Skip to main content

2015; Masa Semakin Suntuk

Bismillahi walhamdulillah

Memulakan kalam bicara dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kita baru usai menyambut kelahiran baginda SAW pada hari Sabtu yang lalu. Semoga bertambah lagi kecintaan kepada Allah dan Rasulullah, melebihi cinta kepada diri sendiri, keluarga dan harta benda kita.

Sesuatu yang sukar untuk dilalui apabila saudara-saudara kita ditimpa musibah banjir pada Disember 2014 yang lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Alhamdulillah Tabarokallah atas keprihatinan rakyat Malaysia yang tidak lokek menghulurkan sumbangan, biarpun kecil tetapi kita harapkan ianya dapat menjadi amal jariah kita di Akhirat kelak.

Mini Tsunami, ada yang menyebutnya begitu, menggambarkan suasana pasca banjir yang dahsyat terutamanya di Kuala Krai dan Tanah Merah, Kelantan. Allahu Akbar! Hanya kepada Allah disandarkan segala harapan dan doa. Mereka menjadi insan-insan terpilih untuk diuji dengan kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Allahu Allah..kita sendiri pasti tidak menanggung dugaan yang berat ini. Tetapi indahnya menjadi seorang mukmin kerana orang mukmin itu sentiasa positif dan menerima segala Qadha' dan Qadar Allah dengan tenang dan redha. Kita mendoakan semoga semua mangsa banjir sabar dan redha atas ujian yang menimpa mereka.

2015 - Macam Tak Percaya?

Subhanallah, setelah tahun Hijri menjelma kepada 1436H, kini tahun Masihi pula sudah bergerak ke angka 2015! Macam tak percaya? Percayalah, dan sesungguhnya masa semakin laju berputar meninggalkan kita yang masih lagi lalai dan leka. Astaghfirullah..

Ada senarai azam yang mahu dilaksanakan, semoga azam ini selari dengan redha Allah hendaknya. Masa semakin suntuk! Umur semakin bertambah sedangkan amal ibadah...? Muhasabah kembali wahai diri..

Alhamdulillah diizinkan Allah mengecap nikmat sebagai isteri genap 3 tahun dan ibu kepada Nafisah Amani selama 9 bulan 2 minggu, Allahu Akbar! Sudah tertunaikah hak aku kepada suami dan anak dengan baik? Aku memohon Engkau memberikanku kekuatan dan kesabaran dalam memikul amanah ini Ya Allah..





Syukur juga dapat berjinak-jinak dengan perniagaan makanan sunnah Qaseh Gold, semoga Allah redha akan perniagaan ini. Menceburi bidang perniagaan secara sambilan kerana ingin mengambil keberkatan dalam berniaga dan mengikut sunnah Rasul SAW.

Seterusnya adalah untuk fokus kepada PhD insyaAllah. Sungguh berat mahu menyebut ingin melanjutkan pengajian ke peringkat PhD kerana memikirkan tanggungjawab dalam dunia akademik yang mencabar, tetapi suami dan orang sekeliling sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk menyambung pengajian. InsyaAllah dengan diiringi doa mereka dan restu dari Allah, aku akan cuba yang terbaik dalam langkah menuntut ilmu ke peringkat tertinggi.

Langkah ini jangan lelah, tuntutlah ilmu Allah walau payah..

Ummu Nafisah
Baiti Jannati

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...