Skip to main content

What's Your Problem?

Bismillahi walhamdulillah

Sesungguhnya sebagai hamba Allah, tentunya kita tidak pantas untuk melawan takdir, bukan? Qadha' dan Qadar adalah ketentuan Allah, namun di sana sebagai manusia, USAHA adalah amat dituntut dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Pagi ini, tergerak hati untuk menonton MHI, sambil rakan-rakan serumah bersiap-siap ke tempat kerja. Almaklum, diriku masih menikmati dan memakai gelar 'sang pelajar', masaku amat fleksibel, Alhamdulillah.

Antara slot menarik yang membulatkan mataku dan menajamkan telinga untuk mendengar adalah slot Motivasi Pagi. Tetamu istimewa hari ini adalah seorang pelajar dan penulis berbangsa India yang amat luar biasa optimisnya! Subhanallah, walaupun adik ini tidak normal seperti para remaja yang lain, namun tiada langsung raut sedih atau putus asa yang tampak di wajahnya. Itulah adik K.Aveena Devi yang mengalami masalah tulang belakang sehingga tidak membolehkan beliau berjalan, hanya berada di atas kerusi roda sahaja.


"What's Your Problem?" adalah buku tulisan beliau yang sarat dengan kata-kata perangsang semangat dan disulami dengan quote-quote yang amat bermotivasi. Menurut adik Aveena, the true disability is a bad attitude! Benar bukan? Bukannya cacat fizikal itu yang dikatakan 'disability' tetapi manusia normal yang punya 'bad attitude' itulah yang dikategorikan sebagai tidak berupaya!

So, what's your problem to not excel? What's your problem to not perform well in your study? Oh, terpukul sekali! Menuntut ilmu di bumi UM juga membuka mataku seluas-luasnya dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan buat diriku. Begitu ramai sekali pelajar istimewa yang begitu besar jiwa mereka, tekun dan tiada erti putus asa dalam kamus hidup mereka. Rasa malu kepada mereka, walau buta mata tetapi hati mereka, masya-Allah dilimpahi nur!


Jadi, masih punya alasan untuk tidak berjaya? Katakan TIDAK!! Sebagai hamba Allah yang beriman, kita punya banyak sekali kelebihan dan keistimewaan. Kita ada Allah, tempat untuk kita meminta apa sahaja. Mintalah kepada Dia tetapi harus diingat jangan hanya berdoa dan bertawakkal, tetapi usahanya sifar! Islam adalah agama yang amat indah, mengajar penganutnya untuk sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha dan kemudian berTAWAKALlah. Seperti mentera azimat N5M; "man jadda wa jada!" Pepatah Arab ini tegas maknanya, membawa erti "sesiapa yang berusaha, dia berjaya!"

Dan saya tinggalkan kepada anda, "What's Your Problem?"

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...