Skip to main content

Majlis Graduasi Huffaz ke-10 Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

 Bismillahi walhamdulillah,

Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi, Dia masih memberi izin kepadaku untuk bernafas, mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Hidup ini adalah medan ujian. Terkadang kita merasakan kesusahan dalam kepingan puzzle kehidupan kita, namun di akhirnya kita pasti akan merasai hikmah daripada kesusahan itu.

Apabila melihat posting yang lalu, rupanya setahun telah pergi meninggalkan kita. Hari ini telah mencatatkan tarikh 30 Disember 2025, bermakna berbaki satu hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2026. Sudah tentu banyak impian dan azam baru yang kita nak capai. 

Tahun 2025 meninggalkan banyak cerita dalam diriku. Impian menyambung pengajian terpaksa ditangguhkan lagi atas faktor sesi persekolahan yang singkat dan tumpuan harus diberikan kepada anak-anak pelajarku yang menduduki peperiksaan SPM. Aku akui kemampuan diri adalah terbatas untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama. Aku berdoa semoga Allah aturkan yang terbaik buat diri dan keluargaku.

Masha Allah Tabarokallah! Julung-julung kali kami mengadakan Majlis Graduasi Huffaz di luar Kulim dan mendapat penghormatan dan perkenan DYTM Raja Muda Kedah untuk merasmikan majlis kami. Tidak pernah ianya menjadi angan-angan kami tetapi rupanya percaturan Allah adalah indah sekali.

Saat kami dimaklumkan MGH akan diadakan dalam cuti sekolah, rata-rata kami sudah susah hati. Dalam kepala sudah ligat berfikir bagaimana nak mengatur hari cuti nanti. Pelbagai andaian negatif memenuhi ruang fikiran, rasa berdosa pula🥹

Maka, sebab itu kita perlu berpegang kepada keputusan dalam jemaah dan wala' serta patuh kepada kepimpinan sekolah. Ini yang Islam ajarkan kepada kita kan? Fikiran kita adalah terbatas, terkadang mahu memberontak jika sesuatu arahan yang diberikan tidak kena dengan 'selera' kita. Namun jika kita membuka hati dan melapangkan fikiran untuk menerima arahan itu, Allah akan menurunkan pertolonganNya, inshaa Allah.

Ini lah yang kami rasai dalam Majlis Graduasi Huffaz Tahun 2025 kelmarin. Walaupun majlis yang berlangsung adalah singkat sahaja, namun memorinya amat manis untuk dikenang. Momen mahal dan rezeki anak-anak graduan kami yang menerima sijil tamat hafazan 30 juzuk al-Quran daripada Tuanku Raja Muda Kedah sendiri. Tahniah buat anak-anak didik kami yang amat disayangi.

Para graduan bergambar kenangan dengan DYTM Raja Muda Kedah di hadapan Dewan Seri Negeri


Muhammad Hazim bin Hanif Omar menerima Anugerah Khas 


'Izzatul 'Ulya Az-Zahra binti Mahamad Afif dinobatkan sebagai Tokoh Hafizah Tahun 2025


 Sesi bergambar DYTM Raja Muda Kedah dan dif-dif kehormat 


Merakamkan momen bersama anak didik graduan putera


Bersama sahabat-sahabat guru dan Guru Kanan Tahfiz 
(Ust Zahid)


Sebahagian guru bergambar bersama Tuan Pengarah LMM 


Kenangan indah semua berbusana yang sama dan berselendang 

Alhamdulillah syukur, majlis kelmarin berlangsung dengan jayanya. Diamanahkan sebagai AJK Protokol amat mendebarkan hati. Seawal pagi kelmarin sudah tidak berselera untuk menjamah makanan. Sampai sahaja di Dewan Seri Negeri, terus mengatur kedudukan para waris dan hadirin. Kemudian bersiap-siap menunggu vip yang telah diagihkan kepada setiap guru bertugas. Berjalan sana sini sehingga rasa sakit tumit, almaklum faktor usia dan berat badan juga😂. Namun inilah merupakan pengalaman manis buat diri dan sahabat-sahabat MTSD. Penat tidak dirasai apabila kita bekerjasama dalam memastikan kejayaan perjalanan majlis yang penuh bersejarah ini. Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memudahkan urusan kami. Hanya kepada Engkau kami menyerahkan segala urusan kami.

Nurhafizah Yaakob
Jitra, Kedah
30/12/2025





Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...