Sekitar Majlis Konvokesyen Kali Ke-26 IIUM




Puja-puji hanya milik Allah, Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana. Alhamdulillah, pada hari yang bersejarah ini, aku telah berjaya bergelar Graduan International Islamic University Malaysia (IIUM) dalam Bachelor of Mathematical Science (Honours).

Kulliyyah of Science merupakan kulliyyah terakhir yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada hari terakhir Majlis Konvokesyen kali ke-26 ini iaitu pada hari Isnin, 4 Oktober 2010, bersamaan 25 Syawal 1431H. Wajah-wajah yang ceria dan penuh kegembiraan dapat aku lihat pada hari ini dan tidak terkecuali diriku jua.

Enam tahun sudah berlalu. Serasa baru semalam aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswa IIUM tetapi pada hari ini, di dalam dewan yang sama, Cultural Activity Centre (CAC) Hall, aku menjejakkan kaki di atas pentas utama, menerima penganugerahan yang bermakna daripada pihak universiti. Terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga buat semua komiti Majlis Konvokesyen atas segala persiapan dan sambutan istimewa buat kami.

Sudah tentu kejayaan aku dan rakan-rakan pada hari ini adalah berkat doa kedua ibu bapa, para pensyarah juga rakan-rakan seperjuangan. Tanpa doa, sokongan dan bantuan mereka, kami mungkin tidak dapat mengecap kejayaan ini. Jutaan terima kasih dan tidak terhingga terima kasih kami buat kalian, hanya Allah Ta’ala yang layak membalasnya.

Aku sudah tidak bergelar mahasiswa kini. Namun, tidak bermakna ilmu yang aku timba di IIUM dahulu berakhir di sini sahaja. Sebenarnya langkahku baru sahaja bermula. Setelah bergelar seorang graduan, aku telah beralih ‘alam’ atau transisiku kini adalah menuju ‘alam’ yang lebih hebat cabarannya, lebih sibuk kehidupannya dan lebih singkat masanya. Seluruh jiwaku, ruhaniku dan jasmaniku kini wajib dioptimumkan untuk kemaslahatan ummah dan agamaku khususnya. Subhanallah, hanya kepada Allah dipanjatkan doa agar diberikan kekuatan untuk mendepani segala ujian hidup yang semakin mencabar ini.

Keputusan permohonan Sarjanaku daripada pihak IIUM adalah negatif, namun ‘Appeal Letter’ telah dihantar sebagai usahaku untuk diterima menyambung pengajianku di sana. Aku cuba berikhtiar semampuku dan selebihnya aku serahkan kepada Rabbku. Jika perjalananku adalah baik di IIUM, maka aku mohon agar Dia memudahkannya dan jika ia tidak baik bagiku, aku juga memohon agar Dia mengurniakan jalan terbaik untuk diri yang lemah ini. Buat sahabat-sahabatku, aku juga amat mengharapkan doa daripada kalian. Mungkin amalan kalian yang lebih hebat daripada diri ini bisa mengundang mustajabnya doa kalian dan kerana itu aku memohon doa daripada kalian. Syukran sahabat-sahabatku.

Mari kita berazam dan pasakkan niat untuk menjadi yang TERBAIK dalam apa sahaja pekerjaan kita. Jika mahu melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Master dan PhD, dapatkan yang TERBAIK dan TERHEBAT untuk itu dan aku yakin kita semua mampu memperolehnya. Yakin, optimis dan banyakkan doa kepada-Nya, insya-Allah semoga Najah menjadi milik kita semua, dunia dan akhirat.

p/s: Semoga Allah mengganjar yang terbaik buat Ayahanda dan Bonda atas tarbiyah terhebat buatku dan adik-adik dalam mengenal erti kehidupan dan kedewasaan {^,^}

Comments

  1. TahNiaH ea.. sis, semoga 'ilmu yang ditimba menjadi bekal dunia-akhirat; BarakALlahu feek ^_^

    p/s: berharap jugak untuk berdiri kat pentas yang sama untuk terima scrol tuh bile tibe satu mase nnt, insyaALlah >_<

    ReplyDelete
  2. salam...ke hadapan kak fizah yang sentiasa syah ingati dan rindui selalu...
    tahniah buat akakku syg.
    perjuangan di kampus berbaki dengan kenangan indah ukhuwah kita. smoga terus tabah berjuang di medan sebenar di luar sana =)
    free-free nnt dtgla mlawat km di kuantan =,)
    may ALLAH will always bless you. Have a blast n wonderful days onwards! =)

    ReplyDelete
  3. perindu>> Syukran bro perindu. Blh tau adik perindu ni sp namanya dan dlm kursus apa di UIA K? Medan sbnr telah bermula, doakan akk kuat. Insya-Allah anda jg bakal menjejakkan kaki di ats pentas CAC nnt. Pd ms itu, terbyg segala suka duka sms bergelar mahasiswa. Ma'an najah!

    Aisyah syg>> Syah! Ya Allah, syukran dik ats doa. Akk tgh teringat sgt2 kt adik2 akk, klu ada sayap, mahu shj terbang ke sn menemui adik2 akk. Alfun syukran ats ingatan dan doa, ssghnya Allah jua yg mencmpkkn rs ukhuwwah n ksh syg ini kpd kita kn?smg ianya berpnjgn hgga di akhirat sn, akk nk jd jiran Aisyah nnt, blh? =)
    Aisyah pun, smg diberkati Allah dan dikurniakan Najah dunia akhirat. Syg Aisyah sgt2!! *,*

    ReplyDelete
  4. sorry my dear for being last person that wishing you~

    apapun..semoga berkat ilmu dipanjangkan untuk mendidik generasi pejuang masa hadapan..kenanagan bersama kakak ku yang sanagt saya cintai ini,akan saya semat abadikan dalam sanubari..doakau.moga syurga tempat persinggahan abadi,paling berbaloi untuk seorang kakakku yan bernama nurhafizah!~

    ReplyDelete

Post a Comment