Saya suka Julai tahun ini,
Selain usia saya akan merangkak ke angka 25,
Negara saya akan berhadapan dengan gelombang KUNING,
Selepas hampir 4 tahun gelombang KUNING yang pertama dahulu,
Inilah dia BERSIH 2.0!
Semalam saya berpetang bersama adik saya, Khai,
Warm up Pre-Bersih katanya,
Saya tahu beliau sedikit sedih kerana tidak dapat turut serta nanti,
Panggilan sebagai tetamu Allah pada tika itu,
Tidak mengapa kata saya,
Bawa gelombang KUNING ini ke sana,
Beliau dan para jemaah juga boleh berdemo di sana,
Pecah tawa kami,
Anda yang membaca,
Saya memohon dengan amat,
Sebarkan, war-warkan kepada sesiapa sahaja tentang BERSIH 2.0 ini,
Sebarkan dengan kefahaman dan kesedaran kenapa saya, anda dan mereka wajib ke himpunan ini,
Mari bersama kita menyahut seruan pimpinan,
Tunjuk rasa, bergotong-royong BERSIHkan negara yang kita cintai ini,
Bukankah ini juga dikira sebagai jihad?
Bersungguh-sungguh dalam menentang yang batil dan mungkar,
Saya menyeru, anda juga menyeru,
Moga ada hati-hati yang mahu,
BiiznILLAH..
Ayuh, tunjukkan rasa anda pada 9 Julai nanti!
Comments
Post a Comment