Skip to main content

Tips Kurus dengan Cepat

Assalamualaikum semua sahabat, semoga sihat hendaknya. 

Bila sebut tentang KURUS, wanita lah biasanya akan ter efek dengan perkataan ni. Terutama geng mak-mak yang selalu bagi alasan badan tak mau turun sejak beranak 😂

Bila baca data yang KKM bentang tentang obesiti, Allahu..gerun kita menengoknya kan? Meh saya tempek di bawah data berkenaan obesiti antara negara. Seram saya wak 😥


Apa yang kita boleh buat kesimpulan daripada data di atas? Malaysia menunjukkan 15.6% obesiti di kalangan penduduknya iaitu KITA😮

Macam mana nak buat ni? Saya nak turunkan berat badan saya!

Jangan risau sahabat semua, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya kan? Saya sendiri sedang struggle untuk turunkan berat badan saya sebab sebelum ni berat saya sama macam mengandung anak di penghujung kehamilan iaitu 85kg!

Jom kita ikuti beberapa tips yang saya nak kongsi, semoga kita semua dapat keluar daripada kelompok obesiti. Seperti kita semua sedia tahu, obesiti merupakan faktor kepada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung dan hipertensi.

1. Pastikan minum air cukup sehari

Tubuh badan kita perlu mengandungi 60% air. Air sangat penting kerana berfungsi membuang toksik dari organ dalam badan, membawa nutrien ke sel dan membantu dalam penghadaman makanan. 

Minum air dengan cukup dan pada waktu yang betul dapat mengelakkan kita daripada alami dehidrasi. Selain itu, kita juga boleh ambil Performance Drink Shaklee untuk bantu kekalkan air dalam badan dan elakkan badan dehidrasi. Berbetulan dalam bulan Ramadhan, kita akan bertarawikh di malam hari kan? Cubalah ambil Performance Drink dengan niat nak cergas beribadah 😊



2. Tinggalkan gula

Nak berjaya dalam journey kurus, kita wajib tinggalkan gula. Memang rasa susah pada permulaan jika kita dah biasa ambil makanan dan minuman yang banyak gula. Tapi cepat-cepat reset minda kita bahawa gula putih adalah tak bagus dan boleh bawa kerosakan kepada tubuh badan kita.

Tak dinafikan budaya rakyat Malaysia memang sukakan gula. Tambahan dalam bulan Ramadhan ni, macam-macam makanan bergula yang ada di bazar Ramadhan kan? Selain itu, terdapat makanan viral yang menggunakan begitu banyak gula seperti bingsu, teh susu gelembung, mochi, buko dan sebagainya. 

Jadi, macam mana cara kita nak tinggalkan gula dan elak craving makanan dan minuman yang mempunyai gula yang tinggi?

Antara perkara yang kita boleh buat ialah:
  • tukar gula putih kepada pengganti gula seperti stevia, molasses, madu dan lain-lain.
  • ambil buah-buahan yang cukup kerana dalam buah ada gula yang baik untuk tubuh.
  • kawal saiz bahagian makan kita atau amalkan suku-suku separuh.

3. Ambil suplemen 

Saya baru saja mengamalkan pengambilan suplemen memandangkan usia yang nak masuk umur 40-an. Kesibukan bekerja menyebabkan badan saya kurang nutrien, rasa cepat letih dan tak bertenaga. Selain itu, untuk bantu saya kurangkan berat badan, saya amalkan minum protein shake Shaklee setiap pagi iaitu ESP dan Cinch.

Awal-awal dulu tak berapa konsisten shake, tapi sejak berpuasa ni, saya konsisten ambil ESP dan Cinch, alhamdulillah berat saya dah kurang dari 80kg. Dalam Cinch, ada leucine yang bantu untuk membakar lemak visceral, mengatur gula dalam darah dan meningkatkan tenaga. Saya yakin kalau saya amalkan ambil protein shake dan vitamin-vitamin dalam Shaklee seperti Omega Guard, Alfalfa, Lecithin dan Herb-lax, inshaa Allah saya boleh nyah kan lagi lemak dalam badan saya ni😅

Tapi kena ingat ye, pengambilan suplemen perlu diiringi dengan gaya hidup yang sihat seperti yang saya cerita di awal tadi. Kalau kita beriya makan suplemen tapi portion makan tak jaga, masih ambil gula dan tak bersenam, jadi tiada gunanya jugak kan? Hehe pesanan ni untuk diri saya juga yang masih berjuang, doakan saya ya. Jom kita kurus dan sihat dengan Shaklee 😊

Nak dapatkan produk Shaklee, boleh klik di sini ya.

#shakleekedah
#shakleekulim
#billionaire


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...