Bismillahi walhamdulillah
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd.
Pada hari Sabtu yang lepas, semua umat Islam menyambut kemenangan di 1 Syawal setelah sebulan berpuasa dan menahan hawa nafsu seperti yang disyariatkan dalam agama Islam.
Alhamdulillah tahun ini beraya di rumah Mak sendiri dahulu sebelum bergerak ke rumah arwah mak mertua untuk kami adakan sedikit jamuan raya bersama jiran-jiran dalam taman.
Rindu bertandang buat insan-insan yang telah meninggalkan kita terutama arwah abah dan arwah mak mertua saya. Sedeqahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka ya.
Keluarga saya bersama pengasuh kami sewaktu kecil, Kak Ramlah
Keluarga sebelah suami
Program Insentif Shaklee Tahun 2023
Kita tutup sekejap cerita raya. Walaupun Syawal sebulan, kita akan kembali memulakan rutin harian kita tak lama lagi, betul tak?
Mengenai pemakanan pula, rasa seram jugak ni mengenangkan banyak betul kalori yang diternak niπ. Kena cepat-cepat cari #omega, #phytocol, #lecithin untuk bantu buang lemak jahat ni.
Apa itu Insentif Shaklee Tahun 2023?
Bermula April 2023 hingga Jun 2023, Shaklee telah menyediakan satu Program Insentif Shaklee Malaysia atau Field Insentif Malaysia (FYP). Program ini merupakan cabaran bulanan bagi pangkat Supervisor baru. Dalam maksud lain, program ini merupakan ekstra bonus bagi mereka yang mencapai insentif ini.
Apa keistimewaan program ini?
Shaklee tawarkan program yang menarik dan tertarik ni agar lebih banyak kumpulan baru ditubuhkan dan dapat kekal konsisten membina perniagaan yang kukuh dalam Shaklee. Rank yang paling awal dalam Shaklee iaitu Supervisor akan memastikan kumpulan nya terus konsisten membuat jualan dan perkongsian bermanfaat tentang produk Shaklee.
Bagaimana cara untuk mendapatkan RM600 tambahan daripada program ini?
Excited kan kalau kita dapat lagi ekstra RM600 tiap-tiap bulan? π. Tetapi macam mana tu?
Bermula April 2023 hingga Jun 2023, jika kita dapat kekalkan rank Supervisor dan Senior Supervisor, maka kita layak terima bonus tambahan RM600 tuπ. Best kan?
Untuk mendapatkan bonus tambahan tersebut, of course ada syarat yang perlu dipatuhi oleh kita. Syaratnya ialah:
1. Penyata hak-hak dan tanggungjawab Shaklee di bawah Seksyen 2: menjadi seorang para pengedar tidak boleh menjual produk Shaklee secara langsung atau tidak langsung kepada atau daripada kedai atau premis runcit.
2. Tidak boleh menjual Shaklee di laman e-dagang.
Jadi, kalau kita melanggar mana-mana P&R Shaklee, kelayakan untuk bonus tambahan Shaklee akan ditarik serta-merta. Boleh lihat gambar di bawah.
3 Kategori Program Insentif Shaklee Malaysia
πΈKategori Pertama
Pada cycle April 2022 hingga Mac 2023, kita masih bergelar SID dan kita mencapai rank Supervisor bermula April 2023 dan efektif selama 3 bulan berturut-turut, maka kita layak terima insentif ini.
πΈKategori Kedua dan Ketiga
Bagi kategori kedua dan ketiga iaitu mereka yang bergelar Supervisor dan Senior Supervisor dalam cycle April 2022 hingga Mac 2023, maka mereka layak mendapat insentif daripada program ini.
Wah, bestnya!π
Shaklee juga menawarkan banyak ganjaran yang best seperti Business Trip ke dalam atau luar negara mengikut pencapaian kita. Best sangat jika Shaklee menaja trip sebab semua Shaklee sediakan termasuk duit poket tauπ. Gambar di bawah ialah contoh trip yang Shaklee anjurkan pada tahun 2016/2017. Setiap tahun Shaklee akan bawa mereka yang layak ke negara yang berlainan. Masha Allah, memang best!
Jemput baca pengalaman seorang surirumah hebat yang berjaya bina income dalam Shaklee dan berpeluang menerima Insentif Shaklee juga.
Jom bersama-sama saya kembangkan perniagaan dalam Shaklee. Mana tahu rezeki anda untuk mendapat Insentif Shaklee tahun ni?π
#shakleeraya
#insentifshaklee
#billionaire
#binakumpulan
#berjayadalamshaklee
Comments
Post a Comment