Bismillahi walhamdulillah
Pertama-tamanya Alhamdulillah, pujian kepada Rabbul Jalil, aku masih lagi diberikan umur pada hari ini. 3 Nov sudah menjengah, anak didikku bakal bertempur pagi ini, untuk kertas 'Calculus II For Engineers'. Doa dipanjat, semoga mereka dapat menjawab dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran =)
Sebenarnya niyyahku mahu ke UiTM Perlis hari ini, mengambil answer scripts MAT 285 (Further Mathematics For Engineers) dan seterusnya berada di sana sepanjang peperiksaan bagi kertas MAT235 berlangsung. Sepanjang malam tadi, aku berdoa moga-moga bah yang melanda kawasan-kawasan rendah di Jitra hingga ke Arau surut, agar aku dapat menjejakkan kaki di UiTM Perlis ini.
Hypothesis awalku, mungkin jalan Jitra-Tunjang-Padang Sera-Kodiang masih ditenggelami air. Kawasan di situ sememangnya rendah berbanding Jitra selatan sehingga Alor Star. Pagi ini Mak mengajakku menjemput adinda, Ahmad Zaki yang baru sampai di Shahab Perdana, pulang bercuti dari Uniten. Keluar sahaja dari rumah, kami nampak banyak kereta yang diparkir dalam kawasan Petronas Bandar Darulaman (Petronas ni belakang rumah kami). Terkejut pun ada, sebab meriah jadinya. Yalah, seawal 5 pagi kawasan sekitar rumahku meriah begini, mesti ada 'sesuatu' yang berlaku. Aku bergurau dengan mak, "wah, ramai yang bertahajjud hari ni, kan Mak?"
Mahu membelok kiri dan.. masya-Allah, air sudah bertakung di atas jalan raya, berhadapan pencawang TNB hingga Paya Kechut! "Macam mana nk jalan ni mak?" Solusi dibuat. Patah balik pulang ke rumah, tak dapat pergi ke Shahab. Di luar jalan, kelihatan beberapa penduduk yang rumah mereka ditenggelami air sibuk mengangkat barang dan berdoa mungkin, agar air segera surut. "Kasihan mereka, mesti tak dapat tidur semalam." kata Mak. Iya, betul tu. Allah..terasa berdosa sebab aku masih dapat tidur dengan nyenyak, jiran-jiranku pula terpaksa berhempas pulas menyelamatkan barang-barang mereka.
Mak dan Abah baru pulang daripada 'meronda'. Berita terkini, sepanjang jalan Kepala Batas juga ditenggelami air. Subhanallah, Mak juga mengkhabarkan kali ini air naik lebih tinggi dari 5 tahun dulu! Peti ais, sofa, meja dsb kelihatan berada di atas divider jalan..oh kasihan mereka! Sudah tiada tempat yang tinggi untuk ditempatkan barang-barang mereka itu. Insaf. Kami sekeluarga masih lagi menikmati kehidupan yang baik, masukkan kami dalam kalangan orang yang bersyukur, Ya Allah..
Masih menanti kata putus daripada Abah. Jika air surut, dapatlah ke UiTM, jika sebaliknya maka hanya dari rumah aku mendoakan kemudahan buat anak-anak didikku. Buat keluarga yang ditimpa musibah ini, semoga mereka semua dilimpahkan kesabaran yang tinggi dan tidak berkeluh kesah atas ujian yang menimpa. Sesungguhnya Allah amat mengasihi hamba-Nya yang senantiasa berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.
p/s: tidak dilupakan, doa juga dititip buat pejuang, mujahid/ah di Galas dan Batu Sapi..1 hari sahaja berbaki untuk PRK di N45 Galas dan P185 Batu Sapi. Semoga Islam terus subur tumbuh di kedua-dua dun itu dan di seluruh Malaysia. Takbir!!

Allahuakbar dahsyat jugak kan bah kali ni.. huu kami dok risau dah takut penang akan teraffect juga kalau kedah-perlis bah teruk. Ya Allah pelihara kami dan permudahkan urusan kami semua ameen
ReplyDeleteAmin..
ReplyDeleteYup, hari ke-2 km xdpt p keja..mmg teruk compared to pass 5 years, doakan km di cni..
Bahang PRK pun makin terasa, plus dgn musibah yg Allah timpakan ini, mg ada hikmahnya..