Skip to main content

Mari Nikmati 'Ketupat Cinta'


Pertama kali terpandang hidangan terbaru Faisal Tehrani ini, membuatkan saya teruja untuk menjamu selera dan merasai keenakannya. Tidak berpeluang ke Book Fair yang diadakan Ogos lalu membuatkan saya mengidam Ketupat Cinta ini. Apabila saya menziarahi bilik sahabat dan adik baik saya, terpandanglah saya hidangan ini lalu tiada lengah, saya terus meminjamnya. Terima kasih Annisa the Second kerana mengizinkan saya menjamu selera sepanjang cuti penggal ini =)

Ingin sekali saya mengajak anda turut menjamu selera hidangan Faisal Tehrani kali ini. Bagi saya, air tangan beliau kali ini lain dari yang biasa. Anda pasti akan mengkagumi keindahan masakan Melayu kita yang diceriterakan dengan falsafahnya sekali. Turut mewarnai hidangan beliau adalah setting yang melatari iaitu period zaman Kesultanan Melayu Melaka. Amat indah sekali gaya bahasa yang digunakan di samping terselit juga unsur humor dan sinis yang tidak keterlaluan.

Sudah tentu saya tertarik dengan hero Ketupat Cinta ini iaitu gerau diraja, Tun Lepat! Kadang-kadang sampai terliur saya membayangkan masakan enak-enak yang dicipta oleh Tun Lepat. Hm, Roti Chennai Tun Senaja, Gulai Batang Pisang Parameswara, Asam Pedas Berkat dan pelbagai lagi… plus saya tertarik adalah disebabkan setiap masakan itu mengandungi falsafahnya yang tersendiri. Mahu tahu? Anda HARUS memilikinya!

Ketupat Cinta [Musim Pertama] ini juga disulami dengan wajah politik yang berlaku di tanah air kita sendiri. Mungkin anda tidak sedar semasa anda sedang menjamu selera tetapi waspadalah! Kerana tidak semua masakan yang nampak sedap itu juga mempunyai rasa yang sedap =) Begitulah warna politik di Malaysia. Hendak menzahirkan SEDAP dan menampakkan ianya SEDAP walhal intinya bisa meracun rakyat seluruhnya. Seperti Kuih Bom Tun Senaja. Kuih bom adalah sejenis kuih yang bulat rupanya dan digolek dengan bijan yang keemas-emasan dan pastinya menggamit selera. Aduhai, kuih yang sedap ini rupanya digaul dengan air kapur berbancuh racun oleh Tun Senaja yang bertujuan untuk membunuh Tun Sri Ramelah! Mungkinkah selama ini rakyat sudah dihidangkan dengan Kuih Bom Tun Senaja?

Ketupat Cinta…saya menantikan [Musim Kedua] pula. Anda?



Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...