Skip to main content

Pembuka Tirai 2014

Bismillahi walhamdulillah

Lama sungguh tidak mentinta di laman LC. Kurangnya membaca menjadi salah satu asbab tumpulnya idea untuk menulis, oh betapa menurunnya graf membaca sekarang :(

Alhamdulillah fasa kehamilan sudah beranjak ke minggu 30. Subhanallah, pantasnya masa berlalu! Jika kita tidak menjadi orang yang menghargai masa, maka rugilah kita :(

2013 sudah berlalu meninggalkan kita. Bagaimana pencapaian kehidupan yang dilalui sepanjang tahun lepas? Bagaimana tingkatan IMAN dan AMAL kita? Jawapannya berada di dalam kocek masing-masing; semak, nilai dan berilah markah masing-masing, termasuklah diri saya sendiri.

Jan 2014 dan Ulangtahun Pernikahan ke-2

Alhamdulillah, sudah 2 tahun rupanya diri ini menjadi suri kepada Zauji. Subhanallah! Tabarokallah! Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya dalam menunaikan amanah-Nya selain sebagai hamba Allah, juga sebagai seorang isteri.

Masih terlalu banyak perkara yang harus dipelajari tambahan dalam mempersiapkan diri kami untuk menerima amanah yang besar, qurratul'ain yang ditunggu-tunggu :) Bimbinglah kami untuk menjadi ibu bapa terbaik untuk zuriat kami Ya Allah..

Dalam usia kehamilan yang memasuki trimester ke-3 ini, Ummi menerima amanah untuk mengajar anak-anak cilik membaca Al-Quran dengan lancar dan sempurna, insyaAllah. Alhamdulillah anak Ummi sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Jom kita menjadi orang yang aqrab dengan Al-Quran anakku!


Warkah Ummi|Khaulah
13 Rabi'ul Awwal 1435H

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...