Tidak tahu di mana harus aku mulai
Mahu merakamkan apresiasi kepada adikku ini
Tidak pandai menyusun madah, mengatur kata juga
Namun jauh di sudut hati, hanya Allah yang tahu rasa syukur ini, alhamdulillah..
Aku merasakan masa yang ada semakin suntuk dan singkat,
Ingin masa-masa aku yang berbaki ini dihabiskan dengan adik eksotikku ini,
Eksotik, kenapakah?
Pelikkah adik aku yang seorang ini?
Hanya yang mengenali empunya diri akan tahu ke'eksotik'an beliau..
Aku tidak pernah menyangka akan diberi izin dan kesempatan oleh-Nya lagi,
Bertemu mata, berkisah itu-ini, menganyam mimpi dan berkembara kasih dengan si adik,
Alhamdulillah semulia-mulia ucapan..
Adik yang penuh dengan cinta,
Adik yang sentiasa meraikan sahabat, teman, kawan,
Adik yang sanggup berhabis wang, idea dan tenaga untuk Islam,
Adik yang berjiwa besar, berjiwa seluas langit bak kata Hajar,
Adik yang semangatnya menyala-nyala,
Dialah adik yang selalu menjadi 'booster' terkuat aku!
Selalu sahaja kami dengki-mendengki,
Bersaing-saingan juga terutama dalam hal mimpi,
Ah, adik aku ini pandai mengajar aku erti mimpi,
Terkagum-kagum aku dengan engkau dik..
Aku mengerti impianmu,
Aku mengerti mimpi dan cita-cita besarmu,
Ingin menggenggam awan dan menakluk dunia bak kata Si Arai,
Aku yakin dan pasti Allah sentiasa bersamamu,
Menguatkan derap langkahmu,
Mengharung dunia pasca graduasi yang tiada erti belas kasihan, tiada erti perikemanusiaan!
Terkadang aku cemburu padamu,
Punya insan-insan di sekeliling yang sentiasa menyayangimu,
Tetapi di satu sudut yang lain, aku gembira untukmu,
Kerana insan-insan itulah yang akan menghiburkanmu, membuatkanmu terus senyum tanpa perlu ada aku,
Kan adik?
Mengenalimu adik amat mendamaikan, amat menggembirakan aku,
Demi Allah, engkau adalah adik teristimewa aku,
Tidak dapat aku zahirkan dengan kata-kata erti istimewa itu,
Hanya Allah yang tahu dan biarlah hanya Allah yang tahu..
Adik,
Masa terus berjalan,
Dan ia tidak akan pernah berundur ke belakang,
Keraskan dirimu,
Teguhkan cita-citamu,
Positifkan mindamu,
Aku sentiasa bersamamu,
Menyokong setiap impian dan cita-citamu,
Kerana aku sangat yakin, Allah pasti mendengar segala doa khusyuk dan tekad kentalmu,
Dan aku juga pasti Allah akan memeluk mimpi-mimpimu tidak lama lagi..
Adik,
Apresiasi ini tidak akan terbanding dengan segala yang pernah kau berikan kepadaku,
Tetapi izinkan jua aku mentintanya,
Tanda tinta kasih seorang kakak biasa-biasa kepada seorang adik yang bukan biasa-biasa,
Kerana mengenalimu dengan dekat amat-amat bermakna buatku..
Doaku kepadamu adik,
Semoga Allah sentiasa menyayangi, melindungi dan melimpahkan najah buatmu di dunia dan akhirat,
Kerana aku menyaksikan bahawa syurga Allah adalah layak buatmu, insya-Allah,
Janji Allah, tiada siapa pun yang dapat merubahnya, aku yakin itu!
Semoga kita bisa bertemu di negeri-Nya yang abadi, mempersembahkan segala amal yang telah dituai dan mahu sangat-sangat menjadi jiranmu di jannah-Nya..amin ya Rabb!
Seeru'ala barkatillah!
Kakakmu yang biasa,
Khaulah Azwar

seakan tahu siapakah adik kakak itu :)
ReplyDelete2-2 pun bukan biasa-biasa,saya menyaksikannya..!
p/s:salam ziarah pertama n pasti akan menyusul lagi
Oh, ety singgah ziarah di teratak akk yg biasa2 ini, malu rase..'ala kulli hal, syukran ats ziarah dik..
ReplyDeleteApresiasi itu biasa shj utk adik eksotik akk yg luar biasa ini, yg disayangi banyak insan ini..
Alhamdulillah, rs seronok sgt2 dpt jumpa ety tempoh hari, melihat ety persis melihat adik akk juga, kalian terbaik dan terhebat!
Ety jagakan adik akk utk akk ya andai akk x dpt bersama dgn dia lg huhu..tersentimental pulak dgn ety kan?
Oh ya, akk br perasan bfday ety sm dgn adik akk, sakinah; 1 Jan kan? rs nk kenal ety dgn lebih dekat, mst sehebat bonda ety ni kan?
Ok dik, mahu ziarah, dtg sj ke sini, ambil yg baik2 shj ya, akk ni kdg2 summak juga hoho..
Uhibbuki Fillah, moga bisa ketemu ety lagi =)
Allahu alllah, sy pun teruja jmpa akak itu hari,wlu sekejap shj,ckuplah saya tahu bonda sy dismping insan yg menyayanginya dengan amat..!
ReplyDeletetakpe nak sentimental ngan saya sbb sy pun bgitu juga bila dgn org2 yg saya sayang walau bukan ada talian darah~
waah, teruja juga mahu kenal k.fizah yg sama2 mnyulam mimpi2 dgn bonda,pemimpi tegar itu,msti banyak jajahan ingin ditakluk kan =)
ikhlasnya, saya amat takut bila dibandingkan saya dengan bonda krn sy tiada apa2 pun,jauh skali shebat dia,kak & kroni2 yg laen.tp mohon doanya agar dapat duduk belajar dgn dia terus, dgn k.fizah juga & mrk2 yg hebat..
btw,kadang2 summak tp berjiwa tarbiyah ni sgt best kut kak,so keep it dengan bergayanya :D
may ALLAH bless u,saya juga punya rasa yg sama buat kak,lillahitaala..insyaALLAH mga dpt bjmpa
kiranya aku rasa dia itu biasa2 ja kok..
ReplyDeletesemua nya 'haza min fadli rabbi'
dan semua juga karna Allah menutup keburukan-keburukannya yang banyak itu.
kamu berdua juga insan hebat bukan?,jauh lebih hebat dari dia mungkin.
apa yang aku tahu perihalnya : miliki dan sebarkan.mudah bukan..kalau kamu bilang dia begitu kamu lebih begitu..kerana juga aku tahu kamu-kamu orang yang banyak berjasa di belakangnya..
ternyata aku kagum sama kamu!
owh..aku terkantoi sama adik eksotik, huhu..
ReplyDeletebr nk surprise kan ko jah, hehe..
sy suka dgn word ety; keep summak dgn jiwa tarbiyah dgn bergaya :D, oh dah jatuh cinta dgn ety, cmne ni? hehe..bonda awk bg x?
Jah, ety, kalian the best! Istimewa di hati saya =)