Skip to main content

Cash Rebate dalam Shaklee

 Assalamualaikum semua sahabat, semoga sihat hendaknya 😊

Alhamdulillah kami di Kedah sudah mula cuti sekolah. Macam-macam planning dalam kepala ni selain perlu siapkan marking skrip jawapan pelajar. Antaranya plan nak travel luar Kedah iaitu Kelantan. Lama rasanya tak ke sana sejak habis belajar pada tahun 2010 yang lalu. Jadi bila nak travel ni of course saya akan sediakan sekali vitamin Shaklee 😊

Cash Rebate

Kalau kawan-kawan nak tahu, Shaklee beri cash rebate bila kita dapat capai target atau points dalam bulan tersebut. Best ke best? Dan Shaklee tak pernah gagal masukkan cash rebate tu dalam akaun bank kita setiap tengah bulan. Alhamdulillah dapatlah beli vitamin guna cash rebate tu 😀

Kenapa saya boleh loyal dengan vitamin Shaklee ni? Sudah tentu sebab saya yakin dengan bahan-bahan organik dan bebas bahan kimia berbahaya dalam setiap item Shaklee. Bila kita amalkan dengan konsisten, inshaa Allah kita akan rasai kesan positifnya, inshaa Allah. 

Ok, jom kita tengok jadual di bawah macam mana Shaklee beri cash rebate kepada kita:


Jadual dekat atas tu adalah contoh macam mana nak buat jualan Vitamin C semasa Promosi Vitamin C RM99 sahaja untuk 2 botol pada awal tahun haritu. Tapi nilai cash rebate tu sama sahaja mengikut peratus yang kita capai.

Contohnya katakan saya dapat jual 48 botol Vitamin C, jadi saya layak dapat cash rebate RM577+ dan amaun ini akan dimasukkan dalam akaun bank saya pada lebih kurang 14hb pada bulan akan datang. 
Haa kawan-kawan faham tak macam mana proses untuk dapat cash rebate tu?
Best tau bila tengok akaun bank kita beranak hehe..tapi ada cara dan strategi nya tau seperti yang leader-leader dalam Shaklee dah capai. Ada yang capai sehingga 5 ke 6 angka setiap bulan! Masha Allah hebat kan? Jadi kita semua pun boleh buat 😉

Banyak perkara yang kita boleh buat dengan cash rebate tu, antaranya:

  • bersedeqah
  • kongsi rezeki dengan ibu ayah dan kaum keluarga
  • bantu suami dalam hal ehwal belanja rumah
  • beli vitamin yang kita perlukan
  • travel bersama keluarga dan rakan
dan baaaanyak lagi!

Kawan-kawan nak tahu dengan lebih details macam mana nak capai cash rebate dalam Shaklee? Mai klik di sini ya.

Jumpa lagi dalam next entri 😍

#projekblogmega
#shakleethrive
#shakleetriumph
#billionaire


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...