Mabruk buat Sakinah dan Mukmin

Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah kami merafa' kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, adinda kami tercinta Sakinah bt Yaakob telah selamat diijabkabulkan bersama mujahid pilihan hati, jawapan istikharah beliau, saudara Mukmin b Mohd Khairi.

Majlis akad nikah telah berlangsung pada 15 September 2011 yang lalu. Keluarga di Malaysia hanya menyaksikan menerusi livestreamtv. Doa kami agar usrah Sakinah dan Mukmin sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.



Seakan tidak percaya diri ini sudah punya adik ipar! Alhamdulillah wa syukru Lillah..soal jodoh dan ajal sudah tertulis di Lauh Mahfuz. Telah tercatat jodoh adikku pada 15 September 2011 lalu. Sebagai kakak, tiada kata yang terungkap demi melihat adiknya berbahagia bersama teman, sahabat dan peneman sepanjang hidup beliau. Mabruk Nienah! Very happy for both of you! Can't wait to meet you and your husband next year! Fi Amanillah!

Comments

Post a Comment