Skip to main content

2012| Menguji Rasa

Bismillahi walhamdulillah

Tirai 2012 telah diangkat, meninggalkan segala plot cerita 2011, manis, masam, pahit, suka, duka, tawa, ria dan segala rasa jika ianya boleh dideskriptifkan. Dan aku..menoleh setahun yang sudah berlalu itu, yang sudah tentunya wajib atasku untuk bermuhasabah (accountability), menghitung segala perilaku, amal buatku yang lalu, adakah benar semuanya dilaksanakan mengikut perintah-Nya dan bisa mengundang redha-Nya? Allahu Allah, moga-moga ianya diterima Allah..

Angka umurku sudah beranjak lagi, 26 tahun! Masya-Allah, sudah tua rupanya wahai diri..kudrat sudah tidak secergas dahulu, daya ingat tidak secerdas dahulu dan langkahku tidak setangkas dahulu. 'ala kulli hal, marilah kita memanfaatkan sebaiknya segala nikmat yang Allah pinjamkan buat kita, buat bekal di hujung permusafiran kita insya-Allah.

2011 mencoret cerita ceria dan tidak dinafikan terselit juga cerita hiba. Sahabat-sahabat dan teman-teman seangkatan rata-ratanya telah selamat menyempurnakan separuh dari agama, alhamdulillah. Ramai juga yang telah memikul amanah sebagai ibu dan bapa buat si cilik mujahid/ah tercinta, syukur Lillah. Sungguh aku gembira menyaksikan teman-temanku gembira..teman sepermainan lewat zaman sekolah, teman seperjuangan alam kampus semuanya telah membina dan punya laluan hidup masing-masing, Tabarokallah!


Tidak dilupakan buat mereka yang dijemput Ilahi pada tahun 2011. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali. Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah mereka yang banyak mengingati mati.

2011 juga punya cerita cinta..cerita cinta aku dan adinda-adinda, cerita cinta aku dan Shah Alam, cerita cinta aku dan Masterku. Alhamdulillah'ala kulli hal ya Rabbi..atas setiap nikmat dan anugerah yang Engkau izinkan dan sempatkan aku untuk merasai dan menikmatinya. Shah Alam, cerita cinta aku bersama Adinda Khai, Adinda Yard dan Adinda Amirah Najwa =), takkan aku lupa sampai kapan pun, insya-Allah!

Terkadang rasa rindu mengusik jiwa. Sungguh Allah itu Maha Tahu, saat rinduku terhadap adinda-adinda dan teman-teman menerpa, rupanya mereka juga merindui hal yang sama. Subhanallah, begitu hebat kasih sayang hamba-hamba-Nya yang saling berkasihan kerana-Nya semata. Segala pujian hanya pada-Mu semata ya Allah, kekal eratkanlah ukhuwwah kami selamanya..

Semester kedua Masterku bakal berakhir tidak lama lagi. Menunggu dengan tidak sabar berakhirnya dua kertas peperiksaan akhirku. Sungguh semester ini benar-benar menguji rasa, seakan hilang fokus! Allahu Allah, permudahkanlah segala urusan hamba-Mu yang lemah dan hina ini. Tika ini Allah sentiasa memujukku tika badan rasa lemah, fikiran tidak berdaya dengan mengingati kalam-Nya [Ali-Imran:200].

Ahlan wasahlan 2012! Biar pun hari ini sudah  merangkak ke hari yang ke-15 dalam bulan Safar, masih tidak lewat untuk terus membina dan mengkentalkan azam kita! Rabbuna yusahhil!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...