' kepada arahan yang disampaikan. Setiap peran dan posisi kami sudah tercatat, dan moga ianya diterima sebagai ibadah dan niat ikhlas semata-mata kerana-Nya. Inilah bingkisan mozek BERSIH 2.0 kami dan kami juga telah mendengar mozek-mozek BERSIH 2.0 para sahabat kami. Ada yang ditahan di lokap dan PULAPOL, ada yang muntah dek semburan gas pemedih mata dan yang lebih menyayat hati kami, ada yang meninggal dunia di dalam tunjuk rasa ini! Masya-Allah moga mati beliau adalah mati syahid. Begitulah kisah kami, rakyat Malaysia yang tidak didengari haknya oleh pemimpin negara. Saya berani berjanji, tidak mustahil BERSIH 3.0 akan kembali!
Wallahua'lam.
hehe. hebat2! lagak srikandi era moden. pasti anak cucu awak bangga dengan coretan awak ni. ^_^
ReplyDeletekagum sungguh dgn perkongsian kakak solehah! ingin punya bakat menulis sepertimu..
ReplyDeleteya, BERSIH 3.0 pasti menyusul andai kerajaan terus tdk peduli dgn suara rakyat! Allahu Akbar!
Humm>> oh, malu hamba =,=, tp tetap x leh lawan awk, report awk lg besh, hehe..apa2 pun, ini versi saya, hope i can tell my child this is my BERSIH's story ;), syukran ats sokongan awk, shbt =)
ReplyDeleteAisyah Solehah>> malu rasa Aisyah bc tulisan akk yg ntah ape2,omelan sang demonstran lara, huhu..syukran Syah, Aisyah juga sudah menulis dgn baik, berlatih dan berlatih, pasti akn lbh ampuh tulisannya..hm, akk bg 1 asgnmnt blh? ceritakan BERSIH 2.0 versi Aisyah blh? akk tunggu =)..'ala kulli hal, trm ksh ats sokongannya adikku..
salam...bangga dengan penulisan ini, mencurahkan rasa terpendam, mewakili suara yang datang menyaksikan regim najib beraksi. tahniah akak =) salam perjuangan! miss u =,)
ReplyDeleteAisyah Yusof>> syukran laki adinda ats ziarah dan coretan di halaman akk..malu kt Aisyah,amin ats doanya..Aisyah pun, smg istiqomah! Miss u too ^_^
ReplyDeleteSalam,tahniah menjadi insan yang terpilih.Qoute : "Setiap peran dan posisi kami sudah tercatat, dan moga ianya diterima sebagai ibadah dan niat ikhlas semata-mata kerana-Nya." - LIKE !!
ReplyDeleteIzzatie>> sahabatku, pendorongku,syukran laki ats ziarah..Alhamdulillah, sebaik2 ucapan kan shbt? hehe itu ayat celupan jgk tu, garapan drpd bacaan novel huhu..nti, ana suka dgn post Bahasa Arab nti, terbaik! mmg teringin sgt nk belajaq blk, lm dh tinggai..ana rs p menadah kt nti pun ok kan? doakan yg terbaik zah na..'ala kulli hal, jzkkk ats jejak yg ditinggal di laman ini. =)
ReplyDeletesalam alaik.
ReplyDeletejln-jln tjumpe kalam mozek B ni ;)
em..adakah anda org d dlm surau itu ;) adakah sama-sama kite jln pulang..naik lrt..naik bas..jln kaki..;)
syabas & tahniah ats keupayaan utk wala' dan thiqah dgn arahan pimpinan =D maka, time ni lah nk tahu sejauh mana berkesannye modul dlm tiap T yg anda telah tempuhi ;)
salam juang dik!! sirru ala barakatillah! barakallahu.
Kak Shida>> 'alaiki bissalam. Allahu Allah..malu pulak rasa akk membaca tulisan biasa2 ni..iya kak, sy dan shbt2 di dlm surau itu tp kita x saing naik lrt dan bus :)
ReplyDeleteSyukran kak, ats asbab arahan ini, km belajar utk wala' dan ketepikan nafsu km yg membuak2 mahu turut serta dlm crowd, smg Allah meredhai..
Slm juang jgk utk akk, mahu contohi sifat berani akk tetapi cool itu =)
biso sokmo kakak saya ini..
ReplyDeletetiada apa yang saya dapat coretkan umpama album perjuangan Mozek BERSIH awak,
Adik>> Adik terhebat saya, awak lg kattang, berdemo di seantero dunia, itulah album perjuangan yg paling hebat utk dilegasikan!
ReplyDeletewohoo, ana tak share lg apa2 pasal Bersih 2.0.. atas dasar faktor keselamatan.. heh
ReplyDeleteYard>>time kaseh ats kesudian meninggalkan jejak..dakpe2, semangat di dlm FB pun dikira jugak ;)
ReplyDeleteselagi ada hari..pasti ada memori
ReplyDeletetak kira putih hitam..
takkan pernah bisa padam...
terkesan...