Maklum Balas dan Komentar Projek Blog Mega Shaklee 1.0 dan Nak Lagi Blog Mega Shaklee 2.0

 Bismillahi walhamdulillah


Allahu Akbar! Saya tidak sedar bahawa saya perlu submit artikel ini sebelum jam 12 malam!

Kelmarin dan hari ini menyantuni ibu yang datang ke rumah saya. Kami menghadiri walimah anak kepada Pak Tam (adik kepada Mak Njang saya di Sg Seluang). Syukur dapat bertemu mata dengan Tok Wan, Mak Tok, Mak Long, Pak Long, keluarga Kak Mizan, Pak Njang sekeluarga serta Pak Uda sekeluarga. Inilah keluarga kembangan Mak saya 😊

Saya berharap artikel ini diterima oleh Master Norita dan Master Salwa πŸ˜‚. Rasa macam student yang buat kerja last minute nak hantar assignment, mohon ampun Master berdua πŸ˜…

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, saya ingin menukilkan maklum balas dan sedikit pendapat berkenaan Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang telah saya dan rakan-rakan bisnes Shaklee join pada awal Februari yang lalu. Walaupun dalam kesibukan kerja hakiki dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, projek ini berjaya 'memaksa' saya keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk terus menulis!


1. Teroka dunia baru

Saya sebenarnya telah ber blog sekitar tahun 2008, ketika itu saya masih di alam kampus. Justeru, saya sering mengetengahkan isu mahasiswa dalam entri saya. Apabila blog saya sudah bersawang dan bagai hendak 'mati', saya merasakan projek blog mega Shaklee ini seolah menghidupkannya kembali. Namun, kali ini entri saya berkisar mengenai dunia kesihatan dan manfaat mengamalkan produk Shaklee. Ini lah dunia baru yang saya perlu teroka lagi, semoga Allah izin saya menimba ilmu daripada leaders hebat dalam Shaklee.

2. Membina jambatan ukhuwwah dengan sahabat yang baru

Saya betul-betul teruja apabila ada sahabat baru yang sudi meninggalkan komen pada entri saya. Terimbau saya dengan kenangan ber blog di era tiada smart phone. Begitu nostalgik dan mencipta kenangan yang manis. Ramai rupanya sahabat-sahabat Shaklee yang hebat menulis dan saya dapat berkenalan dengan sahabat yang baru dan seterusnya mencambahkan idea menulis daripada blog rakan-rakan.

3. Memperkenalkan produk Shaklee dalam carian enjin 

Oh, ini adalah ilmu baru bagi saya. Apabila mendengar penerangan daripada Master Salwa tempoh hari, method blog kini makin dilupakan sebab ramai kalangan seller menggunakan platform socmed. Sebenarnya apabila kita aktif ber blog, entri kita makin dikunjungi oleh pelawat, maka trafik kepada blog akan meningkat dan inshaa Allah kita boleh mendapat pelanggan dari blog kita. Haa best kan?

4. Melatih skill menulis lagi dan lagi

Zaman mahasiswa adalah satu zaman yang sangat saya rindui. Iyalah, itu adalah zaman kita sahaja kan? Zaman single orang kata dan tidak banyak lagi komitmen dalam hidup πŸ˜‰. Biasanya sebelum menulis sesuatu artikel, saya akan membuat sedikit bacaan untuk mendapatkan idea menulis dan memastikan lenggok dan laras bahasa adalah tersusun dan sedap dibaca. Namun hari ini, saya merasakan skill menulis saya makin kaku dan sudah tentu jalan penyelesaiannya adalah MEMBACA! Jika kita membaca tabiat pemimpin dunia yang hebat, mereka sentiasa mengamalkan budaya membaca. Mereka tidak membazirkan masa mereka walau sesaat! Jika nak dibandingkan dengan kita, bagaimana? Tepuk dada, tanya lah minda kita. Sebagai contoh, Imam Syafie membahagikan malam beliau kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga malam untuk berehat, satu pertiga malam untuk menuntut ilmu dan satu pertiga malam untuk beribadah. Boleh baca di sini untuk lebih lanjut. Allahu Akbar!

Saya rasa cukup dahulu di sini berkenaan pandangan saya daripada Projek Mega Blog Shaklee 1.0. Semoga ada rezeki untuk saya join dalam siri kedua nanti. Terima kasih tak terhingga diucapkan buat Master Norita dan Master Salwa atas usaha murni dan hebat iniπŸ’“


Comments