Skip to main content

Rintih Si Demonstran Lara

Sebagai seorang rakyat yang hidup di dalam sebuah negara 'demokrasi', saya merasakan tidak keterlaluan jika saya mengingin dan mendambakan keadilan dan ketelusan di dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Sana-sini isu BERSIH 2.0 ini hangat diperkata, diperdebat malah lebih kotor lagi diputar belitkan faktanya. Saya sebagai rakyat, anda juga sebagai rakyat, kita tahu menilainya bukan?

Tidak sanggup lagi mahu menatap berita-berita di dalam TV yang saban hari memualkan dan menjijikkan bagi saya. Malahan ada pula iklan BERSIH! Wallahua'lam apa maksud tersiratnya, hanya Tuhan yang tahu.

Sasterawan Negara hingga mengalun puisi "Unggun Bersih", sungguh menggugah rasa, menyentap hingga ulu hati. Bahawa inilah rintihan sang demonstran lara!

Tidak berapa lama menerima khabar BERSIH 2.0 dibenarkan untuk dijalankan tetapi bersyarat! Oh, baru sahaja mahu meneguk lega tetapi rupanya bukan dengan mudah ianya dibenarkan.

Anda tahu di mana bakal berlangsungnya BERSIH? Di stadium!! Oh pemimpin tanah airku! Di mana letaknya kesaksamaanmu terhadap rakyat?

Tidak terkata diri ini. Adindaku juga tiada tahan dengan kejelekan ini. Berdemo di stadium umpama hanya menguak di dalam kandang lembu sahaja!

Pada satu sudut lain, mungkin ada yang menyuruh untuk mengatakan terima kasih kepada kerajaan kerana sekurang-kurangnya BERSIH telah pun di'halal'kan. Terima kasih kami ucapkan sedangkan di dalam perlembagaan negara tidak pun mengharamkan perhimpunan aman.

Walau bagaimanapun, kami wala' kepada pimpinan tertinggi kami. Biarlah di mana sahaja demonstrasi bakal berlangsung, jihad kita untuk menegakkan yang haq dan menumbangkan yang bathil wajib dilaksanakan.

Wahai sang demonstran, biar pun lara itu tetap ada, tetapi untuk mengalah tidak sama sekali! Selamat berBERSIH!

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...