Benarlah sesetengah orang berkata,
“Menjadi graduan bukanlah berakhirnya sebuah kembara pencarian ilmu tetapi ia merupakan satu PERMULAAN kepada sebuah destinasi perjalanan yang jauh lebih mencabar, panjang dan penuh dengan ranjau.”
Perancangan yang teliti dalam menentukan hala tuju dan perjalanan hidup selepas graduasi amat dan TERAMAT PENTING sekali! Beberapa plan harus disediakan, tidak cukup dengan plan A dan plan B sahaja, mungkin menjangkau sehingga plan Z, mungkin..dan di sinilah segala pengalaman di alam kampus dahulu dikerah, diperah dan cuba diaplikasi sebaik mungkin..
Semasa bergelar seorang pelajar Tahun Akhir, aku cuba-cuba membayangkan kehidupan selepas graduasi, pastinya penuh dengan dilema..dilema mahu memilih kerjaya, dilema interview, dilema memilih tempat pengajian untuk MA dsb.
Dan sekarang sememangnya diriku berada di dalam dilema. Aku mengira-ngira, sudah hampir 6 bulan tamat belajar, hampir 4 bulan bekerja yang berbaki lagi sebulan dan tinggal 2 bulan sahaja untuk menunggu jawapan permohonan Sarjana..Subhanallah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui hati dan perasaan ini..
Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman itu pasti akan diuji. Dan aku sangat meyakini firman-Nya, ampunkan aku Ya Allah..
Kembali terngiang-ngiang di telingaku kata-kata azimat daripada kakak usrah yang ku hormati, Kak Azsida,
“Ilmu Allah itu mahal. Bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu-Nya..”
Ana muwafiqatun! Aku sangat-sangat merasainya sekarang, tambahan apabila permohonan Sarjanaku direject baru-baru ini. Khabar sedih ini hampir-hampir mematahkan semangatku untuk menyambung pengajian Sarjana tetapi cepat-cepat aku memujuk diri, “mungkin tiada rezeki di situ” dan sahabat-sahabatku sentiasa di sisi, memberi perangsang dan semangat untuk diri ini menjadi lebih berani dan kuat untuk meneruskan langkah, terima kasih amat sahabat-sahabat dunia akhiratku, Humm, Husna, Bah, Izzatie dan semuanya..
Dan diri ini mahu terus menjadi LEBIH BERANI! Ini hanyalah ujian dunia yang amat kecil, tiada bandingan dengan ujian yang dihadapi oleh kekasih agung, Nabi Muhammad s.a.w. Wahai Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk kembali bangkit dan meneruskan langkahku dalam mencari dan menggali ilmu-Mu yang maha luas, amin..
Allah tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya..dan hari ini aku menerima khabar gembira, sebagai ganti khabar dukaku tempoh hari. Syukran Ya Allah, aku sayang dan cinta kepada-Mu (^_^)
“Milik-Nyalah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” [42:12]
{azam mahu terus jadi hamba-Nya yang solehah (^^, }
La tahzan ya ukht! Innallahama'ana. Usah gusar.Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Cuma belum jumpa lagi sahaja. Apa yg penting teruskan usaha dan berdoa! Yeah~
ReplyDeletePada setiap yang mencari pasti akan menemui. Kerja Tuhan siapa tahu =)
Adinda! Kamu slalu ada di kala masa suka & duka ku..thanks a lot! The same prayer goes to you, smg najah dlm alam mahasiswa, alam kerjaya, alam dunia dan alam akhirat sn..
ReplyDeleteSemlm km dok tgk gmbq suma2, ab2ku..huhu rindu T_T
fizah dearie...
ReplyDeletePASTI Allah nak tempatkan kamu di tempat yang lebih baik. Allah tahu apa yang terbaik utk kamu.
kita doakan awak sentiasa sukses di dunia dan akhirat. apa jua jalan yang kamu lalui, saya pasti sokong. KAMU INSAN HEBAT, FIZAH!
love u, sayang!