Skip to main content

Sakinah


Bismillahi walhamdulillah

“La Tahzan!” Ungkapan keramat sehingga dibukukan dan menjadi best seller ini terlalu azimat buat insan yang benar-benar menghayatinya. Nyata, Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dengan sentuhannya yang berhikmah bisa memujuk hati yang lara, membelai jiwa yang gundah dan menyelimuti dada yang resah, Tabarokallah!

Seputar diri ini mengenang kembali dosa-dosa silam, apakah sudah baik benar bergelar hamba-Nya? Sudah tentu jawapannya TIDAK! Susah benar mahu menjadi hamba-Nya yang solehah, hamba-Nya yang menyerahkan segala jiwa dan raga dengan segenap dan sebulat tawakkal hingga dia merasakan tiada tempat untuknya bergantung harap melainkan kepada Rabbnya semata. Susah benar!

Terkadang jiwanya dirasa amat kosong, sedangkan lidahnya sudah berkumat-kamit menuturkan zikrullah..Allahu Allah..apakah benar hatinya sedang bertawajjuh atau hatinya itu lalai? Na’uzubillah!

Lalu hamba yang kerdil, hina-dina ini meminta dengan amat sangat, di dalam sujud dan doanya yang penuh pengharapan agar dicampakkan sakinah (ketenangan) dan khusyu’ di dalam hatinya yang tidak tenteram akhiran ini.

Benarlah nasihat seorang sahabat yang dihormati, “usah mencari tenang di dalam kehidupan tetapi carilah ketenangan di dalam solat”. Allah Al-‘Azhim! Usah jua engkau mencari pujian makhluk kerana dikhuatiri engkau akan binasa dengannya, na’uzubillah!

Lewat Januari, masa dirasakan berlari dengan kencangnya. Fatrah beralih fasa status jua makin mendekat. Allahu Rabbi..lalu kepada-Mu jua aku meminta. Dalam keadaan apa sekali pun, Engkau pimpinlah aku Ya Rabb, Engkau pandulah aku Ya Rabb, Engkau kuatkanlah aku Ya Rabb..kerana untuk menjadi hamba-Mu yang istimewa amat susah benar. Akan tetapi kedudukan istimewa itulah yang aku idam-idamkan.

Doa digandakan, mudah-mudahan dengan peralihan status ini menjadikan kami hamba-Mu yang semakin aqrab dan intim dengan-Mu, menjadikan kami ansorullah yang tidak lalai dengan kemelut dan ujian dunia yang semakin menggoda nafsu kami. Ya Rabbi, jadikanlah pernikahan kami sebagai wasilah untuk kami berjalan menggapai redha-Mu dan mencetak mujahid-mujahidah ummah dengan niat untuk menegakkan dan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Allahu a’lam.

Catatan dinihari,
Tanah kedewasaan,
Juliana.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...