Skip to main content

Tautan Kasih Selepas 16 Tahun

 Bismillahi walhamdulillah,

Usai solat Isyak, aku ingin mencoret sedikit kenangan tautan kasih dengan senior yang ku hormati di kampus UIA dahulu iaitu Kak Nurhidayah atau lebih mesra aku panggil Kak Dayah.

Petang tadi tiba-tiba masuk mesej dalam inbox Facebook (FB) ku daripada Kak Dayah. Sudah lama sebenarnya aku tak bertanya khabar beliau, hanya mengikuti perkembangan beliau di FB sahaja. Kak Dayah memberitahuku bahawa beliau berada di Jitra, mengikuti suaminya yang menyelia pelajar-pelajar di Kedah.

Aku terus menjemput Kak Dayah berjumpa di rumah ibuku sementelahan aku masih berada di sini. Alhamdulillah Kak Dayah sudi menerima pelawaan ku. Selepas Maghrib sampailah Kak Dayah bersama suami, ibu mertua dan 6 orang anak-anaknya. Masha Allah, deras waktu berlalu, akhir pertemuan kami pada 16 tahun lalu iaitu tahun 2009. Kak Dayah grad awal setahun daripada ku.

Kami gembira bersua muka. Banyak cerita yang dikongsikan terutama mengenai perkembangan sahabat-sahabat seperjuangan dahulu. Gembira aku mendengar kejayaan mereka. Suami Kak Dayah, Dr Elmi ialah seorang Pensyarah di UPNM. Khusyuk kami mendengar perjalanan karier beliau dan betapa kuatnya cita-cita beliau sejak di bangku sekolah ingin belajar hingga peringkat PhD. Semoga Dr Elmi terus cemerlang menabur bakti kepada anak-anak bangsa di negara kita.

Ibuku juga seronok berborak dengan ibu mertua Kak Dayah. Beliau rupanya berhijrah ke Malaysia dari Indonesia. Beliau telah mendapat kerakyatan Malaysia dan kini beliau masih aktif mengajar anak-anak kawasan kejiranan mengaji al-Quran. Masha Allah hebat kan? Semoga Allah terus kurniakan kekuatan kepada beliau dalam beribadah.

Tidak terasa kami berborak sehingga 2 jam! Kataku kepada Kak Dayah, jika ditambah masa pun belum tentu habis cerita kami 😂. Sehingga kita bertemu lagi kekandaku. Terima kasih sudi ingat kepadaku dan dengan izin Allah, kita bertemu mata hari ini. Semoga Kak Dayah sekeluarga sentiasa dalam jagaan Allah hendaknya.

#tautankasih

#iiumreunion

#baitulmuslim

Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...