Antara Garisan




Terkesan.

Insaf.

Ampunkan hamba-Mu Ya Allah..

'Buah tangan' Astro Ria malam ini. Walau sudah diulang tayang, baru kali ini berkesempatan menyaksikannya daripada awal.

Saksikanlah, ada mesej dan ingatan buat mereka yang sedar.

Usah megah dan suka sekali 'menghukum' orang lain, megah diri, mendabik dada bahawa diri ini begitu mulia dan dijamin ke syurga-Nya, na'uzubillah!

Urusan dosa pahala adalah urusan Allah Ta'ala, empunya diri lemah ini. Adakah manusia yang hina bisa mengukur dan menentukan dosa-pahala orang lain?

Antara Garisan..

Seorang ustaz yang disanjung mulia oleh penduduk kampung akhirnya menangis sendiri atas keterlanjuran dosanya.

Dahulu, dia memandang hina perilaku seorang GRO..sampai bisa menghukum, JIHAD katanya..Amar Ma'ruf Nahi Munkar bilangnya..tetapi dia telah menyalah tafsirkan jihad dan AMNM itu, tidak seperti yang Islam ajar kepada penganutnya!

Kini..seorang GRO yang dipandang hina itu telah bertaubat dan dia berdiri, menyaksikan Ustaz yang 'mulia' itu dicemuh penduduk kampung atas maksiat yang dilakukan.

Nah, siapakah yang lebih mulia di sisi Allah?

Orang yang suka menghukumkah? atau

Orang yang bertaubat di atas segala dosa-dosanya?

"Sesungguhnya Allah amat mengasihi dan mencintai orang-orang yang bertaubat kerana Dialah Yang Maha Penerima Taubat"

Comments