Skip to main content

Semester Akhir

Bismillahi walhamdulillah..

Lama sungguh tak mengupdate Leading The Change ni. Maaf ya, awal minggu semester akhirku dipenuhi dengan ulang-alik ke CTS dan jumpa Kak Maria, gara-gara nak add subject FYP ku. Welcome back to IIUM Kuantan Campus, Hafizah! Subhanallah, dah semester akhir rupanya aku di Taman Ilmu dan Budi ini. Banyak manakah ilmu-ilmu yang sudah ditimba dan diamalkan? Adakah aku menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu? Bermuhasabah seketika..

Terlalu banyak peristiwa penting yang terjadi sepanjang minggu lepas. Sudah tentu peristiwa-peristiwa tersebut menginsafkanku dan memberiku pelajaran hidup yang sangat berharga. Thank You Allah!

Baru sahaja aku mendapat tahu the cute baby boy, 'Ukasyah, anak kepada Mawaddah dan Hafiz (student UIA) telah dijemput Ilahi petang tadi. Aku mendapat tahu 'Ukasyah tersedak semasa minum susu di nursery. Allahu Rabbi..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah terus memberi ketenangan dan kekuatan kepada keluarga Mawaddah dan Hafiz. Sesungguhnya anak juga adalah pinjaman Allah Ta'ala dan Allah berhak untuk mengambilnya kembali jika Allah mahu.

Baitul Muslim. Pada usia sebegini, pasti aku tak terlepas dengan usikan "bila nak kawen?", "dah ada ke belum?", dan pelbagai lagi. Wallahua'lam. Bagiku, jodoh, ajal maut di tangan Allah Ta'ala. Jika sudah sampai jodoh, maka tunggu apa lagi? Kahwinlah terus! Sudah ramai sahabat-sahabat dan rakan-rakanku yang telah selamat melayari alam rumah tangga, Alhamdulillah..

FYP. Fight for it! Inilah masanya untuk aku menumpukan seluruh fokusku kepada FYP ku kali ini. Semoga Allah membantuku, i'Allah.

Sekian dahulu untuk kali ini, kita jumpa lagi..
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...